Tuesday, November 19, 2013

Selamat Satu (1) !

 
Alhamdulillah. 17 November 2013, genaplah setahun usia perkahwinan antara aku dengan Khairul. Tak sangka setahun dah. Dugaan kau toksah cakaplah. Macam-macam. Cuma yang berat-berat tu tak adalah. 

Macam biasa orang pernah cakap, tahun pertama hingga tahun kelima, dugaan kahwin tu macam-macam. Tahun kelima hingga kesepuluh, tahun-tahun yang menduga jugak. Usually, orang kata, tahun kesepuluh ke atas, barulah rumahtangga harmoni. Lebih kurang macam tahun matang perkahwinan le.

Entahlah ek, pada diri aku sendiri, tolak ansur penting. (cliche sangat kau nok)*

Ada masanya, kita kena saling membantu. Yang paling penting, kau jangan meragui Allah swt. Dialah Maha Pemberi segalanya. Jangan takut untuk hadapi apa-apa. Hanya takut pada Allah. Tahun ni aku lalui macam-macam perkara. Aku anggap ini sesuatu yang Allah bagi untuk matangkan diri ni ha.

Tak apa. Sesuatu perkara yang jadi, ada hikmah. Aku percaya setiap benda ada kifarah. 

Macam mana pun, Selamat Satu!

Mohd. Khairul Fakri (suami), terima kasih untuk semua. :')        

Wednesday, November 13, 2013

Sayang Ayah!


Maaflah kalau dah lama aku tak update entri baru.

Kesihatan ayah kebelakangan ni merosot sedikit. Mood nak buat segala benda tak ada. Kepala, jiwa, hati aku sering fikirkan tentang ayah. Kalau nak aku ceritakan tentang ayah, nanti aku sedih. Sedih. Rasa sedih tu memang merengkam.

Pasal aku rapat dengan ayah aku. Semua benda refer ayah. Ayah tu..ayah ni.. Semua ayah.

In shaa Allah, dalam masa terdekat ini ayah akan melalui operation. Operation untuk membuang tumor yang tumbuh dalam bahagian kepala. Ya, kepala. Yakni, brain.

Semoga segalanya selamat. Aku pohon, aku pohon ayah sihat semula macam dulu. Ceria macam dulu. Gurau-gurau dengan aku macam dulu. Teman aku ke mana sahaja macam dulu, walapun aku sudah bersuami.

Ayah seorang yang sangat supportive. Dan aku yakin, ayah seorang yang kuat semangat, kental untuk lalui proses operation tu. Dan aku, kena seperti ayah. Kuat untuk menerima berita ini. Kuat untuk membantu ayah. Kuat untuk menjalani tanggungjawab sebagai anak. Kuat untuk melayani ayah. Kuat untuk semuanya. Ya, semuanya!

Itu hari aku terfikir, hikmah besar sedang melalui aku. Aku mula faham kenapa aku masih menunggu zuriat. Allah Maha Mengetahui segalanya. Allah memberi tanggungjawab dan amanah sebagai seorang anak untuk beri bakti kepada orang tuanya kepada aku. Mungkin Allah masih belum memberikan aku tanggungjawab sebagai ibu kepada anak, kerana, MUNGKIN, tanggungjawab sebagai anak, Allah memberi tanggungjawab itu sebagai keutamaan untuk aku.

Akhirnya, aku sedar. Dan, REDHA.

Suami aku merestui. Dia merestui niat aku untuk menjaga ayah. Walaupun terpaksa berkorban material. Tapi aku yakin, aku YAKIN rezeki dari Allah ada kat mana-mana dan bila-bila masa.  Tak rugi apa-apa pun jika mengorbankan sesuatu hanya untuk orang tua kita.

Mungkin balasan baik itu akan dibalas di dunia, ataupun di akhirat. Salah satu, atau kedua-dua adalah lebih baik.

Alhamdulillah...

Yang aku mahukan adalah yang terbaik untuk ayah.

Semoga ayah diberi rahmat kesihatan oleh Allah swt dan dipanjangkan usia dalam usia yang berkat. Aamiin!

In shaa Allah

Sayang ayah!!!