Tuesday, December 29, 2015

Perasan Yang Tak Berapa Perasan

1995.

Masa tu aku sekolah rendah. Baru naik darjah 2. Masa tu budak-budak Tahap 1 (Darjah 1-3) sekolah sesi petang. Budak-budak Tahap 2 (Darjah 4-6) sekolah sesi pagi. Aku dengan kakak aku beza 4 tahun. Waktu tu dia darjah 5 sekolah sesi pagi. Kalau siang kat rumah memang tak berjumpa sebab waktu balik sekolah dia dengan waktu masuk sekolah aku bertembung. Jumpa masa aku balik sekolah petang je. Itu pun, sesi sekolah agama aku pagi, kakak aku petang.

Aku tak peramah dan tak ramai kawan. Selalunya, kawan yang tegur dulu pada awal perkenalan. Aku selalu perkenal diri dengan nama penuh. Oleh kerana nama aku agak rare, diorang macam susah sikit nak menyebut. Akhirnya, diorang panggil aku guna pangkal suku kata pertama nama. Mula-mula agak peliklah sebab keluarga aku panggil guna gelaran hujung pangkal nama. Lama-lama aku okay. Kadang-kala bila ada kawan baru tanya ‘nama awak siapa?’, aku blur nak bagitahu nama penuh ke nama pendek. Bila aku sebut nama penuh, respon yang aku dapat ‘eh, peliknya nama awak’ sambil cerun-cerun mata, kerut-kerut muka. Jadi, aku kontotkan nama macam kawan-kawan aku selalu panggil nama aku.

Aku waktu kecil-kecil macam budak lelaki sikit. Trademark aku rambut pendek. Tak pernah berambut panjang macam anak perempuan lain. Pakai pinafore dari Darjah 1-4. Darjah 5 dah pandai malu, minta mak buat baju kurung. Nasib aku tak pengkid je. Ciri tomboy dalam diri mula cambah masa aku Darjah 4.

Balik semula tahun 1995.

Masa tu tengah hot  pasal kumpulan muzik pop. Macam-macam boyband/girlband tumbuh di arena muzik Malaysia ni. Masa tu kumpulan muzik girlband yang meletup, kumpulan Feminin. Kumpulan Feminin ada 4 orang, sedang elok masa tu aku dengan kawan-kawan aku memang 4 orang. Yang aku cuma tahu nama kumpulan Feminin dengan lagu-lagu diorang je. Aku tak pernah ambil tahu pun nama setiap seorang ahli. Tiba-tiba satu hari kat sekolah, kawan-kawan aku semua pakat nak jadi macam kumpulan Feminin. Siap cop siapa jadi siapa. Aku tak tau nama diorang jadi aku diam diri. Memandangkan aku memang tak tahu nama ahli, kawan-kawan pakat aku jadi As. Dengar nama macam tak cantik je orangnya. Nama As tak se-glamour Watie, Deq Nor. Masa diorang bagitau aku ‘ha kau! Kau lah jadi As’. Ada macam telinga kera dalam otak aku. ‘siapa As nih? Tak sedaplah nama. Mentang-mentang korang tau nama boleh lah cop nama sedap sikit’. Jadi, aku redha walaupun malu nama As tu tak sedap. 1 hari kitorang asyik menyanyi lagu Feminin sampai habis tamat waktu sekolah.

Balik rumah, aku tetap memikirkan As tu yang mana satu.

Hujung minggu pun tiba. Mak aku suka tengok rancangan Melodi. Aku pun tertengok rancangan hiburan gosip Malaysia tu. Waktu tu ada keluar gosip tentang Feminin. ‘eh, ni ke As? Lawo’. Aku sengih sorang-sorang depan tv. Mak aku tanya ‘apesal sengih-sengih depan tv?’. Aku cakap ‘takde apa-apa mak. Kawan-kawan kita semua panggil kita As’ sambil tunjuk muka As di kaca tv. Mak jawab ‘eh, perasan! Tang rambut je sama. Lain tak sama’.

Kecik hati kita wak!

Sejak daripada tu, aku dah tak malu dah kawan-kawan panggil aku As Feminin. Hahaha!


Friday, November 13, 2015

Working Out

Last year, i had used a Freeletics regime workout for 2 months and i'd succeed 8kg body weight reduced. From 70kg to 62kg. I'd never been below than 50kg because my ideal is 55kg. Sekarang punya berat tak nak ceritalah sebab dah stop!

This regime is quite high intense and it gaining your muscles. Know what? I'd never ever figured that i had these muscles until i'd worked this regime out! 

It gaining my triceps, glutes, calves...and it still remained and i can feel it especially when i bend my arm, legs eventhough my fat getting thicken. 
Haih, i'd never used these muscles before until i'd did Freeletics.

Why i'd stop doing Freeletics?
Because i felt sooooooo freaking tired! Why? Because am not kind of eating clean person. Nasi lemak, nasi goreng, etc. i just ate. Hahah!

Freeletics had always sent inspirational stories, informations, tips through my email. I checked my email and i read those emails..and suddenly i just feel like...

I want to do it again!
I want to do my crazy aphrodites! My hera! My hades!
My burpees..i love you squat! I love you pull up! I love you my crazy high knees!

But...

I need to wait for 5 months after my surgery. Maybe i could wait..don't know yet.

My doctor had said that i must lose weight to get pregnant again. I need to do this for having baby...

I think, i should.
No more thinking! It supposed, i should..i should do this for sake of my future baby..

And i do it for my health...

P/s: Freeletics application can be download at App Store.

Friday, October 30, 2015

Something Pop-Up in My Mind

Mungkin aku garang
Tapi aku sayang

Aku sayang anak-anak buah aku walaupun kerap jugak la aku marah-marah diorang. Mungkin sebab aku garang, diorang patuh cakap aku.

Hahaha!

I couldn't resist anything about them. Yeah, they're so adorable enough to make me feel good eventhough most of the time they were fought each other and making loud noise.

I love them so much!

Luthfi's spoke like an older people. He fluently to say anything but didn't knew how to say/told us when he went to loo. He say/told when he's done with any nature call in his diapers (yeah, he's getting 4 years old but still in diapers). 


His younger brother, Irfan, he's a bit tantrum about anything. He tried to wearing my flip flop but his foot not entered perfectly. He's getting angry and scream all over like someone has beaten his up. Hahaha!! 

For this time being, i'm living at Batu Pahat, Johor due to my confinement period. Just a month and i will return to KL at the end of November. 

It's not easy to being far from my husband and i'm getting use to it. Not long..just a more few weeks. 

Alhamdulillah, i'm getting better but still can't do any heavy housework. Still need a time to fully recover. 

Oh, i ate petai during my lunch and dinner! Long time i'm not eat that. So yummy!

Thursday, June 25, 2015

The Ramadhan Part 2

Setiap hari aku pergi bazar.
Walaupun time tu aku tak boleh puasa.

Semalam aku pergi bazar ramadhan Padang MPAJ Pandan Indah. Tak jauh dari rumah aku. Aku nak tukar angin sebab belum pergi sana lagi. Sebelum ni pergi bazar ramadhan kat Taman Melur. Jenis aku suka pergi satu tempat yang memang tau situ sedap. Bila dah sampai sana, aku tak tau nak beli apa sebab takut tak sedap. Konon nak cuba tapi risau jugak la tak sedap ke apa.

Aku suka fikir benda yang senang-senang, jadi aku beli air dulu. Kemudian baru fikir nak makan apa. Yang aku tengok, kebanyakan peniaga yang jual air ni pakai air kordial. Air kordial aku pun boleh effort bancuh sendiri kat rumah. Yang orang nak, air buah fresh. Macam kat warung. Cuma kalau beli kat warung mahal sikit la. Beli kat bazar satu plastik yang kalau tuang boleh penuh 1 jag baru RM3/RM4. Tak banyak orang yang niaga air jual macam tu. Kalau ada pun, 1 atau 2 kedai je. Tu pun, beratur. Ayah aku selalu beli air buah fresh. Selalu jugak dia beli kat Pandan Indah. Tapi aku lupa kedai mana satu. Dulu, kedai tu lah satu-satunya kedai jual air yang konsep macam tu kat situ. Blend jus depan-depan mata. Nampak lama sangat dah aku tak pergi sana.

Kedai jual air yang first aku nampak, orang tengah blender jus. Hah, ni kot. Aku bagitau suami aku. Aku tak cam sangat muka orang yang jual air ayah aku suka. Jadi aku assume ni bini dia atau kakak atau adik dia. So beli fresh orange harga RM4. Jalan ke depan sikit, tiba-tiba aku  terpandang kedai jual air jugak. Aku tengok orang yang tengah blender jus tu. Tiba-tiba aku teringat muka brader ni memang tiap-tiap tahun masa arwah ayah aku ada dia suka beli air kat dia. Hah, yang ni! Sah aku salah kedai tadi. Rugi RM4. Ayah aku suka beli sebab trademark kedai tu blend buah dengan ais. Ala-ala ice blended tapi bukan. Tak sehalus ice blended. Sedap dan aku suka. Last, beli jugak la. Air mangga harga RM4.  

Benda-benda macam ni nostalgia. Teringat favorite emak ayah aku. Tiba-tiba rindu. Datang macam angin, sesekali menyapu muka. Gitulah.  Terlalu banyak tempat dan pemandangan sekitar aku penuh dengan memori emak ayah aku.

Aku pernah cakap kat suami aku, emak dengan ayah aku dah tak ada dan jika aku tak kahwin lagi. Mungkin aku dah duduk tempat lain. Mungkin balik Johor. Mungkin aku duduk JB dan tukar kerja kat branch JB. Nak balik batu Pahat, post jawatan aku tak ada kat situ. Tak kisahlah. Dekat dengan kakak aku, dekat dengan makcik-pakcik aku, dekat dengan saudara-mara aku. Kalau memang jodoh, carilah aku kat sana. Tapi, itu semua mungkin dan kalau. Realitinya aku dah kahwin pun. Ada jugak orang jaga aku. Cuma aku nak cakap, aku bersyukur. Rupanya Allah dah atur cantik-cantik untuk semua hamba-hamba Dia.

End up untuk cerita aku semalam, aku beli char kuey tiaw. Tiba waktu berbuka kuey tiaw aku kembang. 

Tuesday, June 9, 2015

The Ramadhan Part 1

Tak lama lagi dah nak puasa. Lagi 9 hari.
Tahun ni tahun ke-7 berpuasa tanpa emak dan tahun pertama berpuasa tanpa ayah. Hidup aku sekarang hanya berkasih sayang dengan suami dan adik beradik bila mak ayah dah tak ada. Adik beradik aku pun bukan ramai. Dua orang je. Aku dengan kakak. Masing-masing dah kahwin, bila ayah meninggal, kami banyak kepada keluarga suami. Kadang-kadang tu aku rindu. Aku rindu keluarga kecil aku. Ada:

Ayah,
Emak,
Ayong,
Aku.

Tu je. Hanya 4 beranak. Pergi mana-mana 4 beranak je. Kadang-kadang tu teringat kenangan waktu puasa dan raya masa aku kecil. Masa mula-mula belajar nak puasa, emak aku ajar puasa sekerat hari. Hari ni separuh, esok separuh, dapat 1 hari. Yang ni, mazhab aku sendiri cakap kat mak aku. Masuk Darjah 1, aku dah pandai puasa penuh 1 hari tapi tak pernah cukup 30 hari puasa pun. Kadang-kadang acah tak larat kat mak aku. Balik sekolah terus call mak aku cakap penat la panas la hidung berdarah la tekak haus la. Last-last, dia pun bagi buka puasa. Masa buka puasa, setiap hari aku makan roti bom. Tak tau pasal apa tapi memang sepanjang bulan puasa tu roti bom. Tak makan nasi. Kuih jauh sekali aku nak sentuh. Ayah aku suka beli banyak. Biasanya 6 keping. Masa tu roti bom sekeping 50sen tahun 1994 - 1996. Maklum je lah yang roti bom tu kecik. Makan sekeping tak cukup. Sampai pakcik yang meniaga tu kenal ayah aku. Kakak aku pulak suka roti jala. Tiap-tiap hari mak dengan ayah balik kerja singgah bazar Ramadhan kat Keramat pasal kakak aku nak roti jala keramat je. Lain tempat dia tak mau.

Paling aku suka, waktu sahur. Aku bongsu walaupun 2 beradik je. Dulu aku susah makan nasi. Mak aku selalu hidang nasi dan lauk waktu bersahur. Lagi-lagi waktu pagi subuh makan nasi memang taklah untuk budak 8 – 9 tahun. Jadi aku makan sikit je. Mak aku bengang tengok nasi kat pinggan aku tak pernah habis. Ended up dia, bila waktu sahur je dia akan kejut aku suruh cuci muka dan berkumur dan suruh aku bersila kat lantai ruang makan. Ruapanya dia nak suap aku makan. Kadang-kadang suap bersila kat lantai dapur. Kadang-kadang suap bersila kat ruang tamu dalam gelap sambil tu aku pejam mata. Nikmatnya tangan mak. Tangan mak gemuk-gemuk, jadi bila suap tu penuh mulut aku. Setiap butir nasi tu aku rasa sedap. Walhal sama je lauknya kalau aku ceduk sendiri. Sehinggalah aku tingkatan 5. Masih bersuap. Masuk tingkatan 6 pun kadang-kadang je. Lepas pada tu, aku suap makan sahur sendiri.

Sepanjang bulan puasa, ayah aku pergi tarawikh. Aku ada satu perangai bila ayah aku baring aku selalu menyelit kat celah lengan dia. Tak tau pasal apa tapi aku suka duduk bawah ketiak dia. Siap himpit dengan bantal. Masa tu aku rindu celah lengan ayah aku sebab macam lama gila dia pergi tarawikh. Bila dia balik je, cepat-cepat aku suruh dia baring tengok tv sebab aku nak baring kat ketiak dia sampai aku tertidur. Sedar-sedar dah ada kat bilik. Masa tu aku sekolah rendah lagi. Masuk sekolah menengah, aku dah pandai malu dengan ayah aku. Dah tak ada perangai celah ketiak lagi dah.

Kalau hari minggu, mak aku suka masak. Especially, untuk makan buka puasa. Ayah aku suka makan kuih-kuih waktu buka puasa, jarang dia makan berat-berat. Kadang-kadang tu sampai mak aku merajuk sebab ayah aku keluar pergi beli makanan untuk buka puasa walhal mak aku dah masak kat rumah. Ayah aku jenis cool tak cepat sentap. Ayah aku tetap makan apa yang mak aku masak walaupun dia lebih suka makan kuih-kuih masa buka puasa. Aku dengan kakak aku bedal je apa ada.

***
Banyak memori keluarga aku. Nak aku cerita satu hari belum tentu habis. Masa-masa macam ni rindu kat diorang. Rindu kenangan lagi-lagi waktu aku kecik. Sebab aku suka melebih dengan mak ayah aku kot. Kakak aku suka buat hal sendiri. Maklumlah remaja pre millenium. Aku sekolah rendah kakak aku sekolah menengah. Mana sama. Baru nak geng terus reject aku kata aku budak-budak.

Tuesday, April 28, 2015

Lain Manusia Lain-Lain Hidupnya


Macam mana nak buat hidup kau lebih best?
Lebih bermakna?
Lebih ‘hidup’?
Lebih mendalam?
Lebih memorable?

Aku suka tengok kehidupan orang lain. Aku sentiasa berasa kehidupan orang lain itu lebih baik. Sudut positif yang orang lain itu tonjolkan sangat menarik perhatian aku. Kadang-kadang aku berasa, adakah hidup aku tak boleh jadi sebaik dia? Adakah nasib dan rezeki hidup aku semurah dia? Ini bukan satu keluhan ketidaksyukuran. Tetapi ini adalah luahan manusia yang memandang sisi manusia yang lain. Sejujurnya, aku berasa rendah diri dan kerdil jika hidup aku dibandingkan dengan orang lain.

Tetapi,

Allah swt maha adil kepada setiap makhluknya. Perjalanan hidup aku sangat bermakna, mendalam, hidup, dan sentiasa memorable (diingati). Setiap ujian yang dititikkan dalam hidup aku sangat mengajarkan aku tentang perasaan, hati, emosi, dan akal fikiran. Tidak pernah sekali aku menyangka, 28 tahun selama aku hidup telah pelbagai perkara berlaku dalam waktu singkat. Tidak pernah sekali pun aku menyangka, seawal usia 20 tahun, cerita dan takdir hidup aku telah bermula. Bagaimana kita mahu melaluinya? Ia terpulang cara kita mengemudinya. Jujur, ia sangat menekan perasaan aku.

Kehilangan kedua ibu bapa sangat mengajarkan aku tentang tingginya kasih sayang ibu ayah, tingginya darjat doa kedua-duanya, tingginya martabat bagi keduanya. Peristiwa ini mendidik aku menjadi lebih menghargai yang tersayang, juga mendidik aku bahawa dunia ini sementara. Tiada yang kekal melainkan Tuhan. Aku hanya menumpang kasih kedua mertua, tetapi sudah tentu tidak sama. Tidak sama sebagaimana kasih kedua ibu bapa kita. Bukan hendak membanding, itu hakikat. Sebagai seorang manusia yang sentiasa mahukan kasih sayang dari seorang manusia yang lain, sudah tentulah aku amat berharap dengan kasih sayang seorang suami. Harapan yang sentiasa dibawa sehingga mati. Terima kasih kerana sentiasa mengajarkan aku menjadi seorang yang betul-betul isteri walaupun ia sukar bagi dirimu. Tidak banyak, tetapi aku berubah. Suatu kejayaan bagi dirimu wahai suamiku...

Kini, sedaya upaya aku ingin menolak sebarang konflik dalam hidup aku. Terlalu banyak konfilk berlaku dan ia sentiasa mengganggu dan menekan emosi. Aku cuba dan sentiasa terus mencuba untuk mengelakkan konflik. Apakan daya, hidup manusia sentiada ada konflik. Kadang-kala dengan diri sendiri aku pun boleh berkonflik. Bezanya sekarang, aku lebih baik dalam menangani konflik hidup sendiri. Jika dulu, aku sentiasa mengikut emosi dan terlalu mengikut hati untuk meluahkan apa yang dirasai, kini aku mengambil pendekatan untuk memujuk hati. Biarlah manusia lain mengatakan apa pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, yang dikatakan baik aku ambil, yang dikatakan tidak baik aku buang jauh-jauh. Berusaha memujuk dan senyum kepada hati sendiri. Tidaklah 100% menjadi pun, tetapi aku tahu diri aku jauh banyak berubah dari dahulu.

Berkenaan dengan kehidupan orang lain, aku fikir “ah, rezeki masing-masing”. Hidupku dengan rezekiku. Apa yang diberi Allah swt, aku amat mensyukurinya. Sekarang aku terfikirkan, kalau kau nak benda yang baik dalam hidup orang lain terjadi dalam hidup kita, adakah kita mahu benda yang sompek dalam hidup dia terjadi dalam hidup kita? Hidup kita adalah bahagian kita. Setiap manusia ada bahagian dan perjalanan suka duka. Begitu juga dengan hidup aku dan kita semua.

Aku sentiasa belajar dan masih belajar untuk lebih bersyukur dan tidak akan berhenti untuk bersyukur.
Ingatan untuk diri, sentiasalah sabar.

Oh ya, macam mana nak buat hidup kau lebih best?
Itu kau kena tanya orang yang sentiasa positif dan sangat positif dalam kehidupannya.
Aku? Dah tentu tak.