Saturday, February 19, 2011

Chocolate!

Assalamualaikum. Hello guys..!

Entry kali ni aku nak share pasal chocolate. Semua orang suka chocolate, right? Aku nak confess yang sememangnya i am a chocolate lover. I do! Aku suka chocolate. Tak kira roti sapu jem chocolate. Roti inti chocolate. Chocolate muffins. Chocolate cake. Anything! Must have CHOCOLATE. Ice cream pun mesti pilih ice cream chocolate.



OMJayyy!



 Sudden pulak rindu kat ice cream chocolate Haagen-Dasz. Sedap giler bai.. Ok, lupakan kejap. By the way, aku yakin and percaya semua orang tergila-gilakan chocolate kan? Tak kira budak kecik ke teenager ke makcik pakcik ke even yang golden age pun syok kat chocolate. Semua orang sure happy bila dapat chocolate kan? Tak kira chocolate free or kena bayar, right?

Macam aku, i'm definitely memang suka chocolate. Kerol tak bagi chocolate free pun aku boleh beli sendiri. Nak makan sedap punya pasal.. Makan chocolate ni tidaklah menggemukkan melainkan kalau korang makan SECARA BERLEBIHAN. Selain itu, ia juga boleh mengundang risiko penyakit KENCING MANIS. Haa..jangan cuak pulak bila aku cakap macam tu. That's a fact! Tapi, kalau makan secara sederhana ia tidak akan mengundang apa-apa risiko yang memudaratkan. Woah..macam dietician lah pulak. Seorang dietician yang tembam bercerita soal pemakanan. Tak seswai nyah..

 Ayah baru balik dari Langkawi. During dia kat sana, aku nyempat jugak call and mintak dia belikan Kinder Bueno dengan Tobelerone. Ok, kau memang kaki ngunyah. Hey, aku makan sikit-sikit ok. Even Kinder Bueno tu ada 16 stick sekotak and Tobelerone ada 6 - 2 = 4 batang, cukup untuk kami 3 beranak di rumah ye. Itu tak termasuk chocolate Loacker 8 packet.. Hahahah!!!

Haloba!

Lucky me aku bukan anak Willy Wonka. ;) 

Saya ada sepupu rapat. Saya??? Diorang laki bini ni memang kaki business. Yang si laki dulu pengusaha ikan keli. Sekarang, perusahaan ikan keli beliau hanya tinggal kenangan. Ikan keli beliau dah jadi kanibal sebab membunuh dan memakan sesama sendiri akibat kebuluran melampau sebab si laki ni dah jarang bagi makan kat ikan keli dia. Sadis! Hahaha. Tapak kolam ikan keli tu depan rumah nenek aku je. Sekarang, dah terang dah di tebas semak samun sebab nak buat tempat masak akak aku kahwin nanti. Hai.. (-_-) Ikan keli apa jadik?? Aku tak tau.. 

Yang si bini ni tidak berbisnes ketika bujang. Sejak berkahwin dengan si laki ni ligat jugak berbisnes. Sebelum ada baby, diorang bukak bisnes berniaga burger kat depan rumah diorang. Diorang famous dengan Roti John Putrajaya walaupun berniaga kat Batu Pahat. Hahaha! Oh, diorang ada jual special burger. Nama burger tu "Burger Hong Kong". Fulamak..tebabo! Sedap. Mayonis tak yah cakap la.. Banyak giler diorang letak.

Tapi..gerai burger tu pun dah tinggal kenangan. Yang tinggal hanya kanopi kecik lubang-lubang buat tutup kereta dia. Aku rindu Burger Hong Kong! :(

Sekarang, sejak dah ada baby, diorang dah ada business baru. A&A Home Chocolates. Diorang buat chocolate untuk birthday, wedding, and gift. Kalau rasa takdak idea nak bagi hadiah apa kat orang, bagi je chocolate. Kenyang pun kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, sukahati. Betu dak??
Order je kat diorang. Confirm puas hati. 


Banyak seh order!

Choc ni diorang buat untuk Majlis Qeqah anak orang. 200 pax. Masyuk kau! Aku antara orang-orang terawal rasa choc diorang and memang sedap. Pergi rumah diorang suka kekah chocolate reject. Reject pun dah sedap!




This is one of my sister punya hantaran tunang. Diorang jugak yang buat. So nice! Chocolate. Untung belah lelaki. Dapat chocolate sedap. Kami belah pompuan pandang jilat bibir je.


 Kalau nak tengok chocolate yang lagi kiut miut. Sila-sila singgah kat blog diorang. And! Kalau nak contact diorang sila tengok suami dan isteri ni.


p/s: hantaran tunang and kahwin nanti pun nak suruh diorang ni gak buatkan choc. Nyum!

2 comments:

A&A HomeChocolates said...

tq eyka....i likeee!!

Eka Zulaykha said...

sama-sama. jangan lupa royalty bagi coklat ea.. hihi