Wednesday, August 21, 2013

Impian

Aku terlalu menginginkan kerjaya dari rumah. Aku seorang perempuan. Bukan perempuan je. Aku seorang isteri, in shaa Allah suatu hari nanti aku bakal jadi seorang emak. Menjadi seorang wanita, orang sekeliling banyak bergantung kepada kita. Contoh, macam suami, anak, dan mak ayah kita. 

Aku banyak kali terfikir, bekerja dari rumah sangat-sangat mengizinkan aku jadi suri dalam rumah yang lebih bertanggung jawab. Basuh kain tak payah delay. Masak semestinya tiap-tiap hari boleh masak. Tiap-tiap hari rumah bersih tak berhabuk dan kotor. Semestinya, bila husband  balik kerja muka berseri-seri semua benda kat rumah beres. Aku sendiri jenis tak suka rumah bersepah. Aku boleh mengemop rumah jam 10.00 malam weekdays bila aku rasa tapak kaki aku tak selesa memijak lantai rumah. Maknanya, lantai rumah kau berhabuklah. Kain baju aku tak suka longgok lepas tu simpan untuk basuh hujung minggu. Setiap 2 hari sekali mesti aku buat kerja dobi. Aku tak suka bilik berlonggok dengan pakaian kotor atau tak berlipat.

Aku tak salahkan masa. Masa tak salah apa-apa. Masa tetap bergerak. Time is flies. Aku cuma salahkan diri sendiri. Aku salahkan diri sendiri kerana tak pandai mencari masa atau mencuri masa untuk berjaya lakukan semua tu. Dan aku juga tak menyalahkan komitmen. Sebagai manusia, komitmen sentiasa terbeban atas bahu kita. Komitmen yang jadikan kita sebagai orang yang menghargai masa. Dan sekarang, sejak berkahwin, aku sangat-sangat menghargai masa. 

Sebagai pekerja sepenuh masa, aku rasa waktu aku untuk berada di rumah suntuk. Boleh dikira berapa jam sahaja. Belum lagi bila aku balik lewat. Hujung minggu. Ke luar daerah. Kadang-kadang terfikir, aku kurang masa bersama keluarga. Dan ini, membuat aku lebih berminat untuk ada kerjaya dari rumah. Praise to Allah, Alhamdulillah... Khairul kerja tetap disamping kerjaya ragbi dia. Jadi, agak stabil ekonomi kami.

Sebagai seorang penuntut separuh masa, aku rasa waktu untuk aku berada di rumah menjadi suntuk lagi pendek. Sudahlah bekerja, belajar lagi. Masa di rumah banyak dihabiskan untuk membuat assignments dan hujung minggu dihabiskan untuk diskusi dengan kawan-kawan belajar. Bila peperiksaan akhir tiba, mula mengurung diri dalam bilik tak mahu diganggu siapa-siapa ketika menelaah. Dan aku rasa beruntung dan bersyukur, Khairul memahami situasi aku waktu tu.

Sebagai seorang isteri, aku masih berasa kekurangan dan kecacatan dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku masih terkial-kial lagi untuk memasak. Aku masih terkial-kial untuk menyesuaikan diri dan masa melayan suami. Aku masih terkial-kial dalam semua benda sebagai isteri. Perlahan-lahan, aku sedang progress semua tu. In shaa Allah... Dan sekarang, aku sedang berusaha untuk mendapat zuriat. Doakan kami...

Dengan itu, kerjaya dari rumah adalah impian aku. Kata lain, aku sedang cari lubuk nak berbisnes dari rumah. Berniaga perlukan kemahiran marketing dan bercakap. Aku..? Aku percaya benda tu boleh develop. Cakap je kan..bukan susah pun.

Tapi itu bukanlah untuk dilakukan pada waktu sekarang. Sekarang aku fokus nombor 1 untuk jadi seorang isteri yang menyenangkan hati suami. Fokus nombor 2 untuk mendapatkan zuriat dari benih aku suami isteri. Fokus nombor 3 untuk habiskan pengajian dan menjadi graduan. Fokus nombor 3 untuk jadi pekerja yang ikhlas. Fokus nombor 4 untuk jadi seorang wanita yang punya kerjaya yang sangat stabil. In shaa Allah...

Benda tu semua kena ada perancangan dari awal. Perlahan-lahan aku ke arah itu. Siapa yang tak mahukan kehidupan yang senang dan sederhana kan? Aku percaya hidup ni ada turun naiknya sendiri. Dan aku, sekarang berada di stage mendaki. Aku dan Khairul baru memulakan kehidupan baru. Agak susah mendaki ni. Ada yang mendaki senang? Lain kalau kau naik escalator

Dengan restu Allah. Dengan restu suami. Dengan restu keluarga. Dengan restu semua orang. In shaa Allah dan aku percaya semua ini akan dipermudahkan. Berdoa dan bertawakkal.

Aku percaya, man jadda wajadda. Siapa yang berusaha, dia yang dapat.

No comments: