Tuesday, June 7, 2011

Talked About Diet

Now, i would like to talk about DIET. Eh, letih lah asyik cerita pasal diet. Kau tak kurus-kurus jugak! Ok lah. Memang aku tak kurus-kurus pun. Cerita lebih! Bila nak kurus balik pun aku tak tahu. It's hard. Really-really hard bila kau nak kurus. Kau kena kurang makan. Kena exercise. Kena active. And honestly, i'm not kindly in that type. Susah untuk aku yang berat macam berat jantan. Aku perempuan tapi berat MAK OI. Kalah kau nyah! Aku rasa aku pernah post pasal aku diet dulu. Aku lupa. Ah, malas lah aku nak link balik.

 

Sayur. Kau rasa, kau larat ke nak makan sayur semata tiap-tiap hari? Aku? Tekak melayu tetap nasi dengan sambal belacan jugak. Aku jugak bukan pemakan sayur sejati. Kalau order char kuey teow lepas tu ada taugeh, aku asing satu-satu sampai tinggal kuey teow dengan udang campur kerang je. Susah betul!


 Disebabkan aku susah sangat or senang cakap tak disiplin nak ikut diet yang teratur tanpa mengambil apa-apa suplemen, aku ambil Herbalife. Suplemen yang berasaskan herba. Aku ambil Formula 1 Shake dengan Tea and honestly, memang tak berapa nak sedap. Formula 1 Shake tu aku ambil perisa Dutch Chocolate. Bancuh dengan air sejuk and minum setiap pagi. Lepas tu jangan makan berat selama 4 jam. Sepanjang 4 jam tu aku bilas dengan Tea dia. Memang terkencing kut! Sikit-sikit kencing. Memang tak nyempat ah. Aku kena minum 3 liter Tea atau kena minum 500ml Tea bersama 3 liter air kosong sehari setiap hari. Kenapa aku kena minum Tea? Sebab Tea Herbalife bersifat antioksidan dalam badan selain memberi tenaga dan memecahkan lemak. Tengahari aku kena makan heavy tapi berpada lah. Lepas tu aku kena bilas dengan Tea Herbalife jugak. Makin banyak kau makan manis atau berat, makin banyak kau kencing.

Malam? Aku minum Formula 1 Shake lagi untuk kenyangkan perut aku. Kalau rasa lapar, aku minum air je sampai aku sendawa biawak. If aku ada kelas pulak, aku tak ambil Shake malam sebab tak berapa nak kenyang sangat and aku tak boleh belajar dalam keadaan lapar. Hahaha. So aku kena pandai-pandai bajet nak makan. Aku jugak ada ambil treatment London Weight Management. Weekend je lah aku pergi. Itu untuk fizikal sahaja. Nak firm balik body aku. So, tak lah flabby kan? Besides, boleh keluar peluh sebab aku memang jarang nak berjogging.


Em..banyak jugak berhabis. Aku nak kurus bukan sebab cantik semata-mata. Yang penting, aku nak sihat. Banyak penyakit bila jadi obesiti walaupun aku obes tahap 1. Aku sendiri tak percaya badan aku boleh lebar macam ni. Masa berat 50kg dulu asyik ingat diri ni gemuk. Sekarang, ha! Hambek kau! Apa yang kau pikir dulu betul-betul jadi kenyataan.

Takut!

No comments: