Semester baru start 17 Jun. Jun 2013. Lagi dua minggu. Aku ambil dua subjek. Dua subjek je lah. Member aku kata rugi ambil dua je. Nanti lambat grad. Tak kisah lah. Bukan soal cepat atau lambat. Tapi kualiti. Aku pentingkan kualiti. Tak kan nak grad dengan pointer yang cukup makan je. Tak berbaloi selepas beribu-ribu labur duit untuk segulung kertas pengiktirafan pendidikan. Lain orang lain tahap. Mungkin tahap aku tahap kura-kura. Ada yang tahap kuda. Laju. Pointer cantik tahap kuda, itu yang berbaloi.
Aku bersyukur dapat suami macam Khairul. Cukup faham keadaan isteri dia. Dia tak pernah memaksa pun. Aku pernah putus asa. Putus asa dah nak sambung belajar. Sebagai suami, Khairul nasihatkan aku. Apa jua keputusan aku, dia tak nak nanti aku mengungkit atau menyesal. Dia nasihat suruh aku redha dengan apa juga akibat akan datang dari keputusan aku sekarang. Masa itu, aku dilema final exam semester lepas.
Sekarang penghujung cuti semester. Selama hampir dua bulan cuti semester, aku masih tengah timbang keputusan berhenti belajar. Bukan apa, aku kasihan tengok Khairul. Kualiti masa agak kurang bila aku dah start semester. Mungkin itu pengorbanan yang perlu aku bayar. Dua bulan tu macam-macam aku buat. Luangkan masa dengan bercuti sebanyak mungkin dengan Khairul. Itu je peluang yang aku rasa boleh sebaik mungkin bersama dia. Sampailah...
"Abang, timetable kelas dah keluar"
Waktu tu, aku dengan dia tengah berehat-rehat hari minggu. Khairul cakap, sambung semester tak? Aku jawab,
"Lepas fikir masak-masak, dah dua bulan fikir, kita rasa kita nak sambung. In shaa Allah, mungkin semester ini kita boleh kut"
Khairul angguk. Mungkin dia setuju kaedah brainwash dia kat aku tu dah berkesan. Macam selalu aku cerita, aku pelajar separuh masa. Bukan sepenuh masa. Terus terang aku kata, mula-mula kahwin memang susah nak bahagi masa. Ayah aku tempat merembes air mata. Putus asa tu selalu ligat pusing-pusing dalam benak aku.
Tak apalah, mungkin ini harga yang patut aku bayar untuk kejar kejayaan. Khairul kata, habiskan apa yang dah dimulakan. Dia kata lagi, kenapa perlu dia halang tujuan aku sedangkan benda itu untuk tingkatkan kualiti hidup. Susah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian.
Aku selalu pegang kata-kata itu. Hikmah berkahwin sekarang. Ada motivator tak berlesen boleh motivate kau. Kihkihkih. Ayah aku pun.
Dalam masa yang sama, aku perlu faham Khairul. Dia pun sibuk juga. Dengan ragbi dia, dengan training dia. Kena tolak ansur lah kan. Tak adil untuk dia faham aku seorang je. Aku kena dan wajib faham dia jugak. Perjalanan hidup aku laki bini masih beginner lagi. Banyak lagi yang perlu tempuh. Semoga aku dan Khairul kuat untuk tempuh tempoh-tempoh perkahwinan yang akan datang.
In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment