Maaflah kalau dah lama aku tak update entri baru.
Kesihatan ayah kebelakangan ni merosot sedikit. Mood nak buat segala benda tak ada.
Kepala, jiwa, hati aku sering fikirkan tentang ayah. Kalau nak aku ceritakan
tentang ayah, nanti aku sedih. Sedih. Rasa sedih tu memang merengkam.
Pasal aku rapat dengan ayah aku. Semua benda refer ayah. Ayah tu..ayah ni.. Semua
ayah.
In shaa Allah, dalam masa terdekat ini ayah akan melalui operation. Operation untuk membuang tumor yang tumbuh dalam bahagian kepala.
Ya, kepala. Yakni, brain.
Semoga segalanya selamat. Aku pohon, aku pohon ayah sihat
semula macam dulu. Ceria macam dulu. Gurau-gurau dengan aku macam dulu. Teman
aku ke mana sahaja macam dulu, walapun aku sudah bersuami.
Ayah seorang yang sangat supportive. Dan aku yakin, ayah seorang yang kuat semangat, kental
untuk lalui proses operation tu. Dan
aku, kena seperti ayah. Kuat untuk menerima berita ini. Kuat untuk membantu
ayah. Kuat untuk menjalani tanggungjawab sebagai anak. Kuat untuk melayani
ayah. Kuat untuk semuanya. Ya, semuanya!
Itu hari aku terfikir, hikmah besar sedang melalui aku. Aku
mula faham kenapa aku masih menunggu zuriat. Allah Maha Mengetahui segalanya. Allah
memberi tanggungjawab dan amanah sebagai seorang anak untuk beri bakti kepada
orang tuanya kepada aku. Mungkin Allah masih belum memberikan aku tanggungjawab
sebagai ibu kepada anak, kerana, MUNGKIN, tanggungjawab sebagai anak, Allah
memberi tanggungjawab itu sebagai keutamaan untuk aku.
Akhirnya, aku sedar. Dan, REDHA.
Suami aku merestui. Dia merestui niat aku untuk menjaga
ayah. Walaupun terpaksa berkorban material.
Tapi aku yakin, aku YAKIN rezeki dari Allah ada kat mana-mana dan bila-bila
masa. Tak rugi apa-apa pun jika
mengorbankan sesuatu hanya untuk orang tua kita.
Mungkin balasan baik itu akan dibalas di dunia, ataupun
di akhirat. Salah satu, atau kedua-dua adalah lebih baik.
Alhamdulillah...
Yang aku mahukan adalah yang terbaik untuk ayah.
Semoga ayah diberi rahmat kesihatan oleh Allah swt dan
dipanjangkan usia dalam usia yang berkat. Aamiin!
In shaa Allah
Sayang ayah!!!
No comments:
Post a Comment