Thursday, December 27, 2012

Ijab & Kabul

Assalamualaikum!

Alhamdulillah..barakallahufik! Pada 17 Nov 2012 / 3 Muharram 1433H (Sabtu), aku dah pun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri. Aku dinikahkan by Kadi di negeri Johor yang mewakili ayah aku sebagai wali. So, nanti kad nikah aku tertera jata negeri Johor lah. Inilah dia gambar pada hari pernikahan aku dengan suami. Satu je..tak payah lebih-lebih.




Kau masih kenal dengan gambar budak nih? Ni lah anak buah aku. Muhammad Luthfi Eddin. Time ni, dia baru 6 bulan. Gigi pun tak ada lagi. Jalan pun apa lagi lah kannn..


Sekarang, dah setahun. Nak masuk setahun sebulan. Gigi da 8 batang. Kerjanya asyik nak berlari. Letihlah mak dia nak mengejar. Aku apa lagi la kannn.. Dah lah debab, nak kejar anak buah lagi, memang tak la kann. Gambar ni, Tok Ayah yang dukung dia. Masa ni hari aku bernikah. Sehari tak mau dekat dengan aku. Mungkin aku lain agaknya.. Make-up, so kau paham-paham je lah kenapa dia tak nak kat aku kan.. Ni lah pengarang jantung hati keluarga aku. So, memandangkan aku pun baru kahwin, aku curahkan kasih sayang jiwa mak-mak aku kat luthfi nih..

Sejak kahwin ni, tanggungjawab aku jadi semakin banyak lah. Tanggungjawab sebagai mukmin (wajib), anak, pekerja, pelajar, and isteri. In Shaa Allah..semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menanggung amanah-amanah ini. Amin!

Sunday, September 23, 2012

Sincerely, Me.

Assalamualaikum wbt!

Adik, kat sini akak nak pesan. Janganlah adik buat status-status kat facebook yang boleh buat halkum akak ni geli dik. Akak tak kisah kau nak ucap kasih sayang ke apa. Tapi, kau ucaplah kasih sayang kat mak bapak kau ke.. Murni akak tengok dik. Ini tak, kau ucap kasih sayang kau kat girlfriend or boyfriend kau. Tak ke mana pun dik kau punya kekasih hati tu. Umur macam korang-korang ni, girlfriend boyfriend ni tak penting dik. Belajar lagi penting. Esok, bila kau kantoi SPM pasal asyik sangat nak dok bercouple, baru kau tau betapa susahnya hidup kau bila kau nak sambung belajar atau nak cari kerja. Kalau kau memang sah-sah nak belajar sampai SPM je lepas tu nak cari pengalaman dengan berniaga sendiri, itu lain dik. 

Eleh..akak ni poyo cakap macam tak pernah buat pulak! 

Akak mengaku akak pernah buat dik. Lagi advance dari korang. Darjah 4 time tu. Kau mampu?! Tapi, tak adalah sampai lebiu lebiu so much bagai. Cukup setakat bagitau.. 

Saya suka awaklah!
Eh, saya pun suka awak juga! 

Lepas tu, habis macam tu je. Kanak-kanak apa je yang kita tahu. Yang tahu, ekspresi perasaan kat orang yang kita suka je. Umur 13 – 17 tahun, akak tak perrrrnaaahhh ada boyfriend. Tipu la kalau aku bagitau yang akak tak ada perasaan nak bercinta. Tapi, malang nasib aku, tak ada orang nak pun. Ada pun, eh..ada ke? So, waktu tu aku rasa.. 

Ok, aku tak hot and that’s why tak ada guys minat. 

Semua kawan-kawan dok cerita pasal kehebatan dan kegemilangan boyfriend masing-masing. Semua dok gebang boyfriend masing-masing sekolah kat sekolah bagus-bagus. Paling busuk pun, couple satu sekolah tapi rembat yang hot guys. Menjadi diri sendiri masa tu, aku rasa macam.. 

Forever Aloneeee-aahh! 

Tapi, bila tiba peringkat umur kau mencapai 22 tahun dan ke atas, kau akan rasa, diri kau beruntung sebab, kau tak membuang masa kau dengan perkara-perkara lalai macam tu. Bukanlah nak kata kau tak pernah lalai langsung, tapi at least kau terhindar dari gejala pergaulan bebas sewaktu kau tengah nak grow up. And, even u’ve never had a boyfriend or girlfriend time tu, u will never regret it! 

Tapi, aku menyesal. Sangat menyesal. 

Aku bukan menyesal dengan apa yang aku sebutkan tadi. Aku hanya menyesal sebab pernah jadi mangsa cinta monyet yang bodoh sewaktu umur 18 tahun. Sangat menyesal! Sangat membuang masa! Dan terasa sangat bodoh. Bodoh bila jadi seorang yang bangang dengan mudah menerima lelaki yang nak suka-suka je, dalam hati. Bagi aku, waktu tu aku dah boleh kenal apa itu, true love, and really, time tu bukan perasaan sesaje. Tapi, satu feeling yang kau..erm, never mind. Yeah! Sangat bodoh.. 

Ohhh, sungguh bodoh! 

Past is past, so...lupakan. Tapi ya, time tu aku terasa diperbodohkan. OK! Setahun! Setahun kemudian.. Alhamdulillah, Allah Maha Adil. Dia sudah pun mempertemukan aku seorang lelaki yang benar-benar seperti yang aku harapkan. Tak de rupa, tak de hal la der. Janji hati mau baik. Tak de rupa, hati pun tak baik, payah payah...

Dan, aku bersyukur. Aku hanya kecewa sekali. Err..no, actually twice. Dengan guy yang sama, yeah, twice. It’s hurt! Tapi, aku hanya kecewa dengan seorang lelaki sepanjang hidup aku. Alhamdulillah. Dan, pengalaman tu sangat motivate aku sampai bila-bila. Telah pun membuatkan aku sangat defense kepada diri sendiri. Really. Thanks!

Dan, aku tak simpan dendam. Buat apa nak dendam dengan orang yang dah beri kau experience yang sangat berhargakan? We are human and tipulah kalau kau tak rasa perasaan negative. Forgive and forget, even kau tak boleh forget, buat-buat forget je lah. 

Funny thing is...i and him are not friends but we are not stranger. 

Kesimpulannya, untuk adik-adik seperti sebutan aku dalam first paragraph tadi, tak payahlah kau nak bercinta sangat. Belajarlah. Puaskan hati mak ayah. Gembirakan mereka. Cerahkan masa depan kau dulu. Love for Allah, Rasul, and your parents. That’s prime priority. Kemudian, barulah kau cari cinta sejati yang mampu pimpin kau dunia dan akhirat. Untuk yang perempuan, cari ‘imam’ yang betul-betul kau boleh ikut sebagai ‘makmum’. Untuk yang lelaki, find your spouse for your children, not for you. Maksudnya, cari isteri yang boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kau nanti.

Assalamualaikum!

Saturday, September 22, 2012

Ekspresi dan Informasi

Assalamualaikum wbt!

Aku memang sangat jarang mengekspresi dalam facebook. Agak kadang-kadang juga bila dalam twitter walaupun aku tak ramai followers. Siapa je aku ni. Bukan blogger fofular.. Biasanya di twitter, aku akan follow orang-orang yang selalu mengeluarkan kata-kata mutiara, especially dalam islamic quotes. Bukanlah aku cuba kata aku orang yang sangat baik. Tapi aku cuba untuk jadi yang baik. Kembali ke facebook, perasan tak, normally, status-status di facebook kebanyakannya sangat dramatically..? Kadang-kadang tu rasa bosan jugak. Memanglah hak tuan punya profile untuk update apa saja, tapi pernah terfikir tak apa yang kita update tu bermanfaat atau tak kepada orang lain? Atau saja-saja syok sendiri?

Biasanya aku update mengenai perkara-perkara yang spontan, atau apa saja thought persoalan yang aku terfikir. Aku juga suka share apa-apa information yang aku rasa bermanfaat kepada orang lain. Dan aku pernah emosional dalam facebook tapi boleh dikira berapa kekerapan aku beremosi dalam tu. Jarang. Amat jarang. Aku log in facebook hampir setiap hari dan boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada satu, dua, tiga doa yang ditulis. Jika doa itu ditulis dengan tujuan untuk berkongsi manfaat, aku sangat hargai. Jika doa itu ditulis dengan tujuan untuk mengeluh, aku rasa...tak patut. Contoh:

“Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi. Arghh! Bengangnya!” (contoh)

“Ya Allah, kempunannya aku nak makan nasi goreng pataya!” (contoh)

“Ya Allah, terima kasih diatas nikmat dan rahmatMu.. Amin.” (contoh)

Erm, kan tak sesuai. Sebagai seorang muslim, kita ada tuhan. Iaitu Allah swt. Satu-satunya tuhan yang paling powerful dekat sekalian alam ini. Sebagai seorang muslim juga, bukan ke kita disarankan untuk mengucapkan doa (mengeluh, mengadu, dan mengucapkan syukur) kepada Allah swt? Sebagai manusia, aku pernah juga tersasul dengan perbuatan ni. Bila aku dapat tahu je perkara ni sangat tak elok dan tak sesuai, aku terus immediately..hentikan!

Stop pray to facebook! Instead, pray to Allah swt.

Lagi satu, perasan tak kebelakangan ni banyak informations yang dipaparkan dalam facebook? Informations mengenai apa-apa saja. Kadang-kala, kita tak tahu maklumat itu betul-betul benar atau betul-betul tak benar. Pernah tak kita terfikir...

Eh, betul ke tak ni? Boleh percaya ke? Macam boleh percaya tapi...betui ka lagu tu??

Perasaan was-was atau ragu-ragu. Perasaan itu akan selalu mengganggu kita tak kira bila walaupun ketika kita sedang mengambil wudhu’ sekalipun. Dan, sefaham aku, perasaan was-was atau ragu-ragu itu adalah perasaan yang dibisikkan oleh syaitan. Wallahua’lam.

Kadang-kadang, kita kena berasa patut percaya dengan apa yang kita percaya dan kita juga kena berasa patut percaya dengan apa yang kita tak percaya.

Kesimpulannya, jangan mudah percaya tentang sesuatu perkara yang kita sendiri tak pasti benar atau salah. Jika kau nak percaya pun, sila buat observation dengan teliti ataupun bertanya pada orang-orang yang lebih sesuai. Please don’t make your own assumption without any concrete statement.

Last but not least, yakin dengan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk berfikir sebaiknya. Gunakan akal ini untuk menilai dan menaksir setiap perbuatan yang kita lakukan. Sekali-kala, apa salahnya kalau kita bagi otak kita function lebih sikit? Bila nak tidur, kindly shut your brain to rest wisely. Jangan dok jadi macam aku naaa, nak tidur sampai kena bagitau pada diri sendiri...

Dear brain, u may shut now. Please, i wanna sleep. Am beeeegggggiingg uuuu, brain!

Assalamualaikum!

*abaikan layout blog aku yang rupa macam blog kanak-kanak. menginginkan penampilan baru.

Sunday, July 22, 2012

Bersediakah Aku?

Kahwin. Inshaallah, hujung tahun ni aku akan berkahwin. Satu perpindahan fasa penting dalam suatu kehidupan. Selepas ini aku bergelar isteri. Lepas tu, bergelar ibu. Lepas tu, bergelar nenek. Lepas tu, bergelar...ahli kubur. 

Life cycle yang akan dilalui oleh semua orang. Scary, but yeah, itulah kehidupan. Kehidupan sebagai hamba Allah. Yang kekal hanyalah, Allah s.w.t. Siapalah kita hendak dibandingkan dengan-Nya.

Persiapan perkahwinan bukanlah semudah yang disangka. Tak mudah. Kaedahnya senang, ada duit, semua siap. Tapi orang biasa macam aku ni, tak boleh pakai kaedah macam tu. Aku kena tengok bajet dan kemampuan. Sederhana. Itu bajet aku. Alhamdulillah, nasib baik aku buat majlis sekali dengan pihak lelaki.

Siapa yang tak impikan wedding yang cantik. Aku pun. Bezanya, aku kena pandai bajet. Mungkin, tak secantik dan se-glamour macam dalam magazine Pengantin. Syukur aku punya pasangan sangat memahami.

Jika dibilang, aku punya masa lagi 4 bulan sebelum bergelar isteri. Erm, bersediakah aku? Semoga Allah permudahkan urusan jodohku. Semoga Allah merahmati niat murni kami untuk membina hubungan yang halal. Semoga Allah pelihara diriku sepanjang tempoh sebelum bergelar isteri. 

Sebelum tu, ianya adalah tempoh untuk aku KURUS!

Sekian.


Perkara Rawak #4

Petang semalam aku pergi pasar Ramadhan. Dengan ayah aku. Beli juadah untuk buka. Tak banyak. Hanya beberapa sahaja. Aku punya je roti john. 2 bantal. Aku sorang. Habis. Sebab aku tak makan benda lain. Hari pertama Ramadhan. Kan? Baru hari pertama, ramai betul. Tak masak ke korang. Eh, aku pun. Memang tak masak. 
 
Aku terus jalan. Hunting a food. Tiba-tiba, lalu satu perempuan. Pimpin budak  lelaki. Anak dia, mungkin. Jalan dengan suami, rasanya. Tapi, satu aku tak berkenan. Perempuan tu pakai seluar pendek. Suami buat derk. Ayah aku istighfar. 
 
Astaghfirullahal'azim....
 
Ayah aku geleng kepala. Aku pun sama. Aku malu. Walaupun aku juga seorang perempuan. Aku tahu. Aku tak sempurna juga dalam menutup aurat. Dan aku tidak cuba untuk katakan aku ini lebih baik dari dia. Tidak! Aku cuma...Malu. Aurat aku sama seperti perempuan tu dan perempuan-perempuan lain. 
 
Aurat semua perempuan adalah sama. Bila ada perempuan lain tayang aurat kepada orang lain, aku pasti terasa. Aku juga punya batas aurat yang sama. 
 
Cuma satu aku mahu cakap. Hormati bulan mulia. Bulan Ramadhan. Bukan senang nak jumpa bulan Ramadhan. Hanya orang yang belum tiba ajal yang mampu jumpa Ramadhan seterusnya. Dan aku. Belum tentu juga jumpa Ramadhan akan datang. Dan belum tentu lagi, aku dapat lalui kesemua hari dalam Ramadhan ini kan?
 
Lagi satu, baru hari kedua puasa dik non. Jangan fikir nak beraya sangat. 

Friday, May 18, 2012

Allah Ya Allah...

Jiwa dan hati aku tak tenteram. Allah ya Allah..semoga Kau khabarkan yang baik-baik untuk ku..

Wednesday, May 9, 2012

Perkara Rawak #3


Sejak ada anak buah sendiri, aku jadi rajin survey harga baju budak-budak dan mainan. Mana-mana aje ada kedai jual barangan baby dan kanak-kanak, mesti aku tarik Kerol masuk kedai. Survey barang dan mainan. Kerol tanya aku nak buat apa, aku jawab untuk Luthfi. Kerol geleng kepala. Dia kata, ni baru anak buah, kalau anak sendiri tak tahulah. Aku tanya, kenapa, Kerol kata aku manjakan budak-budak. Bukan. Bukan aku manjakan budak-budak. Aku sayang budak itu. Aku sayang Luthfi. Aku sayang bakal zuriat-zuriat aku nanti (eh, macam ramai je). Dan aku sayang semua budak-budak. Tak kira lah anak siapa pun. Aku tak boleh dengar baby menangis. Aku rasa kesian.

Apa dah jadi dengan aku ni? Hormon mak-mak dah meresap dalam badan aku ke? Oh, mungkin umur aku dah 25, hormon mak-mak pun banyak lah? Eh. Merepek. Kerol kata, aku dah boleh beranak. Memang lah aku boleh beranak. Aku perempuan kut. Cuma, belum kahwin je. Sah, beranak je lah kan. Eh!

Tengok baby, zzzuuuppp! Satu perasaan mak-mak datang. Mungkin secara harfiahnya, aku dah ready untuk memasuki alam rumahtangga. Kut. Tang masak je lah kena improve sket. Lain dah boleh kut...  Tapi, satu benda je aku rasa miss sangat-sangat. Resepi turun-temurun arwah emak aku. Kalau aku tak malas dulu, ayah mesti tak rindu masakan arwah emak kan?? Dan aku pun, tak ada hal kut nak tunjuk terra kat bakal mak mentua. Haha. Awan angan kosong!

Aku rindu keluarga aku. Aku rindu semua orang. Especially, arwah emak aku.

Selamat Hari Ibu, emak. Anak bongsu mak tak lama lagi nak jadi milik orang lain. Oh, mak dah ada cucu. Luthfi. Comel. Kalaulah emak ada lagi....Luthfi mesti jadi kesayangan mak kan? Kalau mak ada lagi, mesti mak ajak ayah pencen awal lepas tu duduk Johor busy jaga cucu kan?

:’)

Al-Fatihah.

Wednesday, April 4, 2012

Deeply...

Klik gambar untuk imej yang lebih besar

Thursday, March 29, 2012

Nice!

"Peace yaww!" 

"Alhamdulillah..."

Itu benda pertama aku ucap bila selesai exam tadi. Yeah, last paper untuk exam semester ni, pada hari ini, pada pagi tadi. Hahaha! Lega hati aku. Lepas ni aku goyang kaki tak payah terhegeh-hegeh nak pergi kelas tiap-tiap malam. Fikir soal kerja je. Aku baru perasan, hidup aku tak pernah bebas lepas untuk berfikir soal komitmen. Ya, hidup aku penuh komitmen. Alhamdulillah, at least benda tu dah mengajar aku untuk rasa responsible yang lebih. Kan?

Dan, rambut aku semakin beruban. Yes, ia dah beruban. Memerlukan sedikit pewarna rambut untuk tutup uban-uban yang dah banyak merosakkan keayuan aku. Hahaha. Ayat yang sungguh tak boleh blah! Sebenarnya, rambut beruban tu dah tunjuk yang aku ni dah tua.. Suku abad dah hidup atas muka bumi Allah ni. 


Jangan pengsan! Ini memang kaki aku. Yeee, kaki aku. Menunjukkan yang kaki aku tak ada cagu. "Kau mampu duduk sambil tala kaki kat pintu...kannnn". Yeah, aku cuba berbunyi seperti pondan. "Kau mampu....." 

Bukan apa, gambar ni cuma nak bagitau yang aku boleh duduk bersandar tak payah baca buku lepas ni. Tapi, aku hanya mampu berbuat demikian sampai bulan June je. Lepas tu kelas dah start kuliah balik.

Well, pagi tadi aku paling awal sampai Shah Alam..


7.37am. Yes, aku keluar rumah pukul 6.30am. Yeeee, awal kan? Rumah aku memang jauh dan aku bukanlah pemastautin Shah Alam. Pagi-pagi minum susu Dutch Lady Strawberry dan setengah jam selepas itu, bersedia untuk ke cangkung bank. Kau tau cangkung bank? Tau? Bagus...

Serious, belajar sambil bekerja memang penat. Kau baru baca buku tak sampai 15 minit, mata kau dah rolling tahan mengantuk. Macam ni...


See, pandang pintu kau nampak double. Apa lagi kalau nak tengok writing kan? Macam mana pun, harus tabah. Harus kuat. 

Well, kepada sesiapa yang belum habis final exam, good luck! Buat yang terbaik dan please, sila jangan menoyol.. Menipu itu berDOSA.

Sekian.

{eka}

"Good luck, guys!"

Monday, March 19, 2012

When Final Exam Are Closer...

Kredit: Google Images

Final exam semakin dekat. Semakin dekat dan semakin dekat. Ya, dekat! Aku dah ready ke? 

*macam belummm*

Sunday, March 18, 2012

Perkara Rawak #2

Ada seseorang yang berjantina lelaki sering bercerita soal kegantangan dan kekacakkan seseorang lelaki lain sambil memuji-muji kelebihan itu dan memasang keinginan untuk memiliki diri lelaki-lelaki kacak itu.

Dalam hati aku hanya mampu beristighfar. Semoga Allah 'meluruskan' dirimu. Semoga Allah merubah hatimu. Aku hanya mampu pohon semoga engkau sedar betapa Rasulullah saw tidak mengakui diri seseorang itu sebagai umat sekiranya seseorang itu berlaku bernafsu 'songsang'. Sedarlah, kita ini bukan kaum Nabi Luth.

Aku kelu untuk beri nasihat. Diri aku sendiri pun masih tak cukup dengan ilmu Allah. Dalam hati pernah juga terbit rasa meluat, tapi apakan daya...

Kalau setiap ketika asyik diceritakan perihal begitu, bukankah kita akan berasa jelik?

Semoga Allah membukakan hatimu ke jalan yang diredhai... Amin.

Thursday, March 8, 2012

Perkara Rawak #1


Kau tak rasa ke yang biru itu tenang?

Ya, tenang. Setenang hati aku sekarang ni. Alhamdulillah...

Sabar

Menuntut ilmu memang banyak menuntut kesabaran. 

Menuntut kesabaran dari segi:-
1. Sabar dengan ujian subject
2. Sabar bila perlu melalui jalan yang jem
3. Sabar dengan assignment
4. Sabar dengan tuntutan masa
5. Sabar dengan kekangan kewangan
6. Sabar dengan kerenah pensyarah
7. Sabar dengan kerenah kawan-kawan jika perlu membuat group assignment. Ada yang langsung tidak memberi kerjasama memang betul-betul menuntut kesabaran aku yang tipis.
8. Sabar dengan final exam.
9. Sabar dengan komitmen. Sama ada komitmen keluarga, kerja, pelajaran, kekasih hati, juga diri sendiri.
10. Sabar dengan kesihatan diri. Kadang-kala boleh stress.
11. Sabar dengan tekanan kerja. Pelajar part-time macam aku kena tahan dengan tekanan kerja.
12. Sabar ketika melakukan tuntutan agama.

Dan yang paling penting, aku kena sabar apa jua perkara yang aku lakukan. Kadang-kala, ada perkara yang tak memihak langsung kepada kesabaran aku. Seperti keadaan sekarang ini. Memang. Memang aku sukarela ingin membuat assignment secara sendirian dulu dan apabila dah siap, aku akan meminta pendapat dan idea ahli kumpulan untuk melengkapkan tugasan tu bersama-sama. Itulah gunanya tugasan dalam berkumpulankan? Tapi apa yang aku dapat? Aku hanya dapat penat sedangkan orang lain tidak memberi idea atau tidak membantu aku langsung. Aku kecewa. Betul-betul kecewa. Aku bersungguh-sungguh cuba untuk buat yang terbaik, tapi...tak ada kerjasama. Semua mengharapkan aku. Tak mengapa. Semester baru akan datang lagi dan yang paling penting, aku tak akan mengambil ahli yang sama lagi untuk kumpulan dengan aku. Minta maaf! 

Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, aku hanya buat setakat yang aku mampu. Jika ada antara ahli yang tidak berpuas hati dengan apa yang aku dah buat, please bagi idea dan pendapat dan semestinya aku terima. Itu yang terbaik. Bukan dengan menyuruh aku buat itu buat ini dan seterusnya biarkan aku fikir seorang diri. Oh no! Aku juga bekerja seperti orang lain dan aku juga mempunyai komitmen seperti kamu semua. Aku juga penat seperti kamu semua. Aku juga ada masalah aku sendiri seperti kamu semua. 

Ingat, jangan buat seperti ini pada orang lain. Mereka akan reject kamu pada masa akan datang. Kerjasama itu penting! Idea dan pendapat juga adalah penting dalam sebuah kumpulan. Jangan fikirkan tentang diri kamu seorang saja. Sila fikirkan perasaan orang lain. Anda tak akan rugi apa-apa.

Sekian.
[eka]

Monday, March 5, 2012

Apa Yang Terjadi Di Syria?

 Kredit: Google Images


Assalamualaikum.

Barang kali, tak semua orang tahu apa yang telah terjadi di Syria ketika ini. Rasanya, media arus perdana tidak menyiarkan peristiwa yang telah berlaku di Syria. Kalau ada pun, hanya beberapa saat sahaja. Aku mula dapat tahu tragedi yang menimpa Syria pada 3 minggu yang lalu sedangkan negara itu sudah bergolak hampir beberapa bulan. Aku tak pasti sudah berapa lama. Aku telah disogokkan dengan media arus perdana yang banyak menutup mata masyarakat. Sebab itu aku agak lambat mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria. 

Apa yang telah aku difahamkan, punca kebangkitan rakyat dan pergolakan Syria bermula apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 28 orang bermain-main dan menulis sesuatu di dinding sekolah. Perkataan yang ditulis ialah "Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan". Slogan tersebut sangat popular dan telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Kanak-kanak tersebut seterusnya ditangkap oleh Pasukan Keselamatan Syria dan mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku di kaki dan tangan mereka. Salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia dan keluarganya telah menuntut jenazah kanak-kanak tersebut serta menuntut juga kanak-kanak lain dilepaskan. Malangnya, Kerajaan Syria telah meletakkan syarat dimana apabila dilepaskan sahaja kumpulan kanak-kanak itu, mereka perlu menyerahkan isteri-isteri mereka untuk dirogol oleh Pegawai-pegawai Penjara, maka seterusnya tercetusnya kebangkitan rakyat Syria.

Aku juga difahamkan cerita tersebut telah diceritakan sendiri oleh Pembantu Khas kepada Al-Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi (Ketua Ikatan Ulama' Islam Antarabangsa), iaitu Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi di UPM. Kekejaman yang telah dilakukan oleh Basyar Asad telah umum ketahui dan rasanya sesiapa yang baca entry aku ni boleh search sendiri di Internet.

Apa yang aku nak sampaikan ialah, kenapa kita kurang mengetahui isu ini dengan jelas? 

1.Media tidak menjelaskan dengan jelas mengenai gambaran di Syria, dan kerana itu, Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi telah dihantar untuk menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria.

2. Barat tidak mahu seluruh dunia mengetahui perkara sebenar dan telah memutar belitkan fakta.

3. Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi turut berkongsi cerita mengenai ketika beliau berada di Indonesia dan telah bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata bahawa dia melihat di akhbar bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga turut menyiarkan ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang telah berlaku ialah, Kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya dapat menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar ini mempunyai ramai penyokong.

4. Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang telah kita dengar dari kalangan intelek Syria dan ahli politik Syria bahawa Syria sangat menentang Israel. Ketika zaman Hafez Al-Assad (bapa Basyar), tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel bahkan Tanah Tinggi Golan, Syria telah dikuasai oleh Israel.

Untuk makluman, banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang pergolakan Syria kerana selama ini media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan dan segala gambar-gambar dan video-video yang telah menjadi bahan bukti adalah merupakan hasil rakaman para mujahidin yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut serta kebanyakan dari mereka telah syahid. Manakala, sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentara rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar.

Telah banyak sumber yang boleh kita up date mengenai kebangkitan rakyat Syria. Apa yang kita mampu lakukan hanya untuk terus berdoa kepada Allah swt dan membantu apa yang mampu kita bantu.

Allahuakbar...
Allah Maha Besar...

Laillahaillah.. Muhammadarrasulullah..
Tiada tuhan melainkan Allah.. dan Muhammad itu pesuruh Allah.

sumber: 
http://www.uptomu.net/2012/02/apa-yang-berlaku-di-syria-sebenarnya.html#
http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=534