1995.
Masa tu aku sekolah rendah. Baru naik darjah 2. Masa tu
budak-budak Tahap 1 (Darjah 1-3) sekolah sesi petang. Budak-budak Tahap 2
(Darjah 4-6) sekolah sesi pagi. Aku dengan kakak aku beza 4 tahun. Waktu tu dia
darjah 5 sekolah sesi pagi. Kalau siang kat rumah memang tak berjumpa sebab
waktu balik sekolah dia dengan waktu masuk sekolah aku bertembung. Jumpa masa
aku balik sekolah petang je. Itu pun, sesi sekolah agama aku pagi, kakak aku
petang.
Aku tak peramah dan tak ramai kawan. Selalunya, kawan
yang tegur dulu pada awal perkenalan. Aku selalu perkenal diri dengan nama
penuh. Oleh kerana nama aku agak rare,
diorang macam susah sikit nak menyebut. Akhirnya, diorang panggil aku guna
pangkal suku kata pertama nama. Mula-mula agak peliklah sebab keluarga aku
panggil guna gelaran hujung pangkal nama. Lama-lama aku okay. Kadang-kala bila
ada kawan baru tanya ‘nama awak siapa?’, aku blur nak bagitahu nama penuh ke
nama pendek. Bila aku sebut nama penuh, respon yang aku dapat ‘eh, peliknya
nama awak’ sambil cerun-cerun mata, kerut-kerut muka. Jadi, aku kontotkan nama macam
kawan-kawan aku selalu panggil nama aku.
Aku waktu kecil-kecil macam budak lelaki sikit. Trademark aku rambut pendek. Tak pernah
berambut panjang macam anak perempuan lain. Pakai pinafore dari Darjah 1-4. Darjah 5 dah pandai malu, minta mak buat
baju kurung. Nasib aku tak pengkid je.
Ciri tomboy dalam diri mula cambah
masa aku Darjah 4.
Balik semula tahun 1995.
Masa tu tengah hot pasal kumpulan muzik pop. Macam-macam boyband/girlband tumbuh di arena muzik
Malaysia ni. Masa tu kumpulan muzik girlband
yang meletup, kumpulan Feminin. Kumpulan Feminin ada 4 orang, sedang elok masa
tu aku dengan kawan-kawan aku memang 4 orang. Yang aku cuma tahu nama kumpulan
Feminin dengan lagu-lagu diorang je. Aku tak pernah ambil tahu pun nama setiap
seorang ahli. Tiba-tiba satu hari kat sekolah, kawan-kawan aku semua pakat nak
jadi macam kumpulan Feminin. Siap cop siapa jadi siapa. Aku tak tau nama
diorang jadi aku diam diri. Memandangkan aku memang tak tahu nama ahli,
kawan-kawan pakat aku jadi As. Dengar nama macam tak cantik je orangnya. Nama
As tak se-glamour Watie, Deq Nor.
Masa diorang bagitau aku ‘ha kau! Kau lah jadi As’. Ada macam telinga kera
dalam otak aku. ‘siapa As nih? Tak sedaplah nama. Mentang-mentang korang tau
nama boleh lah cop nama sedap sikit’. Jadi, aku redha walaupun malu nama As tu
tak sedap. 1 hari kitorang asyik menyanyi lagu Feminin sampai habis tamat waktu
sekolah.
Balik rumah, aku tetap memikirkan As tu yang mana satu.
Hujung minggu pun tiba. Mak aku suka tengok rancangan
Melodi. Aku pun tertengok rancangan hiburan gosip Malaysia tu. Waktu tu ada
keluar gosip tentang Feminin. ‘eh, ni ke As? Lawo’. Aku sengih sorang-sorang
depan tv. Mak aku tanya ‘apesal sengih-sengih depan tv?’. Aku cakap ‘takde
apa-apa mak. Kawan-kawan kita semua panggil kita As’ sambil tunjuk muka As di
kaca tv. Mak jawab ‘eh, perasan! Tang rambut je sama. Lain tak sama’.
Kecik hati kita wak!
Sejak daripada tu, aku dah tak malu dah kawan-kawan
panggil aku As Feminin. Hahaha!
No comments:
Post a Comment