Tuesday, January 31, 2017

One30 Project (#3) 29012017

#3 

Tanpa perancangan, pagi tu terus saja ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. Orang yang datang bercuti pun sangat ramai memandangkan sedang public holiday. Cadangan aku untuk sesiapa ke sini, kena makan atau isi perut siap-siap kerana makanan di sini semuanya dijual mahal-mahal belaka. Tak ada foodcourt ya, yang ada fancy restaurants sahaja. Aku tak stay sana pun, cuma percutian pergi balik. 😁 Aku cadang pergilah ke Japanese Garden. Kat sana ada denai kecil siap ikan koi berenang-renang. Nyaman dan tenang 💖

One30 Project (#2) 28012017



 #2

Bowling time! Kawan-kawan suami ajak main bowling di Ampang Point. Ada yang ber-family, ada yang single, ada yang berdua (kita la tuu 😆). Dah lama tak main boleh jadi gian pula. Final frame, aku naib juara yaa..hahaha 😝

Friday, January 27, 2017

One30 Project (#1) 27012017

Semalam semasa aku sedang menonton television, aku ada terfikir untuk buat satu projek. Projek itu ialah 1 hari 1 foto dan merupakan cabaran selama 130 hari. Tujuan aku buat projek ini adalah untuk merakam memori setiap hari walaupun memori hari-hari aku biasa saja. Aku ada terfikir juga, mana tahu hari-hari aku yang biasa itu boleh dikenang pada masa akan datang..kan? 

Setiap gambar yang aku post nanti memang aku akan selitkan dengan sedikit caption gambar untuk hari itu. Mungkin boleh jadi caption yang panjang dan boleh juga jadi caption yang pendek saja. 

Selain itu, bolehlah aku kemaskini blog yang dah lama aku wujudkan ini sejak aku berumur 22 tahun (since 2009). Mulanya aku nak delete saja entry-entry yang dulu, ketika aku belum matang dan empuk, hehe. Macam sayang pula dan banyak kenangan. Akhirnya, aku biarkan saja untuk tatapan akan datang. 

Foto-foto projek ini aku hanya post di blog dan mungkin ada beberapa foto yang terpilih saja yang akan aku upload di Facebook / Instagram. Kalau hari-hari up foto risau orang menyampah pula, hehe. 

Jadi untuk permulaan hari ini, aku sertakan gambar yang pertama. Here we go! 😉

 #1

Gambar ini aku ambil ketika sedang browsing barang keperluan di Parkson Maju Junction untuk aku nak masak hujung minggu ini. Memandangkan harga di sini agak mahal jadi aku hanya beli roti dan daging burger frozen. Barang yang selebihnya aku batalkan niat dan merancang untuk beli di Tesco dengan harga yang agak berpatutan 👍 

*Untuk entry yang seterusnya mungkin tiada pengenalan isi dan penutup. Hanya foto dan caption 😘

Thursday, April 21, 2016

Speak If You Can Speak

Aku tak fasih nak cakap English tapi cukup untuk aku memahami apa yang aku baca dan dengar. Aku tak confident nak cakap sebab, kau faham je lah Melayu, penuh dengan sifat holier than thou! Salah grammar sikit, wajib untuk diorang bahan kau sampai 10 tahun pun tak akan habis. Walhal bukan kita nak cakap English in formal occassion pun. English pasar je. Husband aku lagi selamba. English terabur gila tapi confident bila bercakap asalkan orang yang dia sedang communicate tu faham. Hahaha! Lawak pun ada. Muka dia selamba takde perasaan siap guna hand signal to make sure that tourist tu faham, at last, faham je mat saleh tu. Aku tersipu-sipu kat tepi sebab tak tahu nak cakap macam mana.

Tapi, aku banyak habiskan masa aku untuk baca english novel. Mostly aku boleh habiskan dalam masa seminggu kalau cerita itu best. Aku tak lah bagus untuk faham every words dalam novel tu. But still, aku gunakan translator apps untuk terjemahkan maksud perkataan. Sungguh pemalas jiwa ini nak buka kamus. Hahaha!

Actually, aku nak memperkenalkan ada satu buku english novel yang aku baru saja baca separuh tapiiiiii, ia sangat best! Romance genre, but it's still awesomeee!

Sebab apa aku mention 'romance genre' kat situ? Usually bila orang sebut 'romance', it will be *boringgggg, but no. It's not boring at all. It's young adult story, sesuai umur kita-kita. Ehh! Novel ini banyak cerita tentang tanggungjawab seorang duda terhadap anak perempuan dia dan kerjaya dalam masa yang sama dia nak kan cinta baru yang lebih baik untuk diri dia dengan anaknya and finally, falling with his coworker. Tapi, dalam buku ini ada paparkan satu dua of erotic/steamy scene. You know what, it's quite sensational.. *hehehe!



Tadaaa!


Inilah novel yang aku cakapkan tadi. Just This Night by Mari Madison. Berminat? Aku beli kat Popular Book Store. MPH and Kinokuya of course lah ada sebab tu book shop yang besar kot. Aku akan habiskan membaca dalam minggu ni. Oh ya, cerita ni  memaparkan point of view from each two person. Maknanya, ada dua main character dalam story ni. By the way, aku suka novel yang cerita dari sisi point of view character,

Contoh (1):
I feel my legs trembled. I knock that block down until I see the lights.

Instead;

Contoh (2):
Ashley feel her legs trembled. She knocked that block down until she see the lights.

Pada aku itu sangatlah boring... Sebab contoh (2) tu biasanya banyak menggunakan past tense dan aku stress nak faham semua tu. Hahaha! Nak dipendekkan ceritan, janganlah malu untuk cakap English dan jangan berhenti untuk belajar bercakap English. Sentiasa practice and read all those articles/novel or sort of that you feel interesting to read.

In shaa Allah pada entry post yang akan datang aku akan share apa yang aku rasa menarik untuk dikongsikan.

Talk to you later!

Tata!

Tuesday, December 29, 2015

Perasan Yang Tak Berapa Perasan

1995.

Masa tu aku sekolah rendah. Baru naik darjah 2. Masa tu budak-budak Tahap 1 (Darjah 1-3) sekolah sesi petang. Budak-budak Tahap 2 (Darjah 4-6) sekolah sesi pagi. Aku dengan kakak aku beza 4 tahun. Waktu tu dia darjah 5 sekolah sesi pagi. Kalau siang kat rumah memang tak berjumpa sebab waktu balik sekolah dia dengan waktu masuk sekolah aku bertembung. Jumpa masa aku balik sekolah petang je. Itu pun, sesi sekolah agama aku pagi, kakak aku petang.

Aku tak peramah dan tak ramai kawan. Selalunya, kawan yang tegur dulu pada awal perkenalan. Aku selalu perkenal diri dengan nama penuh. Oleh kerana nama aku agak rare, diorang macam susah sikit nak menyebut. Akhirnya, diorang panggil aku guna pangkal suku kata pertama nama. Mula-mula agak peliklah sebab keluarga aku panggil guna gelaran hujung pangkal nama. Lama-lama aku okay. Kadang-kala bila ada kawan baru tanya ‘nama awak siapa?’, aku blur nak bagitahu nama penuh ke nama pendek. Bila aku sebut nama penuh, respon yang aku dapat ‘eh, peliknya nama awak’ sambil cerun-cerun mata, kerut-kerut muka. Jadi, aku kontotkan nama macam kawan-kawan aku selalu panggil nama aku.

Aku waktu kecil-kecil macam budak lelaki sikit. Trademark aku rambut pendek. Tak pernah berambut panjang macam anak perempuan lain. Pakai pinafore dari Darjah 1-4. Darjah 5 dah pandai malu, minta mak buat baju kurung. Nasib aku tak pengkid je. Ciri tomboy dalam diri mula cambah masa aku Darjah 4.

Balik semula tahun 1995.

Masa tu tengah hot  pasal kumpulan muzik pop. Macam-macam boyband/girlband tumbuh di arena muzik Malaysia ni. Masa tu kumpulan muzik girlband yang meletup, kumpulan Feminin. Kumpulan Feminin ada 4 orang, sedang elok masa tu aku dengan kawan-kawan aku memang 4 orang. Yang aku cuma tahu nama kumpulan Feminin dengan lagu-lagu diorang je. Aku tak pernah ambil tahu pun nama setiap seorang ahli. Tiba-tiba satu hari kat sekolah, kawan-kawan aku semua pakat nak jadi macam kumpulan Feminin. Siap cop siapa jadi siapa. Aku tak tau nama diorang jadi aku diam diri. Memandangkan aku memang tak tahu nama ahli, kawan-kawan pakat aku jadi As. Dengar nama macam tak cantik je orangnya. Nama As tak se-glamour Watie, Deq Nor. Masa diorang bagitau aku ‘ha kau! Kau lah jadi As’. Ada macam telinga kera dalam otak aku. ‘siapa As nih? Tak sedaplah nama. Mentang-mentang korang tau nama boleh lah cop nama sedap sikit’. Jadi, aku redha walaupun malu nama As tu tak sedap. 1 hari kitorang asyik menyanyi lagu Feminin sampai habis tamat waktu sekolah.

Balik rumah, aku tetap memikirkan As tu yang mana satu.

Hujung minggu pun tiba. Mak aku suka tengok rancangan Melodi. Aku pun tertengok rancangan hiburan gosip Malaysia tu. Waktu tu ada keluar gosip tentang Feminin. ‘eh, ni ke As? Lawo’. Aku sengih sorang-sorang depan tv. Mak aku tanya ‘apesal sengih-sengih depan tv?’. Aku cakap ‘takde apa-apa mak. Kawan-kawan kita semua panggil kita As’ sambil tunjuk muka As di kaca tv. Mak jawab ‘eh, perasan! Tang rambut je sama. Lain tak sama’.

Kecik hati kita wak!

Sejak daripada tu, aku dah tak malu dah kawan-kawan panggil aku As Feminin. Hahaha!