Thursday, March 29, 2012

Nice!

"Peace yaww!" 

"Alhamdulillah..."

Itu benda pertama aku ucap bila selesai exam tadi. Yeah, last paper untuk exam semester ni, pada hari ini, pada pagi tadi. Hahaha! Lega hati aku. Lepas ni aku goyang kaki tak payah terhegeh-hegeh nak pergi kelas tiap-tiap malam. Fikir soal kerja je. Aku baru perasan, hidup aku tak pernah bebas lepas untuk berfikir soal komitmen. Ya, hidup aku penuh komitmen. Alhamdulillah, at least benda tu dah mengajar aku untuk rasa responsible yang lebih. Kan?

Dan, rambut aku semakin beruban. Yes, ia dah beruban. Memerlukan sedikit pewarna rambut untuk tutup uban-uban yang dah banyak merosakkan keayuan aku. Hahaha. Ayat yang sungguh tak boleh blah! Sebenarnya, rambut beruban tu dah tunjuk yang aku ni dah tua.. Suku abad dah hidup atas muka bumi Allah ni. 


Jangan pengsan! Ini memang kaki aku. Yeee, kaki aku. Menunjukkan yang kaki aku tak ada cagu. "Kau mampu duduk sambil tala kaki kat pintu...kannnn". Yeah, aku cuba berbunyi seperti pondan. "Kau mampu....." 

Bukan apa, gambar ni cuma nak bagitau yang aku boleh duduk bersandar tak payah baca buku lepas ni. Tapi, aku hanya mampu berbuat demikian sampai bulan June je. Lepas tu kelas dah start kuliah balik.

Well, pagi tadi aku paling awal sampai Shah Alam..


7.37am. Yes, aku keluar rumah pukul 6.30am. Yeeee, awal kan? Rumah aku memang jauh dan aku bukanlah pemastautin Shah Alam. Pagi-pagi minum susu Dutch Lady Strawberry dan setengah jam selepas itu, bersedia untuk ke cangkung bank. Kau tau cangkung bank? Tau? Bagus...

Serious, belajar sambil bekerja memang penat. Kau baru baca buku tak sampai 15 minit, mata kau dah rolling tahan mengantuk. Macam ni...


See, pandang pintu kau nampak double. Apa lagi kalau nak tengok writing kan? Macam mana pun, harus tabah. Harus kuat. 

Well, kepada sesiapa yang belum habis final exam, good luck! Buat yang terbaik dan please, sila jangan menoyol.. Menipu itu berDOSA.

Sekian.

{eka}

"Good luck, guys!"

Monday, March 19, 2012

When Final Exam Are Closer...

Kredit: Google Images

Final exam semakin dekat. Semakin dekat dan semakin dekat. Ya, dekat! Aku dah ready ke? 

*macam belummm*

Sunday, March 18, 2012

Perkara Rawak #2

Ada seseorang yang berjantina lelaki sering bercerita soal kegantangan dan kekacakkan seseorang lelaki lain sambil memuji-muji kelebihan itu dan memasang keinginan untuk memiliki diri lelaki-lelaki kacak itu.

Dalam hati aku hanya mampu beristighfar. Semoga Allah 'meluruskan' dirimu. Semoga Allah merubah hatimu. Aku hanya mampu pohon semoga engkau sedar betapa Rasulullah saw tidak mengakui diri seseorang itu sebagai umat sekiranya seseorang itu berlaku bernafsu 'songsang'. Sedarlah, kita ini bukan kaum Nabi Luth.

Aku kelu untuk beri nasihat. Diri aku sendiri pun masih tak cukup dengan ilmu Allah. Dalam hati pernah juga terbit rasa meluat, tapi apakan daya...

Kalau setiap ketika asyik diceritakan perihal begitu, bukankah kita akan berasa jelik?

Semoga Allah membukakan hatimu ke jalan yang diredhai... Amin.

Thursday, March 8, 2012

Perkara Rawak #1


Kau tak rasa ke yang biru itu tenang?

Ya, tenang. Setenang hati aku sekarang ni. Alhamdulillah...

Sabar

Menuntut ilmu memang banyak menuntut kesabaran. 

Menuntut kesabaran dari segi:-
1. Sabar dengan ujian subject
2. Sabar bila perlu melalui jalan yang jem
3. Sabar dengan assignment
4. Sabar dengan tuntutan masa
5. Sabar dengan kekangan kewangan
6. Sabar dengan kerenah pensyarah
7. Sabar dengan kerenah kawan-kawan jika perlu membuat group assignment. Ada yang langsung tidak memberi kerjasama memang betul-betul menuntut kesabaran aku yang tipis.
8. Sabar dengan final exam.
9. Sabar dengan komitmen. Sama ada komitmen keluarga, kerja, pelajaran, kekasih hati, juga diri sendiri.
10. Sabar dengan kesihatan diri. Kadang-kala boleh stress.
11. Sabar dengan tekanan kerja. Pelajar part-time macam aku kena tahan dengan tekanan kerja.
12. Sabar ketika melakukan tuntutan agama.

Dan yang paling penting, aku kena sabar apa jua perkara yang aku lakukan. Kadang-kala, ada perkara yang tak memihak langsung kepada kesabaran aku. Seperti keadaan sekarang ini. Memang. Memang aku sukarela ingin membuat assignment secara sendirian dulu dan apabila dah siap, aku akan meminta pendapat dan idea ahli kumpulan untuk melengkapkan tugasan tu bersama-sama. Itulah gunanya tugasan dalam berkumpulankan? Tapi apa yang aku dapat? Aku hanya dapat penat sedangkan orang lain tidak memberi idea atau tidak membantu aku langsung. Aku kecewa. Betul-betul kecewa. Aku bersungguh-sungguh cuba untuk buat yang terbaik, tapi...tak ada kerjasama. Semua mengharapkan aku. Tak mengapa. Semester baru akan datang lagi dan yang paling penting, aku tak akan mengambil ahli yang sama lagi untuk kumpulan dengan aku. Minta maaf! 

Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, aku hanya buat setakat yang aku mampu. Jika ada antara ahli yang tidak berpuas hati dengan apa yang aku dah buat, please bagi idea dan pendapat dan semestinya aku terima. Itu yang terbaik. Bukan dengan menyuruh aku buat itu buat ini dan seterusnya biarkan aku fikir seorang diri. Oh no! Aku juga bekerja seperti orang lain dan aku juga mempunyai komitmen seperti kamu semua. Aku juga penat seperti kamu semua. Aku juga ada masalah aku sendiri seperti kamu semua. 

Ingat, jangan buat seperti ini pada orang lain. Mereka akan reject kamu pada masa akan datang. Kerjasama itu penting! Idea dan pendapat juga adalah penting dalam sebuah kumpulan. Jangan fikirkan tentang diri kamu seorang saja. Sila fikirkan perasaan orang lain. Anda tak akan rugi apa-apa.

Sekian.
[eka]

Monday, March 5, 2012

Apa Yang Terjadi Di Syria?

 Kredit: Google Images


Assalamualaikum.

Barang kali, tak semua orang tahu apa yang telah terjadi di Syria ketika ini. Rasanya, media arus perdana tidak menyiarkan peristiwa yang telah berlaku di Syria. Kalau ada pun, hanya beberapa saat sahaja. Aku mula dapat tahu tragedi yang menimpa Syria pada 3 minggu yang lalu sedangkan negara itu sudah bergolak hampir beberapa bulan. Aku tak pasti sudah berapa lama. Aku telah disogokkan dengan media arus perdana yang banyak menutup mata masyarakat. Sebab itu aku agak lambat mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria. 

Apa yang telah aku difahamkan, punca kebangkitan rakyat dan pergolakan Syria bermula apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 28 orang bermain-main dan menulis sesuatu di dinding sekolah. Perkataan yang ditulis ialah "Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan". Slogan tersebut sangat popular dan telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Kanak-kanak tersebut seterusnya ditangkap oleh Pasukan Keselamatan Syria dan mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku di kaki dan tangan mereka. Salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia dan keluarganya telah menuntut jenazah kanak-kanak tersebut serta menuntut juga kanak-kanak lain dilepaskan. Malangnya, Kerajaan Syria telah meletakkan syarat dimana apabila dilepaskan sahaja kumpulan kanak-kanak itu, mereka perlu menyerahkan isteri-isteri mereka untuk dirogol oleh Pegawai-pegawai Penjara, maka seterusnya tercetusnya kebangkitan rakyat Syria.

Aku juga difahamkan cerita tersebut telah diceritakan sendiri oleh Pembantu Khas kepada Al-Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi (Ketua Ikatan Ulama' Islam Antarabangsa), iaitu Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi di UPM. Kekejaman yang telah dilakukan oleh Basyar Asad telah umum ketahui dan rasanya sesiapa yang baca entry aku ni boleh search sendiri di Internet.

Apa yang aku nak sampaikan ialah, kenapa kita kurang mengetahui isu ini dengan jelas? 

1.Media tidak menjelaskan dengan jelas mengenai gambaran di Syria, dan kerana itu, Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi telah dihantar untuk menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria.

2. Barat tidak mahu seluruh dunia mengetahui perkara sebenar dan telah memutar belitkan fakta.

3. Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi turut berkongsi cerita mengenai ketika beliau berada di Indonesia dan telah bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata bahawa dia melihat di akhbar bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga turut menyiarkan ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang telah berlaku ialah, Kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya dapat menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar ini mempunyai ramai penyokong.

4. Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang telah kita dengar dari kalangan intelek Syria dan ahli politik Syria bahawa Syria sangat menentang Israel. Ketika zaman Hafez Al-Assad (bapa Basyar), tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel bahkan Tanah Tinggi Golan, Syria telah dikuasai oleh Israel.

Untuk makluman, banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang pergolakan Syria kerana selama ini media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan dan segala gambar-gambar dan video-video yang telah menjadi bahan bukti adalah merupakan hasil rakaman para mujahidin yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut serta kebanyakan dari mereka telah syahid. Manakala, sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentara rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar.

Telah banyak sumber yang boleh kita up date mengenai kebangkitan rakyat Syria. Apa yang kita mampu lakukan hanya untuk terus berdoa kepada Allah swt dan membantu apa yang mampu kita bantu.

Allahuakbar...
Allah Maha Besar...

Laillahaillah.. Muhammadarrasulullah..
Tiada tuhan melainkan Allah.. dan Muhammad itu pesuruh Allah.

sumber: 
http://www.uptomu.net/2012/02/apa-yang-berlaku-di-syria-sebenarnya.html#
http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=534

Beautiful Place #001: ISTAC, Jalan Duta

Assalamualaikum.

29 Februari 2012 lepas, unit aku ada anjurkan workshop untuk Dasar Keluarga Negara yang membincangkan pasal cabaran dari perspektif undang-undang bagi melaksanakan DKN ni. Benda yang paling interesting dalam benak aku sepanjang workshop ni berlangsung adalah tempatnya. Tak tahulah pada pendapat orang lain, tapi bagi aku tempat ini yang paling cool senibinanya yang pernah terdapat kat Malaysia. Senibina bangunan ni aku rasa banyak influence dari istana di Sepanyol. 

Cerita lebih tak guna. Tengok sajalah gambar yang aku ambil. Oh, untuk makluman semua, main hall di ISTAC macam gereja dan aku bukanlah duduk dalam gereja. Hanya di main hall saja. Dan, ISTAC adalah singakatan daripada International Institute of Islamic Thought and Civilization. Salah satu organisasi dalam UIA. 
























Aku kagum bila lihat lukisan Salahuddin Al-Ayubi berperang dan ketika aku asyik melihat, aku terasa begitu menginginkan sistem khilafah mentadbir dunia Islam kini. Hanya khilafah yang mampu memimpin ummah. Bukan pemimpin dan undang-undang sekular.