Thursday, January 27, 2011

Doa Aku Hari Ini

Wahai Tuhanku Allah yang maha besar, lagi maha penyayang, lagi maha mengasihani dan lagi maha mengampuni.

Sesungguhnya syaitan dan iblis itu sungguh membinasakan. Mereka akan selalu meniupkan bisikan tentang keraguan dalam hati tentang hidup supaya hati tidak tenteram dan sesat dengan bisikan mereka. Oleh sebab aku terlalu lalai, leka dan sering mendengar bisikan mereka, bisikan itu selalu membuatku marah, sakit hati, benci, menyampah dan segala perkara negatif tertanam dalam diri. Sesungguhnya Tuhanku Allah itu maha besar dan maha mengampuni. Ampunkan hamba-Mu Ya, Allah.

-Amin-

p/s: Jarang doa, nanti doa aku Dia dengar tak??

Friday, January 21, 2011

Climate

Lately, cuaca KL ni macam sejuk beku. Ketaq lutut weh nak mandi. Aku notice KL ni sejuk since awal December 2010 hari tuh. Alhamdulillah.. Tak ada lah berpanas durja sangat. Aku diberitahu sekarang tengah musim tengkujoe. Oh, patutlah. Laut tengah bergelora sekarang campur ribut campur petir sampai nelayan pun ngeri nak turun laut. Em, patut ikan mahal!

Back to my crappy story. Aku memang tak suka climate yang terlalu sejuk dan terlalu panas. Oh, dah namanya manusia kan. Jarang bersyukur. Hahaha. Bukan tak bersyukur, but i prefered more to a moderate climate. Not too cool, not too hot.

Aku tak lah nak bagitau cuaca KL ni sejuk sampai turun snow. KL kerap hujan. Kejap kejap hujan. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya basah siket bumi KL ni dari dosa kering. Usually akan hujan petang. Erm, pergi kelas macam lemau pasal hibernate macam tupai gemuk sebab cuaca sejuk.

Bila malam nak tido, tilam tu kau rasa macam baring atas tilam lembap. Bukan lembap sebab ngompol, TAK! Lembap-lembap sejuk je. Best! Adjust bantal siket, posing sket confirm terus nyenyak. Sampai tv yang tengok kau. Buang karan. Oleh sebab tak sabar nak baring atas tilam sejuk lagi comfort tu terus lupa nak buang air kecik supaya tak ngompol tengah malam. By the way, time rasa nak terkucil tu sempat tahan sanggup bangun redah pi bilik ayaq nak kencing punya pasai. Selesai urusan kat cangkungbank, of course la nak istinjak kan?? Terlupa yang ayaq dalam baldi tu sejuk terus.... "awwwwwooooohhhh..sejuk giler woi!"

Yes, terus terjaga mata jegil tak mengantuk dah. Hahaha. Penangan ayaq sejuk baldi terus segaq. Istinjak punya pasal gua tahan sejuk. Kang tak cebok kang lipas kang.. Fortunately, nasib baik boleh tido balik. Tak lah mengigau menggigil tahan kencing.

Bila bangun pagi, satu hal jugak. Celup kaki kat lantai simen pun dah ketaq. Apa lagi nak jirus air kat badan. Oleh sebab tak nak berbau kambing, gua pun mandi. Anyway, pernah sekali gua mandi sekali sehari. Gua mandi pagi pukul 1 petang. Sejuk nak mandi pagi. Pukul 6 gua lap-lap je. Gua tak pengotor lah wei. Gua bukan peluh pun. Duduk rumah apa buat?? Tak ada apa pun. Sebab tu gua lap-lap je. Hahaha.

Oh, office gua kat tingkat 20 daripada 22 tingkat. Dekat dengan air-cond yang centre punya. Apa rasa? Beku woi. Gua selimut sampai hujung kaki pun terasa lagi kat hujung rambut gua. Hahaha. Pernah jari gua cramp pasai sejuk sangat sebab tak pakai gloves. Erm, nak cari gloves! Nanti masuk angin. Hoho.


p/s: Ngompol is kencing malam in Javanese languange. Siapa orang jawa, dia patut tau.

Thursday, January 13, 2011

Just Quote

I love this quote. It's reminds me of the sweetest moments in our life since me and Kerol dating together.

Oh god..please give us back our happy and sweet moments. I missed that..

Ya Allah, berkatilah hubungan kami kerana sesungguhnya kami ikhlas antara satu sama lain.
-Amin-

Find a guy who calls you beautiful instead of hot..
Who calls you back when you hang up on him..
Who will lie down under the stars and listen to your heartbeat..
Or will stay awake just to watch you sleep..
Wait for the boy who kisses your forehead..
Who wants to show you off to the world when you are in sweats..
Who holds your hand in front of his friends..
Who thinks you're just as pretty without makeup on..
One who is constantly reminding you of how he cares and how lucky he is to have you..
The one who turns to his friends and says....
THAT'S HER...


:')

Tuesday, January 11, 2011

Marriage!

Alhamdulillah...

Tahun ni ramai naik pelamin. Kakak aku and insyaAllah 3 orang lagi akan menyusul. Bersusun cucu Wak Kasdu Sate nak kahwin. Hurm. Tahun lepas, sekor pun tak ada sibuk-sibuk nak kahwin. Sekali, hambek kau! Semua nak naik sekali arung tahun ni. Batch kakak aku almost semua dah kahwin tapi ada a few yang bujang trang tang tang tunggu puteri bunian dari langit turun kat bumi.

Batch aku? Hurm. Ada jugaaa cakap nak kahwin.. Paling tua, aku. Aku yang lagi tua dari korang tak pernah pun cakap nak kahwin masa umur korang apesal pulak korang nak langkah bonggol?? Bukan bonggol unta.. It's 'bonggol'. Dalam proverb melayu kata 'langkah bendul' so aku tukar 'bonggol'. Besar siket.

Now i'm 24 years-old. Sekarang baru berani cakap "ayah..Kerol ajak kahwin". Kalau aku cakap macam tu masa baye-baye korang mau pipi kena cium dengan tapak kaki bapak. Mintak ampun tak nak gatal lagi.

Masa umur 19 - 23 tahun, nak sebut kahwin pun aku malu. Aku rasa masa tu memang masa emas untuk kau fokus belajar, kerja, kumpul duit. Pasangan tu aku rasa jadi pembakar semangat je. Aku tak beruntung. Tak pernah rasa experience duduk campus. Tak pernah rasa experience duduk jauh dari parents. Bukan aku nak jauhkan diri dari family, pada aku tu jadi satu alat pengukur kau ada self sufficent ke tak.. Kalau duduk jauh-jauh, pastu bila balik kampung..feel best tak yah cakap lahh. Rindunye kat mak bapak... By the way, bila duduk campus tu lagi senang belajar kut. Bila dah ramai-ramai belajar sama-sama waktu prep automatically, kau akan compete dengan member-member kau. Sekarang, belajar part time ni, penat tak yah cakap lahh. Tutup je mulut kau.

Marriage tu memang one thing yang baik di sisi Allah. Boleh elakkan zina dan fitnah. And i believe, kalau kau boleh sabar or tahan diri kau aku rasa no big issue pasal kahwin kut. Kalau Allah kata kau kena kahwin umur 18, kahwin je kut kau ni.

Depends kat diri masing-masing.

By the way, aku terjumpa video ni. Kesian tengok nenek ni..




p/s: this is not truly me when i'm in golden age..enjoice.

Hoot..Woot!

Aku suka tengok reality show 'Invisible Youth' kat KBSWorld. Bukan aku gila K-Pop. Tapi hari tu aku tertekan channel 391 terkeluar cerita ni terus suka tengok. Diorang ni comel, lawa, gorgeous, slim. Best tengok. By the way, gatal nak letak video clip SNSD Hoot kat sini. Enjoice!


p/s: pedulik apa aku orang kata aku gedik macam kanak-kanak baye Justin Bieber suka K-Pop. Yang aku tau, SNSD aka Girl's Generation! Park King Car? aku tak kenal. Kau kenal??