Thursday, January 2, 2014

Akhirnya...




Tadaaa!!!

Itu hari husband aku ke Langkawi atas urusan kerja. Sempat jugalah aku pesan kirim bawa balik coklat. Kemudian, tak sangka pula dia bawa balik coklat dan beli bekas kuih raya sekali. Hehe. Rezeki. Memang aku idam lama dah nak ada bekas kuih raya sendiri nih.

Anyway, esok hari lahir arwah emak.

Selamat ulang tahun, emak!

Kalau emak ada lagi, umurnya genap 56 tahun esok. Pencen dah agaknya. 

Rindu emak!

Al-fatihah...

Tuesday, December 24, 2013

Perkara Rawak #6: Bila Hidung Kau Ultra Sensitive


Office aku dekat sebulan lebih tak ada air-cond. Benda ini penyelamat deria bau aku. Bayangkan laa, bila air-cond tak ada. Semua kat sekitar kau jadi hasheemm. Termasuklah diri aku sekali. Haha. Gila kau..aku masih pandai jaga kebersihan diri ye. Nasib lah benda ni free

Kalau tak, aku pohon cuti sakit sebulan atau sampai air-cond berfungsi macam biasa.

Erghhh!!

*sabar eka. ni cuma panas dunia je. belum panas neraka*

Monday, December 23, 2013

Weekend #01: Ke Mana Kau?

Semalam weekend korang pergi mana?

Aku tak pergi mana pun. Paling kuat pergi tengok ayah aku and keluarga mentua aku. Actually baru balik dari kerja luar daerah. Agak penat sikitlah. Tiga hari tinggalkan suami kat KL. Haha. Sekarang, giliran suami aku pulak kerja luar daerah. Lima hari ye. LIMA hari. Aku tinggal dia tiga hari je. Tiba-tiba aku rasa dunia ni tak adil *boleh?

 
Kemain luas laki aku kangkang depan tv. Tangan tu aku tak tau dia nak putar apa. Belah mentua aku ni suka tengok movie hantu-hantu so, aku cadangkan diorang ni nak tengok time siang je bila aku ada. Malam jangan. Nanti kang taklah aku penakut sangat. Haha.

Alhamdulillah keluarga ayah aku sihat. Begitu juga keluarga mentua aku. Semua sihat belaka. Ayah makin better. Honestly aku cakap, aku rindu sangat kat dia. Rindu dia dulu yang ceria, kuat mengusik.. Rindu! Tak apalah. Setiap perjalanan hidup manusia itu Allah dan tentukan semuanya.

Nanti kita tua pun tak tau macam mana kan?

Kakak aku pun dah selamat bersalin 6 November 2013 lepas. Gambar baby aku belum nak letak lagi. In shaa Allah, ada gambarnya. Last aku jumpa diorang time weekend lepas. Diorang anak beranak datang sini ziarah ayah.

Aku rindu dengan keluarga sendiri. Tapi aku kena move on. Hidup tak selamanya sama dan kekal. Aku hanya teruskan hidup yang Allah dah kurniakan ni. Kadang-kadang sunyi jugak. Mungkin dah sampai time untuk ada baby? Eh. Hehehe...in shaa Allah.

Selamat Tahun Baru 2014, in advance.

Semoga di tahun baru kita semua dikurniakan kehidupan yang lebih baik, episod kehidupan yang bahagia, dikurniakan rahmat dariNya, dan dipermudahkan segalanya dalam hidup. In shaa Allah!

Tuesday, November 19, 2013

Selamat Satu (1) !

 
Alhamdulillah. 17 November 2013, genaplah setahun usia perkahwinan antara aku dengan Khairul. Tak sangka setahun dah. Dugaan kau toksah cakaplah. Macam-macam. Cuma yang berat-berat tu tak adalah. 

Macam biasa orang pernah cakap, tahun pertama hingga tahun kelima, dugaan kahwin tu macam-macam. Tahun kelima hingga kesepuluh, tahun-tahun yang menduga jugak. Usually, orang kata, tahun kesepuluh ke atas, barulah rumahtangga harmoni. Lebih kurang macam tahun matang perkahwinan le.

Entahlah ek, pada diri aku sendiri, tolak ansur penting. (cliche sangat kau nok)*

Ada masanya, kita kena saling membantu. Yang paling penting, kau jangan meragui Allah swt. Dialah Maha Pemberi segalanya. Jangan takut untuk hadapi apa-apa. Hanya takut pada Allah. Tahun ni aku lalui macam-macam perkara. Aku anggap ini sesuatu yang Allah bagi untuk matangkan diri ni ha.

Tak apa. Sesuatu perkara yang jadi, ada hikmah. Aku percaya setiap benda ada kifarah. 

Macam mana pun, Selamat Satu!

Mohd. Khairul Fakri (suami), terima kasih untuk semua. :')        

Wednesday, November 13, 2013

Sayang Ayah!


Maaflah kalau dah lama aku tak update entri baru.

Kesihatan ayah kebelakangan ni merosot sedikit. Mood nak buat segala benda tak ada. Kepala, jiwa, hati aku sering fikirkan tentang ayah. Kalau nak aku ceritakan tentang ayah, nanti aku sedih. Sedih. Rasa sedih tu memang merengkam.

Pasal aku rapat dengan ayah aku. Semua benda refer ayah. Ayah tu..ayah ni.. Semua ayah.

In shaa Allah, dalam masa terdekat ini ayah akan melalui operation. Operation untuk membuang tumor yang tumbuh dalam bahagian kepala. Ya, kepala. Yakni, brain.

Semoga segalanya selamat. Aku pohon, aku pohon ayah sihat semula macam dulu. Ceria macam dulu. Gurau-gurau dengan aku macam dulu. Teman aku ke mana sahaja macam dulu, walapun aku sudah bersuami.

Ayah seorang yang sangat supportive. Dan aku yakin, ayah seorang yang kuat semangat, kental untuk lalui proses operation tu. Dan aku, kena seperti ayah. Kuat untuk menerima berita ini. Kuat untuk membantu ayah. Kuat untuk menjalani tanggungjawab sebagai anak. Kuat untuk melayani ayah. Kuat untuk semuanya. Ya, semuanya!

Itu hari aku terfikir, hikmah besar sedang melalui aku. Aku mula faham kenapa aku masih menunggu zuriat. Allah Maha Mengetahui segalanya. Allah memberi tanggungjawab dan amanah sebagai seorang anak untuk beri bakti kepada orang tuanya kepada aku. Mungkin Allah masih belum memberikan aku tanggungjawab sebagai ibu kepada anak, kerana, MUNGKIN, tanggungjawab sebagai anak, Allah memberi tanggungjawab itu sebagai keutamaan untuk aku.

Akhirnya, aku sedar. Dan, REDHA.

Suami aku merestui. Dia merestui niat aku untuk menjaga ayah. Walaupun terpaksa berkorban material. Tapi aku yakin, aku YAKIN rezeki dari Allah ada kat mana-mana dan bila-bila masa.  Tak rugi apa-apa pun jika mengorbankan sesuatu hanya untuk orang tua kita.

Mungkin balasan baik itu akan dibalas di dunia, ataupun di akhirat. Salah satu, atau kedua-dua adalah lebih baik.

Alhamdulillah...

Yang aku mahukan adalah yang terbaik untuk ayah.

Semoga ayah diberi rahmat kesihatan oleh Allah swt dan dipanjangkan usia dalam usia yang berkat. Aamiin!

In shaa Allah

Sayang ayah!!!