2010 akan datang kurang 48 jam lagi.
Kadang-kadang, kita terfikir tak? Sepanjang tahun 2009 ni, apa kita dah buat yep? Adakah hal yang kita buat tu ada mendatangkan faedah dan keuntungan bagi kehidupan kita seterusnya atau sebaliknya atau tak ade effects langsung?
Dua hari saya berfikir. Tapi minda saya kosong, sepi, sunyi. Adakah selama ni jiwa saya jiwa yang kosong selama 2009 ni? Dalam masa yang sama, minda dan emosi saya didatangi dengan perasaan hiba, sayu, sedih, dan takut. Kerana apa? Kerana mungkin saya tak bersedia menghadapi cabaran hidup seperti perjalanan atau takdir kehidupan saya yang mendatang.
Takdir seseorang manusia, tiada siapa yang tahu melainkan Yang Menentukan. 2010.. 1 tahun yang panjang bakal saya hadapi. Bukan saya saja, semua hidupan yang bergelar Khalifah Allah akan menghadapinya. Cuma kekuatan iman dan taqwa yang mampu menyelamatkan diri sendiri.
Saya tak tahu..
Kenapa saya berasa dan berfikir demikian..
Adakah tahun depan, tahun terakhir saya?
Atau..
Tak tahu nak rungkai macam mana..
Diri saya sepi..
Kosong..
Tiada pengisian..
Mungkin ini perasaan orang cetek agama seperti saya..
Yang penuh dengan perasaan cepat marah..
Sering tertinggal solat..
Ego..
Punyai hati yang keras..
Jarang mengucapkan kalimah Allah..
Indeed..
Saya bukan seorang umat yang sempurna..
Sampai bila saya mesti macam ni..
Tak tahu bila mahu berubah. Mungkin hati saya belum terbuka lagi. Atau..saya sendiri yang menutup pintu hati sendiri..
Hopefully, 2010 ni akan bawa perkara yang baik terhadap diri saya, keluarga, dan orang yang saya sayangi..Mohd. Khairul bin Fakri.
Adios 2009... Welcome 2010...
Wednesday, December 30, 2009
Tuesday, December 22, 2009
Kalau kita menggantikan tempat orang yang kita sayang tu dengan orang lain, adakah hal itu salah?
Adakah itu curang?
Walaupun orang yang disayangi itu sudah tiada..
Musykil..
Kamu kata..hanya dia dihatimu sampai bila-bila. Katamu lagi, walaupun kamu sudah punya yang lain, sidia tetap bertamu dihatimu lagi. Perkahwinan pertama tidak sama dengan perkahwinan kedua. Apakah benar maksudmu itu?
Mulanya, aku positif untuk menerima perubahanmu. Aku redha, mungkin itu yang akan menceriakanmu kembali. Tapi, bila kami adik-beradik berbincang, adakah pengganti itu boleh menjagamu seperti sidia menjagamu?
Adakah pengganti itu sama perilakunya seperti perilaku sidia?
Adakah pengganti itu akan menjadi suri di rumah yang kami diami dengan bahagia dari kecil sehingga dewasa sebagaimana sidia menjadi suri di rumah yang sama dan yang juga suri di hati kami?
Adakah pengganti itu seorang yang soleh sebagaimana solehnya sidia?
Adakah pengganti itu air tangannya sama seperti air tangan sidia?
Apakan pengganti itu akan sabar dengan sikapmu sebagaimana sidia sabar melayan kerenahmu?
Pelbagai persoalan yang kami fikirkan. Ya, mungkin kamu takkan melupakan anak-anakmu. Tapi, adakah kenyataan itu masih boleh digunapakai jika kamu bersama pengganti itu? Memang benar apa kamu katakan, anak-anak mungkin akan pergi meninggalkan orang tuanya sekiranya sudah bersuami. Tapi, kami tidak! Kami tidak sesekali akan meninggalkanmu.
Kami mengerti sekiranya kamu sunyi tanpa seseorang disisimu. Tapi, ketika ini kami tidak boleh menerimanya lagi..
Kami mohon maaf kepadamu. Ya, kami berdosa kepadamu. Kami memerlimu.. Bukan apa, kami masih tidak boleh menerima sepenuhnya pengganti itu..
Aku takut..
Aku risau..
dan aku bimbang..
Jika kamu akan tidak mempedulikan kami..anak-anakmu..lagi..
Kedua-dua anakmu ini sangat menyayangi dirimu sepenuh hati. Hanya kamu yang kami ada sebagai orang tua. Hanya kamu yang kami perlu jaga hatinya, perasaannya..tiada yang lain..
Kami menyayangimu, ayah..

Thursday, December 17, 2009
Bathtub
Minggu ni saya baru balik dari Sabah. Memang exhausted giler. Bukan exhausted kerja, tapi exhausted teman "mak-mak sedare shopping". Whose "mak-mak sedare"? "Mak-mak sedare" means wanita-wanita separa abad yang bekerja satu ofis dengan saya. Lenguh jugak kaki saya bila kena teman "mak-mak sedara" saya nih. HA HA.
Mak sedare 1: Eyka, which one is better with me? Is it crystal or pearl? Owh!owh! Lagi satu, colour ape cantik ye?
Saya: Outrageous colour very suitable with u mrs. ***. Why not u choose pearl than crystal.
Mak Sedare 1: Ouh, thank u. I think i choose pearl. Sea water's pearl..nice!
Outrageous colour! Mampuih je kalau makcik-makcik yang pakai. HA HA. Nasib baik lar saya ditemani seorang staff Sabah. Shah namanya.
Mak Sedare 2: Shah! Shah! Cantik tak necklace yang saya pakai ni?
Shah: Nice..cantik. (Jawapan selamat. HE. Ok, kitorang pakat sebenarnya)
Mak Sedare 2: Really? Cantik pakai sekali ngan cincin yang mana satu ye, Shah?
Shah: Yang ni cantik, yang ni pun cantik gak. (Senyum kat mak sedare 2)
HA HA. Jawapan yang sangat mengambil hati. Kitorang sebenarnya dah penat,tahu. Bukan sengaja mahupun suka-suka bagi jawapan camtuh. (Defend's answer). Ya! Memang ya. Saya dan Shah menemani "mak-mak sedare" hampir 3 hingga 4 jam lamanya untuk satu kedai sahaja. Kenapa lama? Kedai tu ada jual crystal manik yang sangat shiny dan jual pearl sekali. Ada dua jenis pearl, it is fresh water's pearl (mutiara air tawar), dan sea water's pearl (mutiara air masin). Barang macam tu sangat menarik hati "mak-mak sedare" saya. Shah, selaku tuan rumah kenalah bawak kitorang ke tempat-tempat ideal macam tuh. Saya pun tertarik jugak tapi taklah obvious sangat. HA HA HA. (Ko pun sama naik jugak eyka!) So, kedai tu ada jual yang ready-made dan jugak yang jual separate 1 string tu kedai jual dalam RM18 or RM20 depends on kualiti crystal. Kalau pearl, kedai tu jual 1 string dalam RM30 untuk fresh water and RM150 untuk sea water.
"Mak-mak sedare" saya ramai tertarik untuk membeli bukan ready-made (Actually, diorang boleh design kehendak sesuka hati). Diorang beli dalam 2 till 3 sets of pearl and crystal with 2 or 3 strings on 1 set! (Banyak giler duit). Saya rasa kedai tu mesti tutup 2 hari sebab keuntungan yang berlipat-lipat ganda hasil pembelian "mak-mak sedare" saya. (-_-") Disebabkan "mak-mak sedare" saya lebih berminat untuk mendesign sendiri, jadi saya dan Shah terpaksa menunggu lama kat kedai tuh.
Masa 1st time sampai Le Meridien, Sabah, memang cantik hotel dia. Tak sangka kat Sabah ada hotel cantik yek. HE HE HE. Bilik dia nice! Saya sebilik dengan anne & kak shima. So, 3 orang 1 bilik coz bilik dia sangat besar and bilik air dia pun besar jugak hingga boleh bentang meja pingpong kalau mahu. Petang pun menjelang dengan azan maghrib pada jam 6.15 pm! Kejutan masa = itu yang saya alami sehingga saya tersalah kiblat dan waktu. Saya tak sempat mandi petang pun sebab terkejar-kejar dengan masa.
Malam tu saya nak mandi, sebelum mandi, kita akan kencing dulu. Betul tak kawan-kawan? Jadi, saya check jamban dulu. Nak tengok la kalau-kalau ada paip ke tidak. Kalau tak ada paip pun maybe ada tiub kat celah mangkuk jamban untuk beristinjak. Owh, tak ada! Takpe lah. Saya 'wee-wee' dulu kat jamban then baru basuh kat bathtub. Dengan happynya, aku berbuat demikian. Ingat aku sorang je buat camtu, rupenya kak shima pun buat sekali. HA HA. Jam dah pukul 1 pagi, anne tak balik-balik lagi. Stay kat bilik meeting lagi kot. Kak shima jangan cerita. Dia dah hanyut belayar dengan mimpi. Saya baru nak lelap mata, anne balik. Saya buat-buat tidur. (tak tahu motif saya berbuat demikian. HE HE). Then, saya terdengar macam anne tadah air dalam tub. Erk, takkan dia nak berendam dalam tub kot. Lepas tu saya dengar dia tutup air pastu ...... -senyap- Last-last saya tertidur gak.
Keesokkan hari.
Kak Shima: Cik Anne, malam tadi u balik pukul brape?
Anne: Owh, i balik pukul 1 lebih malam tadi.
Kak Shima: Sorry i tak dengar u balik malam tadi. i dah tidur.
Eyka: Ha'ah, saya pun dah tidur (tipu!)
Anne: Sokay, malam tadi i penat sangat. Sampai tertidur dalam tub. HA HA HA. (gelak sendiri)
What!!! Saya terkesima. Saya memang cuci bontot dalam tu. HA HA HA. Rasanya dua kali dia berendam dalam tub. HA HA HA. Rasakan kau kehangatan cucian bontot aku. Bukan bontot aku je. Bontot kak shima sekali. HA HA HA.
Moral of the story, orang macam aku memang tak boleh ke overseas. Especially, pergi public toilet dia. Memang jahanam aku tak boleh membuang.
Subscribe to:
Posts (Atom)