Thursday, March 24, 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum and hello guys!

Adalah dimaklumkan bahawa seminggu yang lalu aku sibuk menguruskan *eh, mengurus ke?? eh tak tak, aku tolong bereskan wedding kakak aku yang telah berlangsung pada 12 Mac 2011 dan 13 Mac 2011, Sabtu dan Ahad kat Taman Mutiara, Off Jalan Kluang dan Jalan Cempaka, Kampung Istana, Batu Pahat, Johor. Ye..aku orang Johor. Ada masalah?? Hehehh.

Eh, yang 13 haribulan punya tu aku tak rewang pun. Aku datang makan je pasal belah lelaki. Belah pompuan datang makan, bergambor, memenuhkan khemah makan, and berborak je. Selesai aje belasah makan kat rumah belah lelaki, aku and sepupu-sepapat yang jarang benor nak dapat jumpa bergegas *ceh..tak lah bergegas. sempat salin baju ke Pacific Bowling kat BP Mall. Oh yeah! Rindu giler kat kalian semua. Satu experience best setelah membesar dengan hebat dan sehat. Last main sama-sama, masa kecik-kecik dulu. Hadoyai, best gile seh. Hurm, pengantin pompuan kena duduk rumah mentua tolong cuci periuk. Kesian.. ;)

By the way, lepas main bowling, kitorang sempat celebrate birthday one of my cousins kat sana. Woah! Meriah giler main selet-selet chocolate donut beli kat Big Apple. Bukan selet tepek choc dengan donut-donut sekali, TAK, kita sopan selet hujung jari lepas tu selet kat muka dia okay. Until ada sorang nyonya lalu depan kitorang siap patah balik nak tengok "pedehal la budak-budak tu main. comot dah muka. kesian!" (-_-")

Anyway, padan muka kau, birthday boy! Gud gud!

Lepas tu, 2 - 3 hari kemudian, sikit-sikit sedara-mara balik rumah masing-masing. Hari Isnin iaitu sehari selepas hari persandingan belah lelaki, malam tu, kitorang pi karok! eh, karaoke *google jap cari ejaan sebenar karaoke. Lupa lak ejaan. Kau jangan memain. Abang ipar aku pandai nyanyi tau! Macam mawiiiiii... Ha, kau ado?? Siap taranum berharakat idgham maalghunnah kauuu.. Hahaha!! Aku?? aku memang muka tak malu. Sumbang, sumbang le. Pedulik hape orang kiri kanan. Janji lepas rindu kat microphone. Fuhh! Gian toksah cakap le..

Anyway, banyak aktiviti kitorang buat kat sana. Orang balik kampung pergi mandi sungai, cari udang, panjat danau, naik rakit, aku?? Hurm..

Banyak gambor sempat jugak hambek.

Nanti aku free, aku upload kat sini siket ea..

Jangan majuk-majuk!

:P

No comments: