Wednesday, December 30, 2009

2010 - Sounds futuristic huh?

2010 akan datang kurang 48 jam lagi.

Kadang-kadang, kita terfikir tak? Sepanjang tahun 2009 ni, apa kita dah buat yep? Adakah hal yang kita buat tu ada mendatangkan faedah dan keuntungan bagi kehidupan kita seterusnya atau sebaliknya atau tak ade effects langsung?

Dua hari saya berfikir. Tapi minda saya kosong, sepi, sunyi. Adakah selama ni jiwa saya jiwa yang kosong selama 2009 ni? Dalam masa yang sama, minda dan emosi saya didatangi dengan perasaan hiba, sayu, sedih, dan takut. Kerana apa? Kerana mungkin saya tak bersedia menghadapi cabaran hidup seperti perjalanan atau takdir kehidupan saya yang mendatang.

Takdir seseorang manusia, tiada siapa yang tahu melainkan Yang Menentukan. 2010.. 1 tahun yang panjang bakal saya hadapi. Bukan saya saja, semua hidupan yang bergelar Khalifah Allah akan menghadapinya. Cuma kekuatan iman dan taqwa yang mampu menyelamatkan diri sendiri.

Saya tak tahu..

Kenapa saya berasa dan berfikir demikian..

Adakah tahun depan, tahun terakhir saya?

Atau..

Tak tahu nak rungkai macam mana..

Diri saya sepi..

Kosong..

Tiada pengisian..

Mungkin ini perasaan orang cetek agama seperti saya..

Yang penuh dengan perasaan cepat marah..

Sering tertinggal solat..

Ego..

Punyai hati yang keras..

Jarang mengucapkan kalimah Allah..

Indeed..

Saya bukan seorang umat yang sempurna..

Sampai bila saya mesti macam ni..

Tak tahu bila mahu berubah. Mungkin hati saya belum terbuka lagi. Atau..saya sendiri yang menutup pintu hati sendiri..

Hopefully, 2010 ni akan bawa perkara yang baik terhadap diri saya, keluarga, dan orang yang saya sayangi..Mohd. Khairul bin Fakri.


Adios 2009... Welcome 2010...

Tuesday, December 22, 2009

Kalau kita menggantikan tempat orang yang kita sayang tu dengan orang lain, adakah hal itu salah?

Adakah itu curang?

Walaupun orang yang disayangi itu sudah tiada..

Musykil..

Kamu kata..hanya dia dihatimu sampai bila-bila. Katamu lagi, walaupun kamu sudah punya yang lain, sidia tetap bertamu dihatimu lagi. Perkahwinan pertama tidak sama dengan perkahwinan kedua. Apakah benar maksudmu itu?

Mulanya, aku positif untuk menerima perubahanmu. Aku redha, mungkin itu yang akan menceriakanmu kembali. Tapi, bila kami adik-beradik berbincang, adakah pengganti itu boleh menjagamu seperti sidia menjagamu?

Adakah pengganti itu sama perilakunya seperti perilaku sidia?

Adakah pengganti itu akan menjadi suri di rumah yang kami diami dengan bahagia dari kecil sehingga dewasa sebagaimana sidia menjadi suri di rumah yang sama dan yang juga suri di hati kami?

Adakah pengganti itu seorang yang soleh sebagaimana solehnya sidia?

Adakah pengganti itu air tangannya sama seperti air tangan sidia?

Apakan pengganti itu akan sabar dengan sikapmu sebagaimana sidia sabar melayan kerenahmu?

Pelbagai persoalan yang kami fikirkan. Ya, mungkin kamu takkan melupakan anak-anakmu. Tapi, adakah kenyataan itu masih boleh digunapakai jika kamu bersama pengganti itu? Memang benar apa kamu katakan, anak-anak mungkin akan pergi meninggalkan orang tuanya sekiranya sudah bersuami. Tapi, kami tidak! Kami tidak sesekali akan meninggalkanmu.

Kami mengerti sekiranya kamu sunyi tanpa seseorang disisimu. Tapi, ketika ini kami tidak boleh menerimanya lagi..

Kami mohon maaf kepadamu. Ya, kami berdosa kepadamu. Kami memerlimu.. Bukan apa, kami masih tidak boleh menerima sepenuhnya pengganti itu..

Aku takut..

Aku risau..

dan aku bimbang..

Jika kamu akan tidak mempedulikan kami..anak-anakmu..lagi..

Kedua-dua anakmu ini sangat menyayangi dirimu sepenuh hati. Hanya kamu yang kami ada sebagai orang tua. Hanya kamu yang kami perlu jaga hatinya, perasaannya..tiada yang lain..

Kami menyayangimu, ayah..

Thursday, December 17, 2009

Bathtub

Minggu ni saya baru balik dari Sabah. Memang exhausted giler. Bukan exhausted kerja, tapi exhausted teman "mak-mak sedare shopping". Whose "mak-mak sedare"? "Mak-mak sedare" means wanita-wanita separa abad yang bekerja satu ofis dengan saya. Lenguh jugak kaki saya bila kena teman "mak-mak sedara" saya nih. HA HA.



Mak sedare 1: Eyka, which one is better with me? Is it crystal or pearl? Owh!owh! Lagi satu, colour ape cantik ye?

Saya: Outrageous colour very suitable with u mrs. ***. Why not u choose pearl than crystal.

Mak Sedare 1: Ouh, thank u. I think i choose pearl. Sea water's pearl..nice!



Outrageous colour! Mampuih je kalau makcik-makcik yang pakai. HA HA. Nasib baik lar saya ditemani seorang staff Sabah. Shah namanya.



Mak Sedare 2: Shah! Shah! Cantik tak necklace yang saya pakai ni?

Shah: Nice..cantik. (Jawapan selamat. HE. Ok, kitorang pakat sebenarnya)

Mak Sedare 2: Really? Cantik pakai sekali ngan cincin yang mana satu ye, Shah?

Shah: Yang ni cantik, yang ni pun cantik gak. (Senyum kat mak sedare 2)



HA HA. Jawapan yang sangat mengambil hati. Kitorang sebenarnya dah penat,tahu. Bukan sengaja mahupun suka-suka bagi jawapan camtuh. (Defend's answer). Ya! Memang ya. Saya dan Shah menemani "mak-mak sedare" hampir 3 hingga 4 jam lamanya untuk satu kedai sahaja. Kenapa lama? Kedai tu ada jual crystal manik yang sangat shiny dan jual pearl sekali. Ada dua jenis pearl, it is fresh water's pearl (mutiara air tawar), dan sea water's pearl (mutiara air masin). Barang macam tu sangat menarik hati "mak-mak sedare" saya. Shah, selaku tuan rumah kenalah bawak kitorang ke tempat-tempat ideal macam tuh. Saya pun tertarik jugak tapi taklah obvious sangat. HA HA HA. (Ko pun sama naik jugak eyka!) So, kedai tu ada jual yang ready-made dan jugak yang jual separate 1 string tu kedai jual dalam RM18 or RM20 depends on kualiti crystal. Kalau pearl, kedai tu jual 1 string dalam RM30 untuk fresh water and RM150 untuk sea water.



"Mak-mak sedare" saya ramai tertarik untuk membeli bukan ready-made (Actually, diorang boleh design kehendak sesuka hati). Diorang beli dalam 2 till 3 sets of pearl and crystal with 2 or 3 strings on 1 set! (Banyak giler duit). Saya rasa kedai tu mesti tutup 2 hari sebab keuntungan yang berlipat-lipat ganda hasil pembelian "mak-mak sedare" saya. (-_-") Disebabkan "mak-mak sedare" saya lebih berminat untuk mendesign sendiri, jadi saya dan Shah terpaksa menunggu lama kat kedai tuh.



Masa 1st time sampai Le Meridien, Sabah, memang cantik hotel dia. Tak sangka kat Sabah ada hotel cantik yek. HE HE HE. Bilik dia nice! Saya sebilik dengan anne & kak shima. So, 3 orang 1 bilik coz bilik dia sangat besar and bilik air dia pun besar jugak hingga boleh bentang meja pingpong kalau mahu. Petang pun menjelang dengan azan maghrib pada jam 6.15 pm! Kejutan masa = itu yang saya alami sehingga saya tersalah kiblat dan waktu. Saya tak sempat mandi petang pun sebab terkejar-kejar dengan masa.



Malam tu saya nak mandi, sebelum mandi, kita akan kencing dulu. Betul tak kawan-kawan? Jadi, saya check jamban dulu. Nak tengok la kalau-kalau ada paip ke tidak. Kalau tak ada paip pun maybe ada tiub kat celah mangkuk jamban untuk beristinjak. Owh, tak ada! Takpe lah. Saya 'wee-wee' dulu kat jamban then baru basuh kat bathtub. Dengan happynya, aku berbuat demikian. Ingat aku sorang je buat camtu, rupenya kak shima pun buat sekali. HA HA. Jam dah pukul 1 pagi, anne tak balik-balik lagi. Stay kat bilik meeting lagi kot. Kak shima jangan cerita. Dia dah hanyut belayar dengan mimpi. Saya baru nak lelap mata, anne balik. Saya buat-buat tidur. (tak tahu motif saya berbuat demikian. HE HE). Then, saya terdengar macam anne tadah air dalam tub. Erk, takkan dia nak berendam dalam tub kot. Lepas tu saya dengar dia tutup air pastu ...... -senyap- Last-last saya tertidur gak.



Keesokkan hari.



Kak Shima: Cik Anne, malam tadi u balik pukul brape?

Anne: Owh, i balik pukul 1 lebih malam tadi.

Kak Shima: Sorry i tak dengar u balik malam tadi. i dah tidur.

Eyka: Ha'ah, saya pun dah tidur (tipu!)

Anne: Sokay, malam tadi i penat sangat. Sampai tertidur dalam tub. HA HA HA. (gelak sendiri)



What!!! Saya terkesima. Saya memang cuci bontot dalam tu. HA HA HA. Rasanya dua kali dia berendam dalam tub. HA HA HA. Rasakan kau kehangatan cucian bontot aku. Bukan bontot aku je. Bontot kak shima sekali. HA HA HA.



Moral of the story, orang macam aku memang tak boleh ke overseas. Especially, pergi public toilet dia. Memang jahanam aku tak boleh membuang.

Thursday, November 19, 2009

Gerai nasik lemak sebelah 7E

Malam tadi mase tengah beli nasik lemak, tiba-tiba ade satu kakak gemuk depan aku ni pusing ngadap aku pastu tunjuk-tunjuk dalam kedai 7E. Dalam hati aku "akak ni tak pernah tengok kedai 7E ke?". HA HA HA. Tengok-tengok rupenye ada 1 makhluk berhormon testosteron yang jarang aku jupe (pasal kitorang da lama x jupe). Oh, kawan aku rupenye. Ces! Camne boleh terjumpa lak ni.. Nak buat camne, tegur je lah. Kang tak tegur kang .... . Aku pun melambai-lambai anggun kat membe yang tengah tergelak-gelak dalam kedai 7E yang bercermin tu. Dah macam ikan buntal dalam akuarium. HA HA HA. Pasal dia bulat, chubby, dan chomel! (mampus aku kalau dia baca). Membe aku ni tunjuk-tunjuk jemari chef dia (jari dia gemuk-gemuk. orang tua-tua kate, kalau jari gemuk-gemuk tu pandai masak) kat seblah kiri aku. Aku pun "pe hal la umat ni?". Then aku pun pusing....

Humang aih!! Terkejut kaw-kaw punya terkejut melainkan terkejut-terkejut belaka. Serius..memang aku terkejut abis. Lama giler aku tak jumpa dia. Lebih kurang 4 atau 5 tahun aku tak jumpa dia. Aku ingat dah tak jumpa lagi dah. Terkejut, segan, malu, nak tergelak. (combination yang terbaik masa tu).

Aku rasa dia tak terkejut, segan, malu, dan nak tergelak pasal selamber je aku tengok dia diri kat seblah. Yela.. Mungkin dia dah cam biasa atau tak heran atau tak terasa atau atau atau!! HUH. Dia pernah tulis kat wall friendster dia yang lebih kurang berbunyik macam dia dah lupakan semua benda yang lepas termasuk lah loved dia yang lepas-lepas..and time aku bace tu memang aku terasa ar pasal aku tak pernah lak terlintas nak cakap atau tulis atau ekspresi macam tu.. Sadness tu kaw-kaw datang bila orang tak hargai aku yang pernah ada dalam life dia dulu. So.. =X Maybe dia dah jupe yg betul match ngan ati dia and yang tak pakai baju besar, yang tak pakai tudung selebet-selebet, yang gigi tak bersepah ke sana sini, yang yang yang!! Whatever.. and dia pun tulis la macam tu untuk lupakan semuanya kot. KOT!

Sapa pun cam baru kenal and sepatah-sepatah berbual. Tak lama, dia blah. Mungkin aku tak layan dia kot. HA HA HA (Gelak keji). Siapa nak layan kalau orang da sakitkan ati ko dulu kan. Ye tak? Last,aku borak ngan membe ikan buntal aku. HAR HAR HAR. Bukan sengaja aku taknak layan borak dia. Tapi tak leh ar.. He's dump me twice!! Boley terima tak wahai gadis-gadis lain? Serius aku s***** dia DULU (geli sial nak cakap camtuh) tapi dia dah buat aku tak dapat sayang orang lain macam aku ngan dia. So, fortunately, 3 tahun baru la aku dapat sayang baby aku yang sekarang ni. HA HA HA. I love u much KEROL!

Kepada anda disebelah saya mase saya tengah beratur nak beli nasik lemak malam tadi, i just can say "nothing". =) have a good life!

Sunday, November 8, 2009

Pemikiran tak KL langsung

Macam shit lah! Kena outstation pergi Sabah tapi kena kuar duit sendirik. Memang la boleh claimed, tapi tak worth langsung. Dengan gaji kerani yang ciput ni, saya kena kuar duit tambang flight pergi balek naik MAS sebanyak RM 600++. Dah lah nak dapat claimed lambat.. Aduyai..

Mulut cam fuki ayam. Boleh lak dia cakap "org dah bookedkan tiket tak payah nak banyak cerita" Mulut BUSOK! Gigi kuning berlapis-lapis. Taik gigi banyak!!! Jangan nak banyak cakap. Macam fundek. Sungguh celaka!! Hambek kau,puaka!! Nampak sangat ko ni tak pandai. Memang, dia bodoh sungguh macam lembu. Lembu lagi genius dari dia, tahu!!

Dah..saya tak nak cerita pasal ni lagik ar. Sakit hati and hati saya pun nanti jadik kuning macam gigi dia yang berlapis-lapis lepas tu kena demam kuning. Tak payah!!

Last-last, saya buat bodoh je ngan apa yang dia cakap. Malas nak layan. Boh layan la! Minum teh boh pun lagik sedap..

-end-

saya sangat sakit hati sampai tak tau nak cakap macam mana lagi dah, tahu.




Wednesday, November 4, 2009

Hari ini sangat guruh!!

Saya badmood giler hari ni. Badmood pun sibuk lagi nak tulis entri. Sigh~ Start malam tadi keadaan saya umpama guruh kat langit disusuli hujan lebat! Puitis pulak. Shit! Hopefully hari ni tak ade orang usik saya. SAYA SANGAT-SANGAT BADMOOD!! Confirm saya macam singa kalau ada orang usik saya. Grrr!! Nasib baik tengahari dapat jumpa bie. At least, reda sikit badmood bila tengok dia.. Dia sangat comel! Kami akan berkahwin nanti! HE HE HE. Bila? Oh, tunggu 2 atau 3 tahun lagi ye. Mungkin adakah kami akan memiliki anak-anak yang comel? Oh, sudah tentu. Bahah!! saya-sangat-suka-berangan. That's my tagline right now. (-_-")

Bosan giler hari ni. Hari-hari buat benda yang sama.

6.00am - Bangun pagi dengan malasnyer. Berangan 2-3 minit teringat kat bie. (^_^")

6.05am - Iron baju untuk hari ni. Jangan tanya saya kenapa saya tak iron baju dari malam tadi ok.

6.20am - Ready for shower. Blup! Blup! Blup!

6.45am - Keluar dari bilik air sambil berlari-lari anak menuju ke bilik. Pakai baju! Make-up! Siapppp!!

7.05am - Finally, siap jugak. Tapi..still tak sempat pin tudung. HE HE HE. Pin dalam kereta sudahhh..

7.05am - 7.45am - On the way pergi keje. zZZzzzZZ!! : sambung tido dalam kereta. (-_-") sungguh perempuan!

7.50am - Punch-card! Sambung make-up dalam toilet. Kadang-kadang kat meja saya je. Make-up bawah meja. Bahah!!

8.00am - Pergi kantin. Isi tangki dulu.. Lapar! Lapar! Lapar!

8.30am - Siap sedia menghadap muka boss. Seterusnya...buat kerja!!

12.30pm - Message bie bagitaw nak lunch sesama. Sungguh bunga!

1.00pm - Yay! Lunch time... Jalan-jalan dengan bie.

2.10pm - Masuk office balik. Sambung buat kerja.. Sungguh tunjuk rajin. (^_^")

3.00pm - Ketupat time!! Gossip lar.. HE HE HE

5.00pm - Punch-card! Hooray..balekkk!!

Macam tu lah routine saya hari-hari. Bosan tak? Bosan tak? Bosan tak?

Hurm..

Esok? Sama jew...

-Bye-

Monday, October 26, 2009

LALALOT

Last week tak pergi PD pon. HAHA! Cerita hari tu macam best jek nak pergi holiday. But last saturday, saya balik kampung. Yes! I'm going back BP...!! Just two of us. Me and daddy. Not three as usual. Kakak saya ada camp pulak. This week, she'll going to Perlis. HUH~ Busy betol. Yay! My dear gorgeous dah balik dari ber'perang' kat Sabah. He's got tournament there. HEHE~ Super duper rindu giler kat dia. (^_^) He's tanned. But, he's still look hot to me. WU~ WU~

Hurm..

I just wondering why everybody loved to put their pictures "ya-saya-sangat-syok-sendiri" on facebook, friendster, twitter, etc. Oh yeah! Maybe they have fotogenic faces to show-off for everyone. (see..paku dulang, paku serpih, cakap orang, dia yang lebih) hello! saya tak banyak letak gambar okay..just a few. Yeah, i know i don't have 'fotogenic' face from any sides. But i am very humble to admit it. HU~ (^_^")

I do have post a caption on facebook about "what's on ur mind" so i writes "saya sangat malas nak letak gambar sebab tu gambar saya sikit... (-_-")". And totally not much respondes i get but there's one comment that really actract me. He said something irritated me. Like.."ala, xde gambar menarik tu yang x letak tuh. hahaha". Excuse me sir, at least saya tak perasan nak letak gambar ya-saya-sangat-syok-sendiri banyak sangat just like yours! HAHA~ (gelak keji) He's a man. Look awkward when a man take a photo of himself. It's very rarely among guys right? Kita selalu tengok guys amek gambar confirm ramai-ramai dengan kawan-kawan diorang kan? HAHA~ Macam mamat jiwang. Yeah, and he is playboy too. Really? Nope, u wrong eyka. Dia yang tak nak kahwin. HAHA~ He's gay? HAHAHAHA~! U kejam eyka.. By the way, he's very nice on me.. -end-

Today, i bought a meat kebab for my dad. He's at home. MC. HU~HU~ Nevertheless, he still send me to work today. He's call me on the phone to request me a kebab. Tak sampai hati pulak kan. Besides, saya boleh jumpa gorgeous saya!! Yeeha! Rindu giler! (baru 3 hari tak jumpe) HU~. Hey, u know what, rindu tau kalo tak jumpa. Even untuk 1 hari setengah,tahu!

12.55pm - saya keluar office secara senyap-senyap (banzai!!) takut makcik bedah sound la saya keluar senyap-senyap

12.58 pm - dengan pantasnya lif turun ke bawah sampai berdengung telinga saya because of kadar kemampatan oksigen dalam telinga semakin meningkat

1.00pm - Sampai di lobby dan dengan superbnya kaki saya melangkah terus ke traffic light depan Quality Hotel. (dah lambat! dah lambat!)

1.03pm - Finally, sampai jugak kat traffic light depan Quality Hotel tuh. (Fuh!) Where's my gorgeous? Just wondering.. Yeah! That's him! I've maked a call and he's get me. (Fuh..rindu! rindu! rindu!)

Macam tu lah caranya saya menDESCRIBEkan yang saya really "miss him like crazy". Hey! macam mirip tajuk lagu The Moffatts. "you' tukar "him". HAHAHA!
Saya sangat seronok hari ni. Why?? She has a course. Who is she? I think u know who. HAHA~ Hurm..nampaknya telinga saya masih berdengung.

Thursday, October 22, 2009

Just Put Me Down Here

Esok holiday!! HU~ Tak planned lagi nak pergi mana esok. But my dad bagitau dia nak ajak pergi PD. WU~ WU~ Syok ma.. Boleh pergi pasar malam kat sana sambil menikmati angin laut sepoi-sepoi "language". =P Saya bersyukur sebab masih ada ayah dan kakak saya untuk meluangkan masa bersama lepas arwah mak saya pergi menghadap Ilahi. Tak lupa kat Krol jugak. HE HE HE. Dia pun selalu temankan saya. Hari-hari lunch sama-sama tanpa jemu dengan saya, sudi melayan kerenah saya, dan memahami perangai saya. (^_^) Mekaceh!!

Kenapa saya letak title "Just Put Me Down Here"? It's similar kepada "saya meletakkan diri saya di bawah". Tak faham? Maksudnya, saya meletakkan diri saya sebagai hamba kepada-Nya dengan bersyukur kepada beberapa perkara. I've makes some listing about "List of Ezulaykha's Thanksgiving" HA~HA~HA~ Sounds awkward huh? Sigh. Well, ni lah dia, senarai kesyukuran saya.

1. Saya bersyukur saya dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna.

2. Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam dan mempunyai keluarga yang harmoni dan bahagia (walaupun ade gaduh-gaduh sikit, we all tetap cooolllll)

3. Saya bersyukur dapat mengenali siapa kedua ibubapa saya

4. Saya bersyukur dapat merasa kasih sayang ibu saya sehingga berusia 20 tahun.

5. Saya bersyukur mempunyai ayah yang sporting and suka buat kelakar.

6. Saya bersyukur ayah saya belum berkahwin baru/tidak berkahwin baru.

7. Saya bersyukur saya dapat 2 orang adik-beradik je. (kalau ramai sangat tak boleh manja-manja)

8. Saya bersyukur dapat kerja kerajaan (susah wo0o nak masuk government)

9. Saya bersyukur mempunyai bentuk badan yang tembam. Tidak gemuk/tidak kurus

10. Saya bersyukur mempunyai nama "Ezulaykha" sebab nama saya paling unique kot. (Berbelit lidah teacher aku nak menyebut)

11. Saya bersyukur kerana sudah mempunyai sebijik Savvy (Pencapaian hidup sehingga 22 tahun) (^_^")

12. Saya bersyukur mempunyai soulmate yang memahami perangai saya, rajin melayan kerenah saya, tak jemu-jemu tengok muka saya hari-hari.

13. Saya bersyukur adik-beradik ibu saya ramai (ramai cousins - best!)

14. Saya bersyukur mempunyai tone kulit cerah (angkat bakul sendiri btol!)

15. Saya bersyukur muka saya tidak ditumbuhi jerawat.

16. Saya bersyukur dapat jalan-jalan di Malaysia tanpa risaukan pengeboman.

17. Saya bersyukur mempunyai seorang kakak. (kalau ramai kakak confirm aku kena buli)

18. Saya bersyukur sebab gaji saya cukup untuk tampung belanja saya.

19. Saya bersyukur mempunyai kawan-kawan yang sporting

20. Saya bersyukur ayah saya seorang yang hensem (OHOHO~ yeke?)

21. Saya bersyukur kerana masih boleh makan dan minum

22. Saya bersyukur dapat menghirup udara Allah ini.

23. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sederhana

24. Saya bersyukur dapat tidur dengan nyenyaknya

25. Saya bersyukur ayah saya memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga akhlak

26. Saya bersyukur dengan dikurniakan bakat melukis

27. Saya bersyukur dilahirkan di Malaysia

28. Saya bersyukur mempunyai warganegara Malaysia

29. Saya bersyukur ...........

Erm..tu jela dulu kot buat masa nih. Maybe saya dah ngantok kot, tak dapat pikir dalam-dalam lagi lah. HU~ (^_^") Maybe ada sambungannya lagi... HE! Jangan lupa mensyukuri atas nikmat yang dah kita dapat kay..

-Finished-

(^_^")

Oh, saya dah tanya Kak lala(t) kenapa dia nak keringkan buah laici. Buah laici? Eh, bukan. Buah LONGAN. Rupanya kena makan buah longan untuk tambah susu. Erk? Tapi point sekarang ni "kering" bukan "makan". HU~ (-_-") Pening.. Tak pe.. Question mark dalam kepala dah solve dah antara longan, laici, dengan buah mata kucing. Yang nyata, buah mata kucing tak ada langsung dalam talking point saya. HUH~

Yang pasti longan, laici, mahupun buah mata kucing (kena sebut words "buah" sebab takut orang ingat saya manusia karnivor yang makan mata kucing sedangkan manusia adalah golongan makhluk omnivor) sedap kalau buat air. Especially bulan puase. Wah, menarik! Sampai air batu pun nak nyonyot sekali. .







-My lovely shoes-


Mesti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya letak gambar kasutkan? HE HE HE. Sebenarnya shoes ni gift dari Krol. Siapa Krol? Krol ni orang yang selalu meng"happy"kan saya. HU~ (^_^) According to my belated birthday on 5th September, he gifted me a shoes as my birthday's present. HOO~ Shooo nice~.. Well, saya tak selalu pakai sebab kaki saya rasa panas bila pakai kasut tutup penuh. Nanti berkuap. Ngee~ Nasib baik tak ada kulat air kat celah-celah kaki. Yucks! Prefer to wear flip flop and sandals anyway.


-Memoirs of My Flip Flop-

Story pasal flip flop, saya ada kisah sedih pasal flip flop saya. U know what, flip flop saya kena gigit tikus! Wuargh! Durjana sungguh. Ayah saya kata maybe flip flop saya tu manis kot.. HU~ (-_-") Betul kot. Mana lah tau saya ada terpijak gula-gula ke..kan? That rat is soOoo mean! Apa..dah lapar sangat ke? Sampai hati u gigit selipar i ye Mr.Rat?! Sedihkan? Maybe flip flop saya tuh crunchy and enak sampai Mr.Rat gigit. Mana entah datangnya Mr.Rat pun saya tak tau,tahu!






Picture dah kena gigit tu saya tak upload sebab..cedey! Dah koyak-koyak dan hancussss. Next week beli flip flop baru aje. Akhirnya, tong sampah tempatnya selepas saya baru pakai flip flop tu seminggu.. WU~ WU~ (-_-)

Mesti perasankan kenapa saya asyik letak gambar paras kaki je. Sebab saya suke..!! HU~ Mengantuknya bila dah makan nasi goreng sambal belacan bersama telur goreng mata kerbau. HA! Sungguh gemuk! Saya tak gemuk pun. Tembam dan montok jer. Bila nak kurus? Tak tau la,tahu!

Wednesday, October 21, 2009

Longan dan Laici

ADAKAH MEREKA DARI SPESIS BUAH YANG SAMA?
Confirm pelik kenapa saya keluarkan tajuk nih. HE HE HE. Saya pun confuse jugak. Saya jadik confuse bila kak lala(t) tanya kat saya "Buah longan tuh buah laici ke?" dan tiba-tiba kening saya terangkat ala Ziana Zain tengah menyanyi. "Bukan ke buah longan tuh buah mata kucing?" saya tanya balik. "Yeke? Bukan buah laici ek?" Kak lala(t) soal saya balik. "Kenapa?" "Tak ada pape". Loh..tak ada pape pulak. Okay.. Selang 3 minit, "Buah laici boleh ke kita keringkan?" Tiba-tiba Kak lala(t) tanya. Alright! That's it. It must be something why she ask me about longan and laici. "Uik, kenapa nak keringkan?" Tak sempat Kak lala(t) jawab, semua orang terkocoh-kocoh nak balik termasuklah saya. -Finish-

End of my situation. Jom kita check sama ada buah longan itu buah laici atau buah mata kucing sampai kak lala(t) confuse antara longan dan laici!!

Ini buah longan. Yummy! Nampak sodap. Buat air ni boleh sakit tekak. HU~ HU~

Ini pulak buah laici. Ternyata berbeza. Tapi kenapa Kak lala(t) still confuse yek? Adakah dia tak kenal buah-buahan dari Malaysia? Oh, mungkin dia terlalu banyak makan buah apple. Ngee~ Cowie Kak lala(t) Kenapa saya ambil gambar jus laici ek? Saje..Mengade nak buat orang haus. HU~

Ini buah mata kucing. Erk! Rupa, bentuk, macam sama dengan buah longan jer. Siap yang dah kopek tu ha.. Mungkin dari spesis buah yang lebih kurang sama kot. (Sukati aku jer). At least, reasonable kalau nak compare antara "buah longan dengan buah mata kucing" dan "buah longan dengan buah laici"

Conclusion is, ketiga-tiga buah tu adalah berbeza. So, Kak lala(t) jangan salah keringkan buah ye. Kang salah salai pulak. HU~ HU~ HU~ (^_^") Kalau nak keringkan buah longan tuh, sambil-sambil lah buat air longan sikit yer. KUI~ KUI~ Hurm..bab kenapa Kak lala(t) nak keringkan buah tu tak tahu pulak. Tak apa..esok saya tanyalah. Tak susahkan? HU~ Well, perbandingan kat atas tuh sedikit sebanyak saya boleh tengok jugak buah longan secara spesifiknya (cakap je lah yang kau ni tak pernah tengok buah longan, eyka). Kalau nak makan buah longan, jangan tunjuk buah laici. Nanti kena gelak dengan makcik kedai runcit.
Okay..

Have to!

Sengalkan deleted blog lama semata-mata setting dia lari. Kalau lari, kejarlah. Ye tak? Sengal saya ni kan? Kan? Kan? HU~ (^_^") Tak apa lah. Tak banyak writing pun. Saya sangat malas menulis blog. Kenapa? Maybe hari-hari saya hanya lalui macam biasa jer. No drama! Just a same.. Sedihkan? That's okay. At least, hidup saya tak dilanda bencana. HU~ Burp! Kenyangnya makan McD. Spicy Chicken McDeluxe. Sungguh gemuk! Tapi enak kan? HE HE.

Well, saya baru dapat nephew! HU~ HU~ Bukan anak kakak saya ye. Kakak saya belum kahwin lagi. Bila dia nak kawin? Oh, tanya kat dia aje kay. (^_^) Actually, anak kakak kat office saya. Saya dah anggap dia macam kakak sulung saya. Sebab dia lagi tua dari kakak kandung saya. HU~ HU~ HU~. Jangan marah ye kak lala(t). Sungguh comel! Saya sangat sukakan baby dia sebab pipinya yang montel macam buah jambu air. Pagi-pagi mesti nak pegang dia. Tembam! Tapi mama ngan papa dia tak comel pun. Pelikkan? Baby diorang comel pulak. HU~ HU~ Cowie again kak lala(t).



Be ur buddies? Of course my little buddies. Oh, sungguh comel lah kamu nih Budak Tembam!

Nak tengok lagi?
Pipi jambu air! Nak picit-picit jek..!!
Lagi?

Sungguh kacak!
Cukup-cukup! Nanti patah gigi geraham bawah saya sebab berlaga dengan gigi atas menahan geram tengok budak jambu nih. Oh, nama dia? Farish. Bukan Cat Farish yep. Gambar parents dia? Oh, tiada dalam simpanan. HU~ HU~ Bayi tembam ni lah kak lala(t) kendong pergi office hari-hari. Akhirnya keluar jugak. Ingat tak mau keluar. Yelah. Makan tanggung, berak cangkung. Yeke baby berak cangkung dalam rahim ibu? HU~ Bila agaknya saya boleh menimang anak sendiri? Oh, sungguh gatal soalan tuh. HE HE HE. Tunggu umur saya 25 atau 26 ye. (^_^") Fuh..cam confirm jek.