Thursday, July 15, 2010

Bebelan Mulut Becok

Ape pasal duit nuffnang aku tak naik-naik wehh? Ok, adakah sebab aku pemalas nak promote blog sendiri? Harap orang lain tengok blog kau tanpa dipromote seperti blog diva Azwan Ali?? Hape kau ingat kau DIVA! Hahahah. Rage siot dengan trademark Azwan Ali nihh. Dalam erti kata lain, atau aku pemalas nak menyapa shoutmix box blogger lain? Jawapannya, YA!

Aku memang malas promote blog sendiri dan aku memang malas menyapa shoutbox blogger lain.

Gua tengok, gua ushar, gua godek, gua closed.

Bukan kerana aku sombong, kerek, gerek, cerek (bukan ciret) dengan orang lain. Memang dah tabe'at aku macam ni. Aku memang penyegan nak promote blog sendiri.. eceh ceh..! Blog gua tak best pun. Cerita lak merapu alam. Cerita pasal diri sendiri je. Dah tu asyik comment pasal orang lain. Follower lak siket nak buat show off. Hahaha! Blog list pun tak ramai. Letak mana yang aku rajin bukak je. Aku tak comel nak camwhore. Gambar camwhore pun satu jek. Satu tu je gua rasa macam 'boleh lahhh'. Tu pun letak kat tepi sipi-sipi je.

Haih. Banyak kon's dari pro. haihh.. Pe'elnya, aku kena tulis ayat-ayat puisi, chenta, syahdu, leleh, berhingus kat blog kut baru ramai viewing aku. Sebabbb, aku tertengok blog spesis macam ni ramai follower derr.. Tak..aku tak jeles. Ok tipu. Aku jeles. Hahaha!! Biol..

Actually, hari ni gua mengantuk giler pasal dah 3 hari tidur lambat. Nasib baik tak kahwin lagi. Nanti penat nak layan hubby. Awawawaw!! Aku terpaksa kejungkan urat mata menahan tengok (tengok eh. bukan dengar?)  lecturer me'lecture' kat depan. (dah lah kena duduk depan sekali). Dengan berpakaian sopan (berbaju kurung. ayu tak kau?), rushing balik kerja, traffic jammedddd!. Agak-agak, sampai bila boleh tahan ek? Nasib baik ada kaunselor tak berbayar. Senang hati mendengar nasihat beliau. (^_^)


Sekarang, tengah memikir camno nak naek kan duit nuffnang ni yo. Nantilah aku rajin aku tengok blog korang lak.






p/s: rindu Mesut Ozil. Awww!!

2 comments:

fendy said...

hey,
blog anda difollow selalu ok. :)

Eka Zulaykha said...

rajin ko yerk