Wednesday, March 9, 2011

Tahniah

To my only sister!

My sister's wedding going just a few more days. Sure akak aku gabra, cuak giler nak jadi bini orang. Hahaa! Eh, nak cuak apesal pulak.. Patut suka la kan?? Diorang dah already balik kampung BUT..i'm still here! Working..studying..waiting.. Sobs..sobs..! Eh, apesal waiting pulak?? Oh, waiting hari esok nak balik kampung. Yeay! Balik dengan Kerol naik bus. Yeay! Yeay! Double 'yeay' kau nyah..over!

By the way, aku call akak aku tadi nak bagitau pasal aku terlupa nak passed kat ayah aku nama-nama arwah untuk majlis tahlil. Then, when i ask her "Kau kat mana??" and she answered me with gross-fully-mouth then she said "Aku kat kampung lopiak. Makan nasi lemak"

Tu tandanya apa kawan-kawan?? Tu tandanya over cuak gabra sampai makan berat sempena wedding untuk hilangkan stress. Baguih.. Hang tak takut debab ka..?? Ingat sket akak oi..baju pengantin kau dah ketat. Hahaa!

However, aku nak wish...


Kredit: Google Images

ehkaukenapa: kalau ayah pergi rumah makcik tu, tinggal lah aku sorang kat rumah lepas ni.... :(

Tuesday, March 1, 2011

Nikon Coolpix L120

Assalamualaikum. Hellooopp guys!

Yeah, kembali ke mood asal. Semua kembali sedia kala. Alhamdulillah.

Aku nak tanya, semua orang ada camera digital compact sendiri kan? Siapa ada sila angkat tangan macam Ucop! Hahaa. Aku? Hurm. Tak ado! Yang ado, camera kat handphone je ni haa.. Sian kau nyah.

Sebelum ni, aku hanya menagih simpati rakyat dari kakak aku nak guna camera dia. Eh..ada ke aku pinjam?? Tak ingat pulak bila. Rasa macam tak pernah pinjam. Hahaa. Hanya guna ihsan camera handphone Sony Ericsson yang alhamdulillah, gambar pun tak lah buruk sangat sebab 8.1 megapixel. Kalau dapat Sony Ericsson Xperia..peh peh! Eksyen aku satu kampung.

By right, aku teringin sangat nak ada camera sendiri yang asalnya aku teringin nak memiliki Nikon D3100 and of course, DSLR lah! So, dengan rasa rendah hatinya aku sememangnya tidak mampu memilikinya sebab harganya sangatlah tidak mampu milik. Sedih woh.

Marhumnya, aku hanya mampu memilih product camera digital compact from Nikon. Nak Nikon jugak!

Nikon Coolpix L120

 Mirip rupa macam DSLR. Tapi ia bukan DSLR. Hanya camera digital compact dari brand Nikon. Mempunyai lense 14.1 million pixel and boleh zoom sejauh 21x optical zoom! Teropong je lah lepas kau ni nyah. Didatangkan dengan 3 colours. Hitam, merah, and bronze (macam kat atas). Aku dah pun booking satu yang colour sama macam gambar kat atas ni. Disebabkan colour macam ni branch kena order, so aku dah paid cash deposit RM50. RM50 je la..tu je mampu.. Hari khamis baru dapat. Hari ni hari selasa, so aku kena tunggu lagi 2 hari. Peh peh..sabar eka oi..

Oh, camera ni didatangkan siap dengan related products macam cabel, installer cd, lense cap, etc etc. Check this website (click here) for more further info. :)

Aku paling sangat suka bila ada camera sendiri. Boleh hambek gambar dan berbuat sesuka hati dengan camera sendiri lepas ni. Fuhh..lega ada barang sendiri.

By the way, aku beli di salah satu kedai di Times Square yang disyorkan sendiri oleh Nikon Centre Kuala Lumpur. So, kalau korang nak beli camera, belilah kat kedai yang benar-benar disyorkan oleh company Nikon. Jangan sampai terbeli yang reckon. Hahaaa!

p/s: aku suka tangkap gambar. kau??

Saturday, February 26, 2011

Tears..

Life is hard!


 Ya Allah, kau hilangkan lah kedukaanku. Kau hapuskan lah syak wasangka ku. Berilah aku kekuatan iman di hati dan akal ku untuk menilai sesuatu. Kau terangilah jiwaku dengan NurMu. Berilah aku petunjuk yang mana batil dan zatil. Berilah aku Nur HidayahMu untuk ku memilih sesuatu. Agar tidak aku menyesal sepanjang hidup ku. Sesungguhnya, kaulah Tuhan ku. Hanya kau, Ya Allah, maha pemurah, maha penyayang, maha pengampun, dan maha mengasihani.

-Amin-

Monday, February 21, 2011

Lulz

Blah blah blah. aku saje test nak buat font blog aku lagi lawa. so, tak payah baca entry ni pun tak apa. kejap lagi aku nak delete. kenapa aku tulis panjang-panjang?? sebab aku nak tengok spacing dia kemas ke tak..ok..


p/s: tak jadi delete. tengok macam nice pulak. Better pakai Verdana ke maintain font ni je?? Hurm..

Saturday, February 19, 2011

Chocolate!

Assalamualaikum. Hello guys..!

Entry kali ni aku nak share pasal chocolate. Semua orang suka chocolate, right? Aku nak confess yang sememangnya i am a chocolate lover. I do! Aku suka chocolate. Tak kira roti sapu jem chocolate. Roti inti chocolate. Chocolate muffins. Chocolate cake. Anything! Must have CHOCOLATE. Ice cream pun mesti pilih ice cream chocolate.



OMJayyy!



 Sudden pulak rindu kat ice cream chocolate Haagen-Dasz. Sedap giler bai.. Ok, lupakan kejap. By the way, aku yakin and percaya semua orang tergila-gilakan chocolate kan? Tak kira budak kecik ke teenager ke makcik pakcik ke even yang golden age pun syok kat chocolate. Semua orang sure happy bila dapat chocolate kan? Tak kira chocolate free or kena bayar, right?

Macam aku, i'm definitely memang suka chocolate. Kerol tak bagi chocolate free pun aku boleh beli sendiri. Nak makan sedap punya pasal.. Makan chocolate ni tidaklah menggemukkan melainkan kalau korang makan SECARA BERLEBIHAN. Selain itu, ia juga boleh mengundang risiko penyakit KENCING MANIS. Haa..jangan cuak pulak bila aku cakap macam tu. That's a fact! Tapi, kalau makan secara sederhana ia tidak akan mengundang apa-apa risiko yang memudaratkan. Woah..macam dietician lah pulak. Seorang dietician yang tembam bercerita soal pemakanan. Tak seswai nyah..

 Ayah baru balik dari Langkawi. During dia kat sana, aku nyempat jugak call and mintak dia belikan Kinder Bueno dengan Tobelerone. Ok, kau memang kaki ngunyah. Hey, aku makan sikit-sikit ok. Even Kinder Bueno tu ada 16 stick sekotak and Tobelerone ada 6 - 2 = 4 batang, cukup untuk kami 3 beranak di rumah ye. Itu tak termasuk chocolate Loacker 8 packet.. Hahahah!!!

Haloba!

Lucky me aku bukan anak Willy Wonka. ;) 

Saya ada sepupu rapat. Saya??? Diorang laki bini ni memang kaki business. Yang si laki dulu pengusaha ikan keli. Sekarang, perusahaan ikan keli beliau hanya tinggal kenangan. Ikan keli beliau dah jadi kanibal sebab membunuh dan memakan sesama sendiri akibat kebuluran melampau sebab si laki ni dah jarang bagi makan kat ikan keli dia. Sadis! Hahaha. Tapak kolam ikan keli tu depan rumah nenek aku je. Sekarang, dah terang dah di tebas semak samun sebab nak buat tempat masak akak aku kahwin nanti. Hai.. (-_-) Ikan keli apa jadik?? Aku tak tau.. 

Yang si bini ni tidak berbisnes ketika bujang. Sejak berkahwin dengan si laki ni ligat jugak berbisnes. Sebelum ada baby, diorang bukak bisnes berniaga burger kat depan rumah diorang. Diorang famous dengan Roti John Putrajaya walaupun berniaga kat Batu Pahat. Hahaha! Oh, diorang ada jual special burger. Nama burger tu "Burger Hong Kong". Fulamak..tebabo! Sedap. Mayonis tak yah cakap la.. Banyak giler diorang letak.

Tapi..gerai burger tu pun dah tinggal kenangan. Yang tinggal hanya kanopi kecik lubang-lubang buat tutup kereta dia. Aku rindu Burger Hong Kong! :(

Sekarang, sejak dah ada baby, diorang dah ada business baru. A&A Home Chocolates. Diorang buat chocolate untuk birthday, wedding, and gift. Kalau rasa takdak idea nak bagi hadiah apa kat orang, bagi je chocolate. Kenyang pun kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, sukahati. Betu dak??
Order je kat diorang. Confirm puas hati. 


Banyak seh order!

Choc ni diorang buat untuk Majlis Qeqah anak orang. 200 pax. Masyuk kau! Aku antara orang-orang terawal rasa choc diorang and memang sedap. Pergi rumah diorang suka kekah chocolate reject. Reject pun dah sedap!




This is one of my sister punya hantaran tunang. Diorang jugak yang buat. So nice! Chocolate. Untung belah lelaki. Dapat chocolate sedap. Kami belah pompuan pandang jilat bibir je.


 Kalau nak tengok chocolate yang lagi kiut miut. Sila-sila singgah kat blog diorang. And! Kalau nak contact diorang sila tengok suami dan isteri ni.


p/s: hantaran tunang and kahwin nanti pun nak suruh diorang ni gak buatkan choc. Nyum!