Assalamualaikum wbt!
Aku memang sangat jarang mengekspresi
dalam facebook. Agak kadang-kadang juga bila dalam twitter walaupun aku tak
ramai followers. Siapa je aku ni. Bukan blogger fofular.. Biasanya di twitter,
aku akan follow orang-orang yang selalu mengeluarkan kata-kata mutiara,
especially dalam islamic quotes. Bukanlah aku cuba kata aku orang yang sangat
baik. Tapi aku cuba untuk jadi yang baik. Kembali ke facebook, perasan tak,
normally, status-status di facebook kebanyakannya sangat dramatically..?
Kadang-kadang tu rasa bosan jugak. Memanglah hak tuan punya profile untuk
update apa saja, tapi pernah terfikir tak apa yang kita update tu bermanfaat
atau tak kepada orang lain? Atau saja-saja syok sendiri?
Biasanya aku update mengenai perkara-perkara
yang spontan, atau apa saja thought persoalan yang aku terfikir. Aku juga suka
share apa-apa information yang aku rasa bermanfaat kepada orang lain. Dan aku pernah
emosional dalam facebook tapi boleh dikira berapa kekerapan aku beremosi dalam
tu. Jarang. Amat jarang. Aku log in facebook hampir setiap hari dan boleh
dikatakan hampir setiap hari pasti ada satu, dua, tiga doa yang ditulis. Jika
doa itu ditulis dengan tujuan untuk berkongsi manfaat, aku sangat hargai. Jika
doa itu ditulis dengan tujuan untuk mengeluh, aku rasa...tak patut. Contoh:
“Ya
Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi. Arghh! Bengangnya!” (contoh)
“Ya
Allah, kempunannya aku nak makan nasi goreng pataya!” (contoh)
“Ya
Allah, terima kasih diatas nikmat dan rahmatMu.. Amin.” (contoh)
Erm, kan tak sesuai. Sebagai seorang
muslim, kita ada tuhan. Iaitu Allah swt. Satu-satunya tuhan yang paling
powerful dekat sekalian alam ini. Sebagai seorang muslim juga, bukan ke kita
disarankan untuk mengucapkan doa (mengeluh, mengadu, dan mengucapkan syukur)
kepada Allah swt? Sebagai manusia, aku pernah juga tersasul dengan perbuatan
ni. Bila aku dapat tahu je perkara ni sangat tak elok dan tak sesuai, aku terus
immediately..hentikan!
Stop
pray to facebook! Instead, pray to Allah swt.
Lagi satu, perasan tak kebelakangan ni
banyak informations yang dipaparkan dalam facebook? Informations mengenai
apa-apa saja. Kadang-kala, kita tak tahu maklumat itu betul-betul benar atau
betul-betul tak benar. Pernah tak kita terfikir...
Eh,
betul ke tak ni? Boleh percaya ke? Macam boleh percaya tapi...betui ka lagu tu??
Perasaan was-was atau ragu-ragu.
Perasaan itu akan selalu mengganggu kita tak kira bila walaupun ketika kita
sedang mengambil wudhu’ sekalipun. Dan, sefaham aku, perasaan was-was atau
ragu-ragu itu adalah perasaan yang dibisikkan oleh syaitan. Wallahua’lam.
Kadang-kadang, kita kena berasa patut
percaya dengan apa yang kita percaya dan kita juga kena berasa patut percaya
dengan apa yang kita tak percaya.
Kesimpulannya, jangan mudah percaya tentang
sesuatu perkara yang kita sendiri tak pasti benar atau salah. Jika kau nak
percaya pun, sila buat observation dengan teliti ataupun bertanya pada orang-orang
yang lebih sesuai. Please don’t make your own assumption without any concrete
statement.
Last but not least, yakin dengan akal
fikiran yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk berfikir sebaiknya. Gunakan
akal ini untuk menilai dan menaksir setiap perbuatan yang kita lakukan.
Sekali-kala, apa salahnya kalau kita bagi otak kita function lebih sikit? Bila
nak tidur, kindly shut your brain to rest wisely. Jangan dok jadi macam aku
naaa, nak tidur sampai kena bagitau pada diri sendiri...
Dear
brain, u may shut now. Please, i wanna sleep. Am beeeegggggiingg uuuu, brain!
Assalamualaikum!
*abaikan layout blog aku yang rupa macam blog kanak-kanak. menginginkan penampilan baru.
No comments:
Post a Comment