Tuesday, July 27, 2010

Diversity


Weekends paling hebat! Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan aktiviti berjalan-jalan sambil debabkan badan. Whoa, syok! Hari sabtu ke Perak. Jalan-jalan dekat Taiping pi makan laksa, Kuala Kangsar, Kuala Sepetang makan mee udang, round-round kat tasik depan penjara (aku tak tahu nama tempat tasik tu), tengok Kellies Castle. Bukit Maxwell dengan Gua Tempurung tak sempat pergi pasal tempurung lutut aku dah sakit. Hohoho! Pergi balik at one day! Serious penat plus happy giler.

Hari ahad pulak pergi berjimba dekat MBO. Tengok movie Mantra. Ok, aku memang tak nak tengok tapi apakan daya. Aku hanya minoriti. Bukan majoriti. Sedangkan pilihanraya pun yang menang ikut majoriti. Apa lagi cabutan undi tengok wayang. Hahaha. Ada 3 movies yang paliiiiiinnggggg aku nak tengok.

a) Twilight: Eclipse
b) Inception
c) The Sorcerer Apprentice

Well, diulangi sekali lagi, aku hanya minoriti. Hanya menuruti suara ramai. Maka aku dengan berat hati dan sebal kena tengok movie yang aku rasa, 'tak tengok pun tak apa'. Sekarang, tiba-tiba aku teringin nak buat review pasal Mantra. So, i want to describing some of the weird, strange, and what is not logical to me in this film. Banyak persoalan nihh. Orang lain tengok terkejut-kejut, jerit-jerit kecil, tapi aku tak. Siap terkekeh-kekeh gelak. Gilo apo kau tengok movie seram golak-golak. 

First, aku tak faham kenapa scene pertama tiba-tiba tunjuk dia seret jenazah. Makan something bloody dalam mayat tu dengan rambut palsu yang nampak macam tak bersikat. Hohoho. Tunjuk wife dia meronta-ronta sakit dengan tangan berikat. Ok, mungkin dia nak tunjuk dia amalkan black magic then terkena kat wife dia kut.

Second, kenapa masuk dalam bilik penjara yang dilabel 'perhatian khas'? Dia buat jenayah besar ke? Kenapa tak tunjuk crime apa dia buat? Jawapan yang aku terima, dia kena tangkap mungkin sebab dia gali kubur untuk curi mayat kut. Ok.

Third, kenapa mesti bogel? Tak bogel tak boleh ke? Kena tunjuk bontot jugak eh? Kalau mat saleh boleh je kut aku nak tengok. Dah tentu dia non-muslim nak tengok. Lantak dia lah nak bogel. Kau muslim, malu wehh aku tengokkk. Siot. Nak samak mata ah.. Body kau tak best. Hahahaha!!! Jawapan yang aku terima, itu mungkin salah satu syarat black magic dia. Ok..

Fourth, aku tak paham apa mak mentua dia buat kat tengah-tengah hutan? Nak kata pergi petik sayur, pasar kan ada? Lagipun, tak nampak pun beg pasar. Tak logik! Tak logik! Aku tak boleh terima dowh scene nih. Tiba-tiba mak mentua dia macam terpinga-pinga tengah hutan! ROTFL!! Stupid scene.

Fifth, scene anak dara nak pergi mandi malam-malam dengan muka takut-takut pastu terkejut bila bapak panggil. Eh, dah tau kau takut apesal kau pergi mandi malam-malam. Kan bodohhh. Ke..atau director sekadar nak tunjuk awek kemban?? TAK LOGIK.

Sixth, aku lagi tak paham kenapa tiba-tiba wife dia berkemban sambil turun tangga dengan scene hampir nampak tetek lepas tu ada tangan hantu tarik towel dia. Apa nihh?? Sengaja apa kau. Motif apa kau buat scene macam tu? Sah! Tuan director memang suka tengok perempuan kemban..!


Haih..banyak lagi yang aku tak puas hati. Post ni dah tertunda 2 hari dahh.. Lately ni malas lah. Lagi satu, aku tak tahu kenapa aku banyak complaint bila tengok film melayu. Cerita seram boleh jadi kelakar. Cerita kelakar boleh jadi bahan gelak kau (terkenang aksi bodoh pelakon). Cerita cinta boleh jadi kau muntah. Cerita aksi boleh jadi cerita dongeng kau (tertidur tengok aksi pelakon buat thrill). Haih.. Kenapa kau? Kau kena support film melayu! Jangan jadi melayu ah macam ni. (ayat trolling)

"Kalau tak sokong film melayu maknanya dia tak melayu lah tu.. HAHAHA." Kenyataan dari artis bodoh.

Ape kebenda tah. Rage bila aku tengok Melodi. Dah cerita tak bagus, aku complaint ar. Kalau cerita sedap, kau bangsa ape pun aku tengok. Kalau aku suke tengok tamil, makna aku kena jadi tamil lahh?? Dumm..!! (sila rujuk kamus deustchen)

Jadi, kalau anda teringin tengok film, tengok lah yang boleh puaskan hati anda okay? Jangan jadi macam aku. Complaint 24/7. Dengan diri sendiri pun aku boleh complaint..


*TAHMAT*

Thursday, July 15, 2010

Bebelan Mulut Becok

Ape pasal duit nuffnang aku tak naik-naik wehh? Ok, adakah sebab aku pemalas nak promote blog sendiri? Harap orang lain tengok blog kau tanpa dipromote seperti blog diva Azwan Ali?? Hape kau ingat kau DIVA! Hahahah. Rage siot dengan trademark Azwan Ali nihh. Dalam erti kata lain, atau aku pemalas nak menyapa shoutmix box blogger lain? Jawapannya, YA!

Aku memang malas promote blog sendiri dan aku memang malas menyapa shoutbox blogger lain.

Gua tengok, gua ushar, gua godek, gua closed.

Bukan kerana aku sombong, kerek, gerek, cerek (bukan ciret) dengan orang lain. Memang dah tabe'at aku macam ni. Aku memang penyegan nak promote blog sendiri.. eceh ceh..! Blog gua tak best pun. Cerita lak merapu alam. Cerita pasal diri sendiri je. Dah tu asyik comment pasal orang lain. Follower lak siket nak buat show off. Hahaha! Blog list pun tak ramai. Letak mana yang aku rajin bukak je. Aku tak comel nak camwhore. Gambar camwhore pun satu jek. Satu tu je gua rasa macam 'boleh lahhh'. Tu pun letak kat tepi sipi-sipi je.

Haih. Banyak kon's dari pro. haihh.. Pe'elnya, aku kena tulis ayat-ayat puisi, chenta, syahdu, leleh, berhingus kat blog kut baru ramai viewing aku. Sebabbb, aku tertengok blog spesis macam ni ramai follower derr.. Tak..aku tak jeles. Ok tipu. Aku jeles. Hahaha!! Biol..

Actually, hari ni gua mengantuk giler pasal dah 3 hari tidur lambat. Nasib baik tak kahwin lagi. Nanti penat nak layan hubby. Awawawaw!! Aku terpaksa kejungkan urat mata menahan tengok (tengok eh. bukan dengar?)  lecturer me'lecture' kat depan. (dah lah kena duduk depan sekali). Dengan berpakaian sopan (berbaju kurung. ayu tak kau?), rushing balik kerja, traffic jammedddd!. Agak-agak, sampai bila boleh tahan ek? Nasib baik ada kaunselor tak berbayar. Senang hati mendengar nasihat beliau. (^_^)


Sekarang, tengah memikir camno nak naek kan duit nuffnang ni yo. Nantilah aku rajin aku tengok blog korang lak.






p/s: rindu Mesut Ozil. Awww!!

Tuesday, July 13, 2010

Career Vs Love Hearts

Everyone have their own careers. Including me. Even housewives can also referred to as a career what?? They wash clothes, cook, prepared food and drink...etc. Siapa kata suri rumah tak ada kerja? Aku pernah dengar the joke about the husband and wife..


Isteri:
Basuh kain
Sidai kain
Angkat kain
Lipat kain
Singkap kain

Suami:
Pergi kerja
Sambung kerja
Habis kerja
Buat kerja


Gua tak gelak pun. Tau je lah jokes orang Melayu. Paling tidak mesti melucah siket. Dengar je aku dah paham. Kalau bini dah singkap kain, laki mesti buat kerja. Kau paham kan maksud aku? Tak paham? Mu tolol. Aku yang belum kahwin kenapa boleh paham?? Bukan kerana otak aku penuh dengan warna kuning atau biru.

Disini aku ingin tekankan. Semua orang ada career masing-masing dan pasangan hidup anda harus memahaminya (fullstop).

Now, aku tengah cuba uji try test paham career Kerol. See, kau tak nampak ke betapa aku ingin berusaha memahami sekueknyo?? This thursday, he's going to Sandakan, Sabah. Apo laie. Main bola lonjong lahh. Next week, dio poie Kedah lak. Ok, tipu kalau aku kata tak bangga bila dia dapat bermain club mat saleh. Ni kira nak claimed jadi WAG (Wife And Girlfriend) ar nihh. Hahaha!! Tak boleh blah kau eyka.. (ok cukup. jangan jadi annoyed)

Merajuk lah jugak sebab dia tak dapat spend time sebestnya dengan aku kann.. Ok, aku paham. Kau sibuk. Anyway, good luck for ur career manggg.. Gua support lu dari belakang. Bukan support seperti memegang bontot kau sepanjang jalan, tapi memberi sokongan mural moral sepenuhnya kat kau. Ok?



p/s: wish me luck too!

For The Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along


And theres a couple words I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife husband and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along


And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you


I know that deep in my heart



Hari ni aku malas nak menulis. So, hari ni aku layan lagu/lirik dari Maher Zain je. 2 - 3 hari ni tak tahu lah apesal asyik layan lagu-lagu kerohanian nih. Haih.. (baguih. perubahan menjadi great muslimah!)




p/s: boring Spanisch menang. Hilang nafsu nak menulis.

Monday, July 12, 2010

Spanisch Won The World Cup. Boo Holland!!

Ok, aku lambat. Aku paling lambat tahu Spanisch menang World Cup! Ok, aku admit. Aku tertinggal. Aku lambat! Memandangkan aku ada kelas hari ni, so..aku tak de rasa hati nak tengok. Nanti mengantuk derr..

Walaupun tak berapa senang dengan kemenangan Spanisch (sebab diorang kalahkan Deutschland!) tapi diorang ni kira my favourite to win lahh.. Kalau Ghana againts Holland pun aku akan pilih Ghana. Because its HOLLAND! I hate Holland. Sebab diorang racist dengan orang muslim. Kenyataan ini bukan kerana aku seorang yang ekstremis! Because it's all about my holy religion.

Anyway, congratulations Spanisch!! Oh, Carles Puyol (gua rasa macam nak cukur-cukur je rambut dia) nak retired eh? Ok..patut la dia bersungguh-sungguh nak goal semi final hari tuh. Untuk kenang-kenangan hari tua. What a memories... Lulz! Sorry kembar Puyol. awawaww! Kembar puyol retired sebab nak jual lemang sempena raya tak lama lagi ni. Hahaha!!

Aku malas lahh nak insert gambar kegembiraan Spanisch memegang kek CAWAN DUNIA ni. Aku nak ulas lebih pun aku tak tengok siapa goal. So, later-later ah.. Hahah!

Congratulations Bosque. Sebab perut kau boroi anak buah kau main struggle. Takut kena sondol dengan perut kau. Hahaha!!



p/s: germany!

Takdak Hal Lahh

Dalam post sebelum ni aku memang asyik cerita pasal Mesut Ozil pasal gua memang syok giler tengok dia main bola lahh..!! Hahaha. First, aku respect pasal religion dia Islam. Second, dia tak pernah kena kad merah. Main bola pun takdak kasaq macam player ayam belanda. Gua benci doww tengok Holland main! Third, dia main bola rilek takdak nak hamsap-hamsap player lawan. Itu yang buat aku dump Cristiano Ronaldo tuhh. Hahaha!!

Kunun kemaruk lahh, aku search gambar-gambar Mesut Ozil. (tak boleh blah kan?? Hohoho!!) At last, aku jumpa satu gambar yang buat aku flat terus dengan Ozil.


Bertindik??

Mungkin orang akan kata what's the big deal if he's piercing though??? Ye, aku memang kolot, kuno, dan purba bab lelaki bertindik ni. Seriously, kau handsome macam mana pun kalau dah religion kau Islam, aku tetap flat dengan lelaki bertindik. No big deals lahh kan..pasal kat Malaysia sendiri pun ramai lelaki macam ni. Hey, NO BIG DEALS LAH. Kolot lah kau eyka.


Aku suka macam ni.

Hurm. Wordlessly.. Ok, NO BIG DEALS. Lelaki Islam kat Malaysia pun ada yang bertindik kannn. Takdak hal lahh.



p/s: still minat tengok Mesut Ozil lagi.. (tapi appearance dia kat padang aje)

Sunday, July 11, 2010

Deutschland Won The Third Place


Muka aku hari ini tersenyum gembira. Hahaha!!

Deutschland menang untuk 3rd place! Yeah!! Aku happy giler walaupun diorang main macam style Malaysian footballer yang ala-ala tawakal kat padang. By the way, congratulations! U still my preferred team, Germany. Jumpa di Euro 2010. I just can't wait!

Ozil, kau lambai sape tuh??
  
At least, dapat lah medal as a tribute for u daripada kau tak dapat langsungggg!! Lagi frust. Besides, dapat berjuta-juta USD lagi. Kayo lah ekau cik Ozil oi.

Deutsch menang at 3rd place World Cup 2010 pun gua dah puas hati giler. Die hard fan doww. Hahaha!! 

p/s: malam ni aku nak tengok ayam bolando kono sombolih dongan Spanisch.

Friday, July 9, 2010

Sappy.. Not SAPI

Gib nicht auf, Deutschland!! Maksudnya, "Jangan menyerah, Deutschland!!"

Malam esok. Match Deutschland againts UruGuAY. Ops! Kenapa aku ter'highlight' g.a.y. tuhh. Hahah!! Terlebeh-lebeh sudahhh! Esok dari Batu Pahat ke KL bertolak pukul 11 lebih kurang lah. Pastu berdesuupp, bajet dalam pukul 2 pagi mesti sampai KL. Mau tengok Deutsch! Final?? Tak hengen den nak tengok. Majuk Germany tak dapat final. (=_=)

To La Roja, ekau kono monang. Kalo tak, buek malu yo ekau kono ayam dongan ayam bolando. Nanti nama ekau kono tukar jadi La Rojak. Hahahah!! 
Anyway, bye-bye Uruguay. Good luck Spanisch!! Holland?? Ekau poie masak ayam bolando ekau. Gomok-gomok, bulat-bulat, botak-botak ayam ekau ha. Tu kepala jendul tu. Ekau la Paul. Buek-buek tanyo lak, ekau kono buek forecast boto-boto. Nanti tak pasal-pasal ekau jadi lauk kang. Ese sonang jo settle kan ekau ni. Ese buek ko goreng topung jo. Sodap makan dengan tom yam. Hahaha!! 

Sian kau sutun. Tak pasal-pasal kau jadi victims. Haih..apa tak best hidup kau.


p/s: tolong jangan seksa aku untuk mengikuti skandal Ariel. Bosan! 

Awareness..

Sedang dengar lagu dari Maher Zain. "Insha Allah". Sedap dan Terbuai. Enjoy the lyric..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insya Allah we’ll find the way


Ok, tipu kalau saya kata saya tak menangis bila dengar lagu ni.

Thursday, July 8, 2010

Rage!

Amek mood! Hurm, takde mood nak buat kerja bila Deutschland tak menang. (tak nak guna word 'kalah'. macam loser habis!) By the way, banyak match if Spanisch menang pun menang tipis je. Deutschland paling banyak kenduri goal. Spanisch?? Kau menang ala kadar je. Hahaha!!

Deutschland to Spanisch:
"Sie mehr gluck diesmal!! Ich bin die einzige moglichkeit"

Spanisch to Deutschland:
"Te espero cuando la oportunidad de compeonato de Europa!!"

Hahaha!! Saje je aku buat dialogue session. (terima kasih Google translation!) Kalau diikutkan, goal Spanisch memang boleh bolos pun. Lepas Iker Casillas kena sound dengan awek reporter dia depan kamera terus macam terror plak tangkap bola. Hahaha!! Hantukan Carlos POYOL tu nasib baik je. Cuba dia berambut pendek atau botak? Confirm bola melantun terlebih punya tak cecah goal pun. Hahaha! Pasal dia berambut keteng tu lah hentakan bola serap kat rerambut dia lalu mengurangkan hantukan bola dan seterusnya menyebabkan bola ngam-ngam masuk goal. Hahaha! Itupun lu sangap nak goal. Minit ke-73 baru lu dapat goal. Cet! Tak boleh fight record Deutschland. Deutsch dapat first goal pada minit ke-3 masa against dengan Argies. Hehehehh!

Rage siot statement aku. Heh. Deutschland against Uruguay (Deutsch menang!!) and Holland against Spanisch (tak amek port. benci!). We'll see. Aku sokong TNB Melaka boleh? Hahaha!!


Ozil no.8


Mesut Ozil, u are now my favourite footballer. Aku dah dump Cristiano Ronaldo dah. Hahahah!!


p/s: bodoh bagi sesiapa yang percaya kat Paul si sutun kurita menatang takdak akai tuhh.

Paul The Stupid Octopus Picks Spain

And it's workkkk!!

Demmit! Feel like wanna eat this stupid octopus!

Anyway, Spanisch hanya menang 1 gol aje.

p/s: not into mood to talk about the match last night (=_=) [buat mata kuyu macam ozil]

Tuesday, July 6, 2010

Football versus The Most Foolish Dream

Bola? Apa barang kau pilih team kalah. Kalah balik lahh! Aku sokong team yang menang je. Pembelot sehh. Hahaha!

Mula-mula aku pilih France dengan Italia. Dua-dua kalah. Pastu pilih Portugal dengan Argentina. Pun kalah gak. Pilih Brazil pulak. Kalah jugakkk! Suwey dowhh.. Kakak aku kata aku tak ada luck kalau main bola. Ok, aku pilih Deutschland (Germany) - team pilihan kakak den. Hahaha! Tapi jauh di sudut hati, sebenarnya aku pilih Deutschland dari awal lagi. Disebabkan boleh sama lak dengan kakak den, den pilih team lain. Ego lah kununn. Last, kalah. Siot lu mokk. Aku pick Germany dulu dari kau. Cet!!

Gua pick Portugal pasal nak tengok Cristiano Ronaldo jekk. Hahaha. Dia sekarang dah ada anak pulak. Terus flat. Anak haram betul.. Memang anak dia anak haram pun. Cristiano mana kahwin lagi. Tapi dia peduli apa. Janji sedap terus keluar anak.

Sekarang...ich liebe dich, Mesut Ozil!! Marhumnya, i love you, Mesut Ozil! Hahaha. Yang penting, he's muslim. Bangga sebab Deutschland ada player Muslim terbaeekk. Sekarang pun, ramai jugak international footballer yang beragama Islam. Cuma jarang di antara kita yang tahu.

Kerol? Jarang-jarang tengok bola. Dia mana reti main bola. Apa lagi berminat tengok bola. Dia tengok/main bola lonjong jek. Bukan bola lonjong kat badan perempuan tu. Bola lonjong tu bola rugby. Bila aku borak pasal Cristiano, Kaka, Podolski, Ozil, Mello, Kloser, Messi, Mueller, dia buat derk macam body dekat sebelah aku, soul/fikiran ntah pi mana. Nyampahhh!! Oh, tak. I sayang you!

Anyway, malam tadi aku mimpi pelik. Macam cerita science fiction dow. Iye, aku tak tipu. Aku mimpi dunia ni sepi. Banyak bangunan runtuh-runtuh. Macam baru lepas kena landa disaster. Tiba-tiba banyak dinosaur. Pastu kejar aku dan kawan-kawan (best tak ayat??) sebab kitorang bawak macam 1 botol potion untuk pulihkan sorang member yang sakit kat rumah. Kalau diorang tak cepat-cepat makan potion tu nanti dia jadi zombie! Awawawa. Bodoh punye mimpi. Dinosaur kejar kitorang pasal potion tu bau dia menarik perhatian menatang-menatang tuhh.

Last, kitorang berjaya lari dan sembunyikan diri kat rumah. Pastu aku tengok, eh ni macam rumah atok aku. Apa pasai macam dah runtuh-runtuh ni? Hahaha. Bodoh. Member-member yang lain pun pi bagi yang sakit tu minum potion. Tiba-tiba ada satu pakcik tua cakap kat aku yang member sakit tu dah pulih. Bila pulak pakcik ni duduk rumah atok aku ni?? Hahaha. Pastu aku terpandang member aku tengah makan nasi kat meja makan. Eh, time genting macam ni kau boleh makan nasi lauk asam pedas lagi? Awawaw.

Tiba-tiba ada satu kumpulan manusia dalam 5-6 orang bersenjata M-16 serbu. Pakcik tua tu kena tembak. Kojol. Member aku yang tengah makan tu pun ditembak. hahaha! Padan muka kau. Time genting-genting kau boleh makan lak. Last, tinggal aku 2 orang. Lepas tu aku lari keluar ikut pintu belakang rumah atok aku. Sekali aku tengok, mak aih. Ramainya umat manusia. Semua kena tangkap. Hahahah!! Bodoh. Diorang tangkap orang yang waras je. Orang gila tak nak tangkap. Lepas tu aku buat-buat gila dengan member aku. Aku cakap, buat-buat gila. Nanti diorang tak tangkap. hahaha!! Lepas tu ada seorang mamat kena tangkap duduk berbaris depan kitorang. Sekali aku tengok macam ada lukisan barcode dekat leher. Aku tanya la, ape tu? Dia jawab tatu. Oh, betul lah. Pastu aku cakap, kenapa nampak macam tulis nombor telefon je? Hahaha!! Bingai sehh. Serious! Memang macam tulis nombor telefon. Mimpi kan buhung!!

Lepas tu kitorang lari laju-laju. Then jumpa satu rumah, macam bangunan sekolah warna merah. Aku dengan member aku menyorok dalam tu. Makan minum berak semua kat situ. Satu hari, tiba-tiba ada satu limosin lalu macam nak mengintai kitorang kat dalam. Aku cakap, ni mesti nak tangkap kita. Aku decided, kita kena lari sekarang, malam ni mesti diorang datang balik. (cewahh, macam dialog film tak??) Hahahah! Bodoh. Kitorang lari lari lari. Terjumpa satu swimming pool besar bawah tanah. Satu rahmat lepas sekian lama jadi pelarian!! Hahaha.

Terjumpa 4 orang budak perempuan. Sorang tu buat signal potong kapla. Eh, ni macam budak sekolah aku. Oh, diorang ni yang selalu aku buli/musuh kat sekolah dulu. Diorang kata, aku kena ikut diorang jumpa orang jahat. Orang jahat tu nak tangkap. Hahaha!!! Lawak. Aku pun mengalah.. Aku ikut sampai kat satu tingkat tepi tangga gelap, sorang tu lari pergi kat orang jahat tu nak bagitahu yang diorang dah dapat catch aku. Lagi 3 jaga aku takut lari. Aku pun cakap, ok, aku nak mintak maap kat korang pasal hal dulu-dulu. Aku tau aku jahat. Aku tak patut buli kau kat sekolah. Tolong lepaskan aku. Hahahaha!!!! Siap mintak ampun dow..

Lepas tu,

"Dikk..bangun. Pi keje"


On the way pergi keje, aku citer kat bapak aku. Dia kata...


"Kau banyak sangat tengok Mythbusters, Terminator, Smash Lab, Flash Forward, tu.."


Hahaha!! Simple je bapak aku sound. By the way, mimpi tu bak kata aku


The foolish dream that i ever had



p/s: Mimpi itu mainan setan!