Aku bukan nak kata aku oldies tapi zaman aku dulu masih ada lagi rasa hormat dan takut kepada cikgu. Spesis aku jenis bila cikgu jegil mata kat kau bila tak siap homework, rasa nak terbarai pundi kencing tengok mata cikgu. Bukan takat jegil mata je la. Siap kena baling dengan duster. Siap lari sambil ngelak-ngelak badan kut takut kena. Siap kena sumpah...
"Selagi awak tak siap kerja rumah saya jangan harap saya nak mengajar awak!"
Nasib baik aku spesis dengar cakap. Takut beb. Takut ilmu tak berkat. Terus minta maaf and terus rajin buat homework. Sumpah rajin. Alhamdulillah, pandai jugak aku akhirnya. Ilmu dari seorang guru afdal der. Berkat dari seorang guru selain berkat dari mak pak, memang kekal hingga akhir nyawa. Bukan mulut mak pak je masin, mulut cikgu pun masin. Tak caya? Cuba rasa. Ok, tipu tipu.
Lately, zaman sekarang ni yang zaman millennium, zaman siber, zaman budak darjah 2 dah pakai handphone is zaman pelik. Aku pelik. Pelik dengan cara didikan mak pak zaman moden. Tak nak jentik anak, tak nak pukul anak, tak nak marah anak, eh! Mak pak aku memang spesis garang. Kalau kau buat hal kat sekolah lepas tu kena lepuk dengan cikgu, lepas tu balik rumah ngadu pulak dengan mak pak kau konon cikgu pukul kau, eh, silap hari kau kena lepuk lagi teruk dari kena lepuk dengan cikgu. Fine, aku pun satu hari nanti akan jadi mak pak moden jugak. Aku dah mindset, aku akan ajar, didik anak-anak aku macam mana mak pak didik aku. Kena GARANG.
Cikgu. Dulu, murid takut cikgu. Sekarang, murid tak heran dengan cikgu. Merotan salah satu daripada cara mendidik dan membentuk. Time aku sekolah menengah dulu, public canning tiap-tiap hari isnin kut. Setiap session public canning, 3 - 4 orang budak mesti kena. Tak pasal rokok, gaduh. Rilek je budak-budak tu tak ngadu kat mak pak pun. Diorang tau kalau ngadu kat mak pak bagitau cikgu pukul, confirm kau kena public canning sekali lagi dengan mak pak kau. Dah kau salah tak nak dengar cakap cikgu pehal.
Budak sekarang? Kena sesah siket dah ngadu kat mak pak cakap cikgu pukul. C'mon laa.. Cikgu rotan mesti ada sebab. Tak kan cikgu tetiba nak sesah kau kalau kau baik. Sekarang dah banyak dalam paper cerita pasal mak pak tak puas hati apesal cikgu pukul anak diorang. Siap report police. Eh, mak pak ni kadang-kadang tak sedar perangai anak belakang diorang. Banyak kes macam ni mak pak lepas tangan harap cikgu didik, jaga anak diorang and bila berlaku macam ni, mula nak salah kan cikgu.
Eh, cantik nye muka kau. Ingat cikgu-cikgu ni jaga anak kau sorang?
Sampai ada kes yang ada mak pak tak nak tarik report setelah diminta kerjasama sekolah selepas diterangkan pada mak pak sendiri yang anak ni memang perangai macam ni. Buat bodoh bila cikgu panggil, homework tak buat, tak nak belajar, itu pun mak pak tak sedar diri lagi? Sampai sanggup buat cikgu yang mengajar anak tu meringkuk dalam balai polis??!
WORDLESS!!
Fikirlah sendiri. Kalau aku dalam kedudukan sebagai cikgu tu, aku tak rasa aku boleh maafkan anak tu. Aku tak akan berkati ilmu yang aku bagi. ITU AKU. Maruah aku sebagai cikgu dah jatuh.
This writing is my opinion. Truly from me. Opinions are not necessarily right or wrong. Depends on people who has read this. I'm not LIBERAL. Aku bukan melayu liberal. Aku masih melayu yang guna pakai rotan merotan nih. Aku masih melayu yang sensitive kepada isu-isu agama dan moral. I know that some people who has read this would say "mengajar perlukan psychosology der". Yeah, it's true. IT IS PSYCHOLOGY. Bila kena rotan, peringatan untuk kau supaya tak berbuat jahat lagi. Kan psycho tu. Nak counsel? Tarbiah cukup. Tarbiah tu pun dikira counsel jugak. Counsel secara pendekatan AGAMA dipanggil tarbiah.
Last but not least, diri sendiri. Diri sendiri yang banyak mainkan peranan. Diri sendiri yang tahu menentukan hala tuju diri sendiri. Ingat eh, DIRI SENDIRI.
Patuhi agama, hormati ibu bapa anda, hormati cikgu-cikgu anda, hormati orang sekeliling anda!
Tak rugi. HIDUP CONFIRM BERKAT DERR...
Trust me!
No comments:
Post a Comment