Tuesday, June 11, 2013

Riak muka kau tak boleh tipulah!

Jenis aku, tak reti simpan riak muka. Contoh, hari ini. Hari ini hati aku sikit gundah gelana. Sebab apa itu tak perlu beritahu la, aku rasa. Dan hari ini, aku baru nak mengqada' puasa. Monyok aku hari ini tak ada kena-mengena dengan puasa pun. Biasalah. Selagi kau bernama seorang 'manusia', selagi itu ujian akan timpa. 

Kembali pada riak muka aku tadi. Selalunya. Selalunya lah, setiap pagi dekat pejabat, aku lah orang yang ceria. Bukan lah paling ceria, agak ceria jugak lah. Aku rasa pagi tadi aku macam biasa je. Sampailah ada seorang senior dekat pejabat ni yang boleh dipanggil makcik, tegur aku. Katanya, muka aku seolah-olah gambarkan yang hati itu berkata-kata. Pandai makcik teka. Memang. Hati aku berkata-kata dan terkata-kata.

Aku akan berkerut. Tak berapa nak fokus bila komunikasi dengan orang lain. Jadi pekak sementara, sebab aku akan 'haa? haa?' sambil menung-menung. Tu maknanya aku tak fokus lah tu. Aku mumble bila berjalan. Anak mata aku juga akan scrolling everywhere. Tu maknanya, hati aku berkata-kata, bak kata makcik tu. Macam sewel bunyinya, percayalah, aku tak sewel pun. Mungkin nature aku macam tu.

Macam kelakar pada orang lain, pada aku, bila macam tu aku tengah susah hati. Tengah susah hati lagi sebenarnya pun ni. Menaip benda alah ni pun tengah susah hati lagi. In shaa Allah lepas ni okay dah kut. Aku pohon half day hari ini. Menenangkan diri. Tenang. Bab-bab emosi aku memang tak pandai menipu.

Tengoklah esok macam mana. Okay dah kut.. Kut lah.

Monday, June 10, 2013

Mengaku je lah...

Mengaku je lah. Sebagai seorang isteri, kau akan menjadi semakin penat. Ya, aku penat. Kenyataan ini bukan aku merungut ke apa ke, tapi aku cuma nak beritahu, kehidupan selepas berkahwin memang dah tak akan sama seperti ketika bujang. Dulu kau akan fikir tentang diri kau seorang je. Sekarang, kau kena fikir tentang dua orang. Diri kau dengan diri suami kau. Kalau dulu, kita ambil kisah hal orang tua kita je, tapi sekarang, kau kena ambil kisah hal orang tua dia sekali. Banyak hati kena jaga.

Perlahan-lahan aku tengah ajar diri aku jadi rasional sekarang. Aku dah tak boleh nak moody selalu. Aku dah tak boleh dah selalu marah-marah ke, bengang-bengang ke. Pasal, satu hari nanti aku akan jadi seorang emak. Tak tahu bila, tapi aku sedang praktis emosi sendiri. Aku tak nak moody-moody, marah-marah, bengang-bengang, dan aku dah tak nak dah mulut aku cabul. Mengaku je lah, aku memang agak bermulut cabul jugak. Aku tak nak terbawa-bawa kecabulan mulut ini time aku mengandung nanti. Kesian anak aku. Asyik dengar emak di memaki orang je. So, tak baik lah.

Selepas 7 bulan perkahwinan ini, aku masih dalam percubaan mengawal emosi sendiri. Aku dalam trial lagi jadi penyabar. Aku bukan penyabar sepenuhnya. Dan aku, ingin menjadi orang yang penyabar sepenuhnya. 7 bulan perkahwinan memang beginner la kalau nak bandingkan dengan orang yang 20 atau 30 tahun punya perkahwinan, aku tahu tu. 

Suami aku sangat sabar. Sabar dengan perangai aku. Kadang-kadang itu, hilang jugak. Mungkin aku melebih ke, atau kebetulan mood dia tengah tak best ke, tak tahu lah. Aku rasa tempoh pertama berkahwin ini sangat tough bagi aku. Ya lah, selama ini kau bercinta tak serumah dengan dia. Semua yang manis belaka kannn. Kihkihkih. Bila dah kahwin, semuanya dikongsi. Duduk serumah, tidur sekatil sebantal selengan, semua apa yang dok peram tu semua keluar. Semua orang akan rasa benda yang sama aku rasa.

Soal penat aku tadi, bukanlah penat apa pun. Cuma penat sebab kena buat kerja extra sikit. Contoh, sebelum ini kain baju kau ayah lipat. Tiba-tiba, kena lipat sendiri. Ha, dah kantol. Jadi, macam terkejutlah kena lipat sendiri. Mengaku je lah, aku memang anak manja bapak aku. Semua kena buat sendiri. Nasib Khairul tolong. Alhamdulillah. Bulan pertama kedua ketiga tu, merembes lah air mata. Kenang nasib kononnya. Walhal kerja rumah biasa je. Disebabkan aku anak manja bapak, kau faham-faham je lah. Cuma sekarang ini aku tengah cuba rajinkan diri nak masak. Asyik makan kedai je bankcrupt lah mak. Banyak juga buku resepi aku beli. Pakai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) lagi. Kebetulan aku dapat BB1M tu tengah cuti semester.

Hujung minggu ini ingat nak masak. Ingat lah. 

Tengoklah dulu. Kihkihkih.

Friday, June 7, 2013

Selamat tinggal, Boss!

Aku ada seorang pegawai. Nama dia Syaharil. Dia ini ala lembut-lembut. Dia cekap buat kerja walaupun dia lembut. Aku senang kerja dengan dia. Dia ni friendly. Dengan semua orang dia larung je. Peramah dengan sesiapa pun. Aku dah kerja dengan dia 3 tahun lebih. Dia ini suka bercerita pasal decor rumah, handbag, or apa-apa je barang yang dia beli, dia akan share dengan aku dan lain-lain. Bukan dengan cara berlagak, tapi dengan cara, kau tau kan makna sharing? Seronoklah sebab dia tak akan kedekut. Contoh kalau dia pergi holiday ke kursus kat mana-mana ke, dia akan belikan souvenir untuk semua orang yang ada kat tingkat ni.

Pagi tadi, dapat satu berita baik, untuk dialah. Untuk aku, agak tak best sebab aku akan kehilangan seorang boss yang gila friendly, tak sombong, dan mudah bekerja dengannya. Dia ini akan ditukarkan ke Pejabat Menteri di Putrajaya. Sedih jugak lah sebab dia ni bagus kut. Dia tak kedekut woi. Baik kedekut ilmu atau apa-apa pun. Aku belajar erti rajin daripada dia. Walaupun dia lembut-lembut suka cerita tentang lelaki tampan ke or whatever ke tapi dia sangat rajin buat kerja. 

Dia sangat happy go lucky, adalah satu sikap dia yang paling aku suka. Tak kisah lah kalau dia tengah penat ke, tension ke, aku tak pernah nampak. Dia selalu nasihatkan aku yang positif tentang sikap orang. Dia mula duty minggu depan sampai akhir penggal. Maknanya 5 tahun la dia kat sana. Tingkat ini sunyi le lepas ni. Dah tak ada nyah kepoh kat sini. Aku suka berkawan dengan dia, seriously

Aku cuma mampu doakan masa depan dia jadi baik. Kat sana mana tau dia berubah terus berjumpa jodoh, kan? Kihkihkih. Gagah perkasa terus tak kenal. Lepas ini dah jarang merasa biskut dia. 

  Selamat tinggal En. Syaharil. We will miss you. Semoga cepat naik pangkat. Kihkihkih.

Thursday, June 6, 2013

Tarikh penting

6 Jun 2013. Tarikh hari ini kan? 7 tahun tarikh perkenalan aku dengan suami. Aku kahwin dengan dia selepas kenal 6 tahun lebih. Benda pertama aku fikir lepas teringat hari ini anniversary perkenalan kitorang...

"Betul ke aku kahwin dengan dia ni?"

Bukan aku was-was ke ragu-ragu ke apa ke. Unbelievable. Bertahun-tahun kenal, sekarang dah berumah tangga. Jadi bini dah aku ni. Counting anniversary perkahwinan pulak lah lepas ni kan. 

Banyak betul tarikh kena ingat. Nasib laki aku selalu ingat tarikh-tarikh penting.

Selamat Ulang Tahun Perkenalan Kita, Sayang!

(^_^)

Perkara yang berbuku dalam hati sekarang ini

Semester baru start 17 Jun. Jun 2013. Lagi dua minggu. Aku ambil dua subjek. Dua subjek je lah. Member aku kata rugi ambil dua je. Nanti lambat grad. Tak kisah lah. Bukan soal cepat atau lambat. Tapi kualiti. Aku pentingkan kualiti. Tak kan nak grad dengan pointer yang cukup makan je. Tak berbaloi selepas beribu-ribu labur duit untuk segulung kertas pengiktirafan pendidikan. Lain orang lain tahap. Mungkin tahap aku tahap kura-kura. Ada yang tahap kuda. Laju. Pointer cantik tahap kuda, itu yang berbaloi.

Aku bersyukur dapat suami macam Khairul. Cukup faham keadaan isteri dia. Dia tak pernah memaksa pun. Aku pernah putus asa. Putus asa dah nak sambung belajar. Sebagai suami, Khairul nasihatkan aku. Apa jua keputusan aku, dia tak nak nanti aku mengungkit atau menyesal. Dia nasihat suruh aku redha dengan apa juga akibat akan datang dari keputusan aku sekarang. Masa itu, aku dilema final exam semester lepas.

Sekarang penghujung cuti semester. Selama hampir dua bulan cuti semester, aku masih tengah timbang keputusan berhenti belajar. Bukan apa, aku kasihan tengok Khairul. Kualiti masa agak kurang bila aku dah start semester. Mungkin itu pengorbanan yang perlu aku bayar. Dua bulan tu macam-macam aku buat. Luangkan masa dengan bercuti sebanyak mungkin dengan Khairul. Itu je peluang yang aku rasa boleh sebaik mungkin bersama dia. Sampailah...

"Abang, timetable kelas dah keluar"

Waktu tu, aku dengan dia tengah berehat-rehat hari minggu. Khairul cakap, sambung semester tak? Aku jawab,

"Lepas fikir masak-masak, dah dua bulan fikir, kita rasa kita nak sambung. In shaa Allah, mungkin semester ini kita boleh kut"

Khairul angguk. Mungkin dia setuju kaedah brainwash dia kat aku tu dah berkesan. Macam selalu aku cerita, aku pelajar separuh masa. Bukan sepenuh masa. Terus terang aku kata, mula-mula kahwin memang susah nak bahagi masa. Ayah aku tempat merembes air mata. Putus asa tu selalu ligat pusing-pusing dalam benak aku. 

Tak apalah, mungkin ini harga yang patut aku bayar untuk kejar kejayaan. Khairul kata, habiskan apa yang dah dimulakan. Dia kata lagi, kenapa perlu dia halang tujuan aku sedangkan benda itu untuk tingkatkan kualiti hidup. Susah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian.

Aku selalu pegang kata-kata itu. Hikmah berkahwin sekarang. Ada motivator tak berlesen boleh motivate kau. Kihkihkih. Ayah aku pun. 

Dalam masa yang sama, aku perlu faham Khairul. Dia pun sibuk juga. Dengan ragbi dia, dengan training dia. Kena tolak ansur lah kan. Tak adil untuk dia faham aku seorang je. Aku kena dan wajib faham dia jugak. Perjalanan hidup aku laki bini masih beginner lagi. Banyak lagi yang perlu tempuh. Semoga aku dan Khairul kuat untuk tempuh tempoh-tempoh perkahwinan yang akan datang.

In shaa Allah.