Tuesday, December 22, 2009

Kalau kita menggantikan tempat orang yang kita sayang tu dengan orang lain, adakah hal itu salah?

Adakah itu curang?

Walaupun orang yang disayangi itu sudah tiada..

Musykil..

Kamu kata..hanya dia dihatimu sampai bila-bila. Katamu lagi, walaupun kamu sudah punya yang lain, sidia tetap bertamu dihatimu lagi. Perkahwinan pertama tidak sama dengan perkahwinan kedua. Apakah benar maksudmu itu?

Mulanya, aku positif untuk menerima perubahanmu. Aku redha, mungkin itu yang akan menceriakanmu kembali. Tapi, bila kami adik-beradik berbincang, adakah pengganti itu boleh menjagamu seperti sidia menjagamu?

Adakah pengganti itu sama perilakunya seperti perilaku sidia?

Adakah pengganti itu akan menjadi suri di rumah yang kami diami dengan bahagia dari kecil sehingga dewasa sebagaimana sidia menjadi suri di rumah yang sama dan yang juga suri di hati kami?

Adakah pengganti itu seorang yang soleh sebagaimana solehnya sidia?

Adakah pengganti itu air tangannya sama seperti air tangan sidia?

Apakan pengganti itu akan sabar dengan sikapmu sebagaimana sidia sabar melayan kerenahmu?

Pelbagai persoalan yang kami fikirkan. Ya, mungkin kamu takkan melupakan anak-anakmu. Tapi, adakah kenyataan itu masih boleh digunapakai jika kamu bersama pengganti itu? Memang benar apa kamu katakan, anak-anak mungkin akan pergi meninggalkan orang tuanya sekiranya sudah bersuami. Tapi, kami tidak! Kami tidak sesekali akan meninggalkanmu.

Kami mengerti sekiranya kamu sunyi tanpa seseorang disisimu. Tapi, ketika ini kami tidak boleh menerimanya lagi..

Kami mohon maaf kepadamu. Ya, kami berdosa kepadamu. Kami memerlimu.. Bukan apa, kami masih tidak boleh menerima sepenuhnya pengganti itu..

Aku takut..

Aku risau..

dan aku bimbang..

Jika kamu akan tidak mempedulikan kami..anak-anakmu..lagi..

Kedua-dua anakmu ini sangat menyayangi dirimu sepenuh hati. Hanya kamu yang kami ada sebagai orang tua. Hanya kamu yang kami perlu jaga hatinya, perasaannya..tiada yang lain..

Kami menyayangimu, ayah..

Thursday, December 17, 2009

Bathtub

Minggu ni saya baru balik dari Sabah. Memang exhausted giler. Bukan exhausted kerja, tapi exhausted teman "mak-mak sedare shopping". Whose "mak-mak sedare"? "Mak-mak sedare" means wanita-wanita separa abad yang bekerja satu ofis dengan saya. Lenguh jugak kaki saya bila kena teman "mak-mak sedara" saya nih. HA HA.



Mak sedare 1: Eyka, which one is better with me? Is it crystal or pearl? Owh!owh! Lagi satu, colour ape cantik ye?

Saya: Outrageous colour very suitable with u mrs. ***. Why not u choose pearl than crystal.

Mak Sedare 1: Ouh, thank u. I think i choose pearl. Sea water's pearl..nice!



Outrageous colour! Mampuih je kalau makcik-makcik yang pakai. HA HA. Nasib baik lar saya ditemani seorang staff Sabah. Shah namanya.



Mak Sedare 2: Shah! Shah! Cantik tak necklace yang saya pakai ni?

Shah: Nice..cantik. (Jawapan selamat. HE. Ok, kitorang pakat sebenarnya)

Mak Sedare 2: Really? Cantik pakai sekali ngan cincin yang mana satu ye, Shah?

Shah: Yang ni cantik, yang ni pun cantik gak. (Senyum kat mak sedare 2)



HA HA. Jawapan yang sangat mengambil hati. Kitorang sebenarnya dah penat,tahu. Bukan sengaja mahupun suka-suka bagi jawapan camtuh. (Defend's answer). Ya! Memang ya. Saya dan Shah menemani "mak-mak sedare" hampir 3 hingga 4 jam lamanya untuk satu kedai sahaja. Kenapa lama? Kedai tu ada jual crystal manik yang sangat shiny dan jual pearl sekali. Ada dua jenis pearl, it is fresh water's pearl (mutiara air tawar), dan sea water's pearl (mutiara air masin). Barang macam tu sangat menarik hati "mak-mak sedare" saya. Shah, selaku tuan rumah kenalah bawak kitorang ke tempat-tempat ideal macam tuh. Saya pun tertarik jugak tapi taklah obvious sangat. HA HA HA. (Ko pun sama naik jugak eyka!) So, kedai tu ada jual yang ready-made dan jugak yang jual separate 1 string tu kedai jual dalam RM18 or RM20 depends on kualiti crystal. Kalau pearl, kedai tu jual 1 string dalam RM30 untuk fresh water and RM150 untuk sea water.



"Mak-mak sedare" saya ramai tertarik untuk membeli bukan ready-made (Actually, diorang boleh design kehendak sesuka hati). Diorang beli dalam 2 till 3 sets of pearl and crystal with 2 or 3 strings on 1 set! (Banyak giler duit). Saya rasa kedai tu mesti tutup 2 hari sebab keuntungan yang berlipat-lipat ganda hasil pembelian "mak-mak sedare" saya. (-_-") Disebabkan "mak-mak sedare" saya lebih berminat untuk mendesign sendiri, jadi saya dan Shah terpaksa menunggu lama kat kedai tuh.



Masa 1st time sampai Le Meridien, Sabah, memang cantik hotel dia. Tak sangka kat Sabah ada hotel cantik yek. HE HE HE. Bilik dia nice! Saya sebilik dengan anne & kak shima. So, 3 orang 1 bilik coz bilik dia sangat besar and bilik air dia pun besar jugak hingga boleh bentang meja pingpong kalau mahu. Petang pun menjelang dengan azan maghrib pada jam 6.15 pm! Kejutan masa = itu yang saya alami sehingga saya tersalah kiblat dan waktu. Saya tak sempat mandi petang pun sebab terkejar-kejar dengan masa.



Malam tu saya nak mandi, sebelum mandi, kita akan kencing dulu. Betul tak kawan-kawan? Jadi, saya check jamban dulu. Nak tengok la kalau-kalau ada paip ke tidak. Kalau tak ada paip pun maybe ada tiub kat celah mangkuk jamban untuk beristinjak. Owh, tak ada! Takpe lah. Saya 'wee-wee' dulu kat jamban then baru basuh kat bathtub. Dengan happynya, aku berbuat demikian. Ingat aku sorang je buat camtu, rupenya kak shima pun buat sekali. HA HA. Jam dah pukul 1 pagi, anne tak balik-balik lagi. Stay kat bilik meeting lagi kot. Kak shima jangan cerita. Dia dah hanyut belayar dengan mimpi. Saya baru nak lelap mata, anne balik. Saya buat-buat tidur. (tak tahu motif saya berbuat demikian. HE HE). Then, saya terdengar macam anne tadah air dalam tub. Erk, takkan dia nak berendam dalam tub kot. Lepas tu saya dengar dia tutup air pastu ...... -senyap- Last-last saya tertidur gak.



Keesokkan hari.



Kak Shima: Cik Anne, malam tadi u balik pukul brape?

Anne: Owh, i balik pukul 1 lebih malam tadi.

Kak Shima: Sorry i tak dengar u balik malam tadi. i dah tidur.

Eyka: Ha'ah, saya pun dah tidur (tipu!)

Anne: Sokay, malam tadi i penat sangat. Sampai tertidur dalam tub. HA HA HA. (gelak sendiri)



What!!! Saya terkesima. Saya memang cuci bontot dalam tu. HA HA HA. Rasanya dua kali dia berendam dalam tub. HA HA HA. Rasakan kau kehangatan cucian bontot aku. Bukan bontot aku je. Bontot kak shima sekali. HA HA HA.



Moral of the story, orang macam aku memang tak boleh ke overseas. Especially, pergi public toilet dia. Memang jahanam aku tak boleh membuang.

Thursday, November 19, 2009

Gerai nasik lemak sebelah 7E

Malam tadi mase tengah beli nasik lemak, tiba-tiba ade satu kakak gemuk depan aku ni pusing ngadap aku pastu tunjuk-tunjuk dalam kedai 7E. Dalam hati aku "akak ni tak pernah tengok kedai 7E ke?". HA HA HA. Tengok-tengok rupenye ada 1 makhluk berhormon testosteron yang jarang aku jupe (pasal kitorang da lama x jupe). Oh, kawan aku rupenye. Ces! Camne boleh terjumpa lak ni.. Nak buat camne, tegur je lah. Kang tak tegur kang .... . Aku pun melambai-lambai anggun kat membe yang tengah tergelak-gelak dalam kedai 7E yang bercermin tu. Dah macam ikan buntal dalam akuarium. HA HA HA. Pasal dia bulat, chubby, dan chomel! (mampus aku kalau dia baca). Membe aku ni tunjuk-tunjuk jemari chef dia (jari dia gemuk-gemuk. orang tua-tua kate, kalau jari gemuk-gemuk tu pandai masak) kat seblah kiri aku. Aku pun "pe hal la umat ni?". Then aku pun pusing....

Humang aih!! Terkejut kaw-kaw punya terkejut melainkan terkejut-terkejut belaka. Serius..memang aku terkejut abis. Lama giler aku tak jumpa dia. Lebih kurang 4 atau 5 tahun aku tak jumpa dia. Aku ingat dah tak jumpa lagi dah. Terkejut, segan, malu, nak tergelak. (combination yang terbaik masa tu).

Aku rasa dia tak terkejut, segan, malu, dan nak tergelak pasal selamber je aku tengok dia diri kat seblah. Yela.. Mungkin dia dah cam biasa atau tak heran atau tak terasa atau atau atau!! HUH. Dia pernah tulis kat wall friendster dia yang lebih kurang berbunyik macam dia dah lupakan semua benda yang lepas termasuk lah loved dia yang lepas-lepas..and time aku bace tu memang aku terasa ar pasal aku tak pernah lak terlintas nak cakap atau tulis atau ekspresi macam tu.. Sadness tu kaw-kaw datang bila orang tak hargai aku yang pernah ada dalam life dia dulu. So.. =X Maybe dia dah jupe yg betul match ngan ati dia and yang tak pakai baju besar, yang tak pakai tudung selebet-selebet, yang gigi tak bersepah ke sana sini, yang yang yang!! Whatever.. and dia pun tulis la macam tu untuk lupakan semuanya kot. KOT!

Sapa pun cam baru kenal and sepatah-sepatah berbual. Tak lama, dia blah. Mungkin aku tak layan dia kot. HA HA HA (Gelak keji). Siapa nak layan kalau orang da sakitkan ati ko dulu kan. Ye tak? Last,aku borak ngan membe ikan buntal aku. HAR HAR HAR. Bukan sengaja aku taknak layan borak dia. Tapi tak leh ar.. He's dump me twice!! Boley terima tak wahai gadis-gadis lain? Serius aku s***** dia DULU (geli sial nak cakap camtuh) tapi dia dah buat aku tak dapat sayang orang lain macam aku ngan dia. So, fortunately, 3 tahun baru la aku dapat sayang baby aku yang sekarang ni. HA HA HA. I love u much KEROL!

Kepada anda disebelah saya mase saya tengah beratur nak beli nasik lemak malam tadi, i just can say "nothing". =) have a good life!

Sunday, November 8, 2009

Pemikiran tak KL langsung

Macam shit lah! Kena outstation pergi Sabah tapi kena kuar duit sendirik. Memang la boleh claimed, tapi tak worth langsung. Dengan gaji kerani yang ciput ni, saya kena kuar duit tambang flight pergi balek naik MAS sebanyak RM 600++. Dah lah nak dapat claimed lambat.. Aduyai..

Mulut cam fuki ayam. Boleh lak dia cakap "org dah bookedkan tiket tak payah nak banyak cerita" Mulut BUSOK! Gigi kuning berlapis-lapis. Taik gigi banyak!!! Jangan nak banyak cakap. Macam fundek. Sungguh celaka!! Hambek kau,puaka!! Nampak sangat ko ni tak pandai. Memang, dia bodoh sungguh macam lembu. Lembu lagi genius dari dia, tahu!!

Dah..saya tak nak cerita pasal ni lagik ar. Sakit hati and hati saya pun nanti jadik kuning macam gigi dia yang berlapis-lapis lepas tu kena demam kuning. Tak payah!!

Last-last, saya buat bodoh je ngan apa yang dia cakap. Malas nak layan. Boh layan la! Minum teh boh pun lagik sedap..

-end-

saya sangat sakit hati sampai tak tau nak cakap macam mana lagi dah, tahu.




Wednesday, November 4, 2009

Hari ini sangat guruh!!

Saya badmood giler hari ni. Badmood pun sibuk lagi nak tulis entri. Sigh~ Start malam tadi keadaan saya umpama guruh kat langit disusuli hujan lebat! Puitis pulak. Shit! Hopefully hari ni tak ade orang usik saya. SAYA SANGAT-SANGAT BADMOOD!! Confirm saya macam singa kalau ada orang usik saya. Grrr!! Nasib baik tengahari dapat jumpa bie. At least, reda sikit badmood bila tengok dia.. Dia sangat comel! Kami akan berkahwin nanti! HE HE HE. Bila? Oh, tunggu 2 atau 3 tahun lagi ye. Mungkin adakah kami akan memiliki anak-anak yang comel? Oh, sudah tentu. Bahah!! saya-sangat-suka-berangan. That's my tagline right now. (-_-")

Bosan giler hari ni. Hari-hari buat benda yang sama.

6.00am - Bangun pagi dengan malasnyer. Berangan 2-3 minit teringat kat bie. (^_^")

6.05am - Iron baju untuk hari ni. Jangan tanya saya kenapa saya tak iron baju dari malam tadi ok.

6.20am - Ready for shower. Blup! Blup! Blup!

6.45am - Keluar dari bilik air sambil berlari-lari anak menuju ke bilik. Pakai baju! Make-up! Siapppp!!

7.05am - Finally, siap jugak. Tapi..still tak sempat pin tudung. HE HE HE. Pin dalam kereta sudahhh..

7.05am - 7.45am - On the way pergi keje. zZZzzzZZ!! : sambung tido dalam kereta. (-_-") sungguh perempuan!

7.50am - Punch-card! Sambung make-up dalam toilet. Kadang-kadang kat meja saya je. Make-up bawah meja. Bahah!!

8.00am - Pergi kantin. Isi tangki dulu.. Lapar! Lapar! Lapar!

8.30am - Siap sedia menghadap muka boss. Seterusnya...buat kerja!!

12.30pm - Message bie bagitaw nak lunch sesama. Sungguh bunga!

1.00pm - Yay! Lunch time... Jalan-jalan dengan bie.

2.10pm - Masuk office balik. Sambung buat kerja.. Sungguh tunjuk rajin. (^_^")

3.00pm - Ketupat time!! Gossip lar.. HE HE HE

5.00pm - Punch-card! Hooray..balekkk!!

Macam tu lah routine saya hari-hari. Bosan tak? Bosan tak? Bosan tak?

Hurm..

Esok? Sama jew...

-Bye-