Sunday, March 27, 2011

Bekas Ahli Neraka

Sorry guys..nak share sekali.

Hadith dari al-Bukhari.
Bekas Ahli Neraka

 "Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda: Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam"

Huraian:
  
Pernahkah kita membayangkan tentang neraka? Tentang kegelapan neraka yang sangat pekat? Rasulullah bersabda : “Api neraka dinyalakan seribu tahun hingga memerah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun hingga memutih dan dinyalakan lagi seribu tahun hingga berwarna hitam. Dan jadilah neraka itu gelap pekat.” Pernahkah pula kita membayangkan tentang minuman ahli neraka? Allah berfirman “..dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumkannya air nanah tersebut..” (Ibrahim: 16) Rasulullah bersabda : “Ketika didekatkan ke mulutnya maka mulutnya terbakar dan kulit kepalanya menggelupas. Dan ketika dia meminumnya, maka terputuslah ususnya sehingga minumannya keluar dari duburnya”. Kenyataannya peringatan tentang neraka yang menyala-nyala adalah supaya hati kita dapat disedarkan kerana tidak ada yang akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka, yang mendustakan kebenaran dan berpaling dari iman

Hurm..takut!

Dosa

Assalamualaikum and hello guys..

Aku sekadar nak tanya, berapa kali korang ada tertinggal atau sengaja tinggal solat?

Kalau soalan itu dibalikkan pada aku..
......

Tak terhitung. Betapa aku lalai dalam menjaga solatku.

Kadang-kadang aku rasa alone, gelisah, susah hati, tak tenteram, buat kerja tak habis, kerja senang pandang jadi susah, and apa yang aku buat mostly mesti tak menjadi. Aku ada cerita perihal macam ni kat sorang member. And dia tanya soalan yang paling akan aku ingat sampai mati.

"Kau jaga tak solat kau?? Kau jaga tak hubungan kau dengan Allah??"

Subhanallah. Seriously aku tak pernah terfikir pasal apa yang terjadi dalam hidup aku berkait dengan soalan member aku tadi. Ego yang membataskan lidah aku.

"Erm..ada la 2 - 3 kali missed sembahyang..."

Aku hipokrit. Sejujurnya, tak terhitung dosa aku kerana mengabaikan solat. Aku mengaku, aku bukanlah dikalangan yang rajin mendirikan solat. Entry ni bukanlah aku nak buka aib dosa sendiri. Hanya luah hati. Ya Allah, aku telah menzalimi diri sendiri..

Aku tak menjaga hubungan aku dengan Allah. Aku lalai. Salah satu sifat orang yang fasikh. Aku takut sangat kalau aku tergolong dalam golongan yang fasikh. Aku takut balasan Allah. Aku takut dengan neraka Allah. Aku takut dengan hari kebangkitan. Aku takut dengan hari perhitungan. Aku takut buku amalan hidup diterima dari belakang. Alangkah manisnya kalau buku amalan hidup aku diterima dari sebelah kanan atau hadapan...

Aku takut lalu titian Mustaqim.. Aku takut kena tolak jatuh ke dalam neraka setiap kali disoal tentang amalan Rukun Islam. Aku dah cukup amal ke Rukun Islam tu??

Jawapannya, sure tidak.

2 - 3 hari ni, aku asyik baca artikel pasal tentang hari kiamat. Baru aku sedar, aku sekarang berada di hujung tamatnya sejarah manusia tak lama lagi. Selama ni bukan tak tau, tapi tak endah. Tak pedulik.

Aku banyak berhutang dengan Tuhanku, Allah.

Semoga Allah bagi kesempatan untuk aku langsai "hutang-hutang" aku pada Allah.


Kredit: Google Images

Besides, aku ada tertengok satu gambar lama kat facebook cousin aku.


Ni family sebelah arwah emak aku. Ni suku je. Tak separuh. Belum semua lagi. Haa..ramai tak ramai tak? Ramailah. Arwah emak aku yang pakai baju pink yang terselit tengah-tengah yayi dengan nyayi aku. Hurm..dua-dua ni pun dah tak ada juga. Allah dah jemput. 

Firstly aku tengok gambar ni..

"Eh, aku nangis ke.."

Ye, aku nangis. Rindu kat arwah emak.

Al-Fatihah..

Agak-agak, dapat jumpa emak aku tak kat akhirat nanti??

Aku rindu kat dia

:')

Thursday, March 24, 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum and hello guys!

Adalah dimaklumkan bahawa seminggu yang lalu aku sibuk menguruskan *eh, mengurus ke?? eh tak tak, aku tolong bereskan wedding kakak aku yang telah berlangsung pada 12 Mac 2011 dan 13 Mac 2011, Sabtu dan Ahad kat Taman Mutiara, Off Jalan Kluang dan Jalan Cempaka, Kampung Istana, Batu Pahat, Johor. Ye..aku orang Johor. Ada masalah?? Hehehh.

Eh, yang 13 haribulan punya tu aku tak rewang pun. Aku datang makan je pasal belah lelaki. Belah pompuan datang makan, bergambor, memenuhkan khemah makan, and berborak je. Selesai aje belasah makan kat rumah belah lelaki, aku and sepupu-sepapat yang jarang benor nak dapat jumpa bergegas *ceh..tak lah bergegas. sempat salin baju ke Pacific Bowling kat BP Mall. Oh yeah! Rindu giler kat kalian semua. Satu experience best setelah membesar dengan hebat dan sehat. Last main sama-sama, masa kecik-kecik dulu. Hadoyai, best gile seh. Hurm, pengantin pompuan kena duduk rumah mentua tolong cuci periuk. Kesian.. ;)

By the way, lepas main bowling, kitorang sempat celebrate birthday one of my cousins kat sana. Woah! Meriah giler main selet-selet chocolate donut beli kat Big Apple. Bukan selet tepek choc dengan donut-donut sekali, TAK, kita sopan selet hujung jari lepas tu selet kat muka dia okay. Until ada sorang nyonya lalu depan kitorang siap patah balik nak tengok "pedehal la budak-budak tu main. comot dah muka. kesian!" (-_-")

Anyway, padan muka kau, birthday boy! Gud gud!

Lepas tu, 2 - 3 hari kemudian, sikit-sikit sedara-mara balik rumah masing-masing. Hari Isnin iaitu sehari selepas hari persandingan belah lelaki, malam tu, kitorang pi karok! eh, karaoke *google jap cari ejaan sebenar karaoke. Lupa lak ejaan. Kau jangan memain. Abang ipar aku pandai nyanyi tau! Macam mawiiiiii... Ha, kau ado?? Siap taranum berharakat idgham maalghunnah kauuu.. Hahaha!! Aku?? aku memang muka tak malu. Sumbang, sumbang le. Pedulik hape orang kiri kanan. Janji lepas rindu kat microphone. Fuhh! Gian toksah cakap le..

Anyway, banyak aktiviti kitorang buat kat sana. Orang balik kampung pergi mandi sungai, cari udang, panjat danau, naik rakit, aku?? Hurm..

Banyak gambor sempat jugak hambek.

Nanti aku free, aku upload kat sini siket ea..

Jangan majuk-majuk!

:P

Tuesday, March 22, 2011

Emo

Kerol selalu outstation. Pergi utara la.. Timur la.. Aku je tak pergi mana-mana. Dia busy.. Tak apa. Aku setia menanti jadi tunggul kat sini. Please.. Jiwang kau eka. Why?? Ada short ea??

Condition aku selalu jadi emosi bila Kerol pi tempat jauh-jauh.

Usually.. aku mesti jadi sasau..
Hurm..

(-_-")

Haru!



Tolonggg!!!