Thursday, March 8, 2012

Sabar

Menuntut ilmu memang banyak menuntut kesabaran. 

Menuntut kesabaran dari segi:-
1. Sabar dengan ujian subject
2. Sabar bila perlu melalui jalan yang jem
3. Sabar dengan assignment
4. Sabar dengan tuntutan masa
5. Sabar dengan kekangan kewangan
6. Sabar dengan kerenah pensyarah
7. Sabar dengan kerenah kawan-kawan jika perlu membuat group assignment. Ada yang langsung tidak memberi kerjasama memang betul-betul menuntut kesabaran aku yang tipis.
8. Sabar dengan final exam.
9. Sabar dengan komitmen. Sama ada komitmen keluarga, kerja, pelajaran, kekasih hati, juga diri sendiri.
10. Sabar dengan kesihatan diri. Kadang-kala boleh stress.
11. Sabar dengan tekanan kerja. Pelajar part-time macam aku kena tahan dengan tekanan kerja.
12. Sabar ketika melakukan tuntutan agama.

Dan yang paling penting, aku kena sabar apa jua perkara yang aku lakukan. Kadang-kala, ada perkara yang tak memihak langsung kepada kesabaran aku. Seperti keadaan sekarang ini. Memang. Memang aku sukarela ingin membuat assignment secara sendirian dulu dan apabila dah siap, aku akan meminta pendapat dan idea ahli kumpulan untuk melengkapkan tugasan tu bersama-sama. Itulah gunanya tugasan dalam berkumpulankan? Tapi apa yang aku dapat? Aku hanya dapat penat sedangkan orang lain tidak memberi idea atau tidak membantu aku langsung. Aku kecewa. Betul-betul kecewa. Aku bersungguh-sungguh cuba untuk buat yang terbaik, tapi...tak ada kerjasama. Semua mengharapkan aku. Tak mengapa. Semester baru akan datang lagi dan yang paling penting, aku tak akan mengambil ahli yang sama lagi untuk kumpulan dengan aku. Minta maaf! 

Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, aku hanya buat setakat yang aku mampu. Jika ada antara ahli yang tidak berpuas hati dengan apa yang aku dah buat, please bagi idea dan pendapat dan semestinya aku terima. Itu yang terbaik. Bukan dengan menyuruh aku buat itu buat ini dan seterusnya biarkan aku fikir seorang diri. Oh no! Aku juga bekerja seperti orang lain dan aku juga mempunyai komitmen seperti kamu semua. Aku juga penat seperti kamu semua. Aku juga ada masalah aku sendiri seperti kamu semua. 

Ingat, jangan buat seperti ini pada orang lain. Mereka akan reject kamu pada masa akan datang. Kerjasama itu penting! Idea dan pendapat juga adalah penting dalam sebuah kumpulan. Jangan fikirkan tentang diri kamu seorang saja. Sila fikirkan perasaan orang lain. Anda tak akan rugi apa-apa.

Sekian.
[eka]

No comments: