Friday, February 11, 2011

Check This Out!

Aku selalu layan Youtube lately. So, i want to telling you guys i found these 3 american guy who can speak Malay very well. Not very well, tapi boleh faham lah. Ben Bradshaw, Belacan & Paku. Diorang ni berbahasa Melayu Sabah pasal diorang pernah duduk sana lebih kurang setahun. Diorang tak berapa fasih berbahasa Melayu semenanjung.

;)

I presenting you... Ben Bradshaw!





Next!

Duo: Belacan and Paku







I hope you guys enjoy with these videos.

Chao!!

Thursday, February 10, 2011

Nak Cuti

Assalamualaikum semua!!!

Hahai. Dah macam host la pulak. Ok, gua tak ada niat k nak jadi annoying. Actually, dah 2 minggu gua tak post apa-apa entry pasal gua dah start semester baru. By the way, tahun ni gua kena belajar laju siket pasal ada 3 semester gua kena lalu tahun ni. Pasai apa? Tahun depan government nak standardize semua university akan start semester pada bulan September. Hurm, ok. Gua tak kesah pun. Janji gua punya journey tu smooth. Alhamdulillah..

Pagi pergi kerja, malam pergi belajar. Hujung minggu balik kampung. Kalau tak balik kampung, gua ngempeng dengan buku. Kadang-kadang tu gua terfikir gak..


"Dah lama tak pergi vacation"

Last gua pergi vacation tahun 2007 dengan family, sedara, cousins. Pehh, serious meriah giler. Tidur himpit dalam chalet pun tak apa janji dapat rasa feel happening berkumpul ramai-ramai. Masa tu arwah emak gua ada lagi. Pergi Terengganu. Well, cuti dalam Malaysia pun dah interesting kut. Actually, pergi rumah orang kahwin but proverb Melayu kata, menyelam sambil teguk air. Pergi rumah orang kahwin and at the same time, pergi melencong. Eh, melancong. 


Calm, peaceful, restful, and relaxed! 


That's the most accurate words to describe when you have a vacation at the beach. Terengganu famous dengan pantai right? So, gua memang suka pergi pantai. Terbaikk!!!

I love beach!






Pulau Perhentian ;)


I love Pulau Perhentian. Gua memang definitely tak pernah jejak kaki tembam gua ke sana pun. Just simpan angan-angan je lah. Gua pernah suggest nak pergi honeymoon kat sana. Woah! Romantik nyah.. And Kerol never said no. That's cool! Ada harapan pergi sana.






Semporna Island, Sabah




One more places that i really want to come. It's Semporna Island, Sabah. And there has a wonderful awesome buffoonery marine life. What a great place. These 2 wonderful island are at Malaysia and i am Malaysian, truly Malaysian, and i am be in one's glory to be it! I'm a beach lover and i don't have any ideas why i'd be like that. :) Maybe pantai ada air, and gua suka main air. 


Ceplosss!! Ceplosss!! Ini bunyik kocak air ok. Bukan ceplos TV9.


Ok, why not gua pergi tepi tasik or tepi sungai je?? Tak nak. Tu semua kat hutan. And i don't like to be at jungle. Nyamuk banyak and i am nyamuk magnet. Habis nanti gua kena gigit lepas tu jadi bintat lepas tu gatal lepas tu tergaru-garu. 


Some of kind people suka pergi places yang banyak history. Gua pun suka jugak!! Best wohh and jadi sedar diri siket pasal asal-usul. Besides, boleh tahu history tempat orang. Boleh tambah information so lepas tu eksyen kata kau tau kenapa macam tu kenapa macam ni. Heh! Riak.. Tak baik. Dosa. 


I don't like shopping. Not very much. Bila pergi vacation gua tak suka beli barang borong berbondong-bondong sampai habis kedai jual barang pinggan mangkuk kat Langkawi kau sapu. That's for an example. Takat souvenir boleh lah gua belikan. Tu wajib.

Ok, that's for all. I love going on holiday. Jauh dari boss. Hahahahh. Jahat kau.




p/s: hiruk-pikuk? cukup kat KL je..

Tuesday, February 1, 2011

Another

Blogging..

Blogging..blogging..blogging..!

Soalan basi:
Best ke buat blog?
Seronok ke berblogging?
Dapat apa kalau blogging nihh?


Jawapan berkulat:
Biasa je..
Seronot la jugak..
Dapat duit nuffs..


Hahaha. Tu totally typical punya soal jawab bila orang cerita pasal blogging.


On my view, blogger sekarang dah ramai sangat. Tak macam masa mula-mula aku joined dulu. Punya la ciput. Sekentut dua je blogger. Sekarang, nenek pun dah pandai ada blog? Camno?? Siap ngadu aktiviti harian anak cucu dalam blog. Ha, camno?? 


Masa mula-mula joined blogging terus terjumpa blog Hanis Zalikha. She is one of Malaysian Dreams Girl contestant. Masa tu, followers blog dia tak ramai sekarang. Takat 2 - 3 ribu followers je. Sekarang MAK KAU RAMAI GILER FOLLOWERS DIA. Hurm! Nampak sangat korang budak baru nak blogging.


Aku tak rajin promote blog. Takat blog personal tulis apa kau buat sehari takkan nak promote?? Sikit-sikit ada lah.. Tapi takde lah sampai tiap-tiap hari nak blogwalking or hari-hari promote kat facebook. By the way, kalau aku blogwalking pun, jarang gile aku tinggal 'tapak kaki' kat shoutbox blog yang aku tengok. Fikir balik, aku bukan glamour/fofular pun nak promote apa aku buat tiap-tiap hari. I BUKAN KIMORA LEE SIMMONS.

Satu tabiat tak best segelintir blogger, diorang suka cerita pasal duit nuffs. Kalau dapat banyak pun aku rasa tak payah kut nak cerita. Kena rompak kang PADAN MUKA KAU. Dapat senyap sudah.. Tak payah kut cerita duit. Duit tu kejap je habis. 

One more, suka cerita pasal traffic blog dia. Woah! Serious fed-up. Muak dowh! Senyap dah kut.. Tak payah story aku rasa. Cerita experience kau pergi balik kampung je pun dah best kut. Tak payah cerita traffic kau. Serious, kau menunjuk.


"Blog aku, aku punya suka ar!"

It's yours. So, kau deserve nak tulis apa. Dari orang suka kang jadi tak suka. Mana best?? Jadi blogger yang disukai ke yang dinyampahi?? 


Tenungkan..




p/s: aku tuju semua!

Thursday, January 27, 2011

Doa Aku Hari Ini

Wahai Tuhanku Allah yang maha besar, lagi maha penyayang, lagi maha mengasihani dan lagi maha mengampuni.

Sesungguhnya syaitan dan iblis itu sungguh membinasakan. Mereka akan selalu meniupkan bisikan tentang keraguan dalam hati tentang hidup supaya hati tidak tenteram dan sesat dengan bisikan mereka. Oleh sebab aku terlalu lalai, leka dan sering mendengar bisikan mereka, bisikan itu selalu membuatku marah, sakit hati, benci, menyampah dan segala perkara negatif tertanam dalam diri. Sesungguhnya Tuhanku Allah itu maha besar dan maha mengampuni. Ampunkan hamba-Mu Ya, Allah.

-Amin-

p/s: Jarang doa, nanti doa aku Dia dengar tak??

Friday, January 21, 2011

Climate

Lately, cuaca KL ni macam sejuk beku. Ketaq lutut weh nak mandi. Aku notice KL ni sejuk since awal December 2010 hari tuh. Alhamdulillah.. Tak ada lah berpanas durja sangat. Aku diberitahu sekarang tengah musim tengkujoe. Oh, patutlah. Laut tengah bergelora sekarang campur ribut campur petir sampai nelayan pun ngeri nak turun laut. Em, patut ikan mahal!

Back to my crappy story. Aku memang tak suka climate yang terlalu sejuk dan terlalu panas. Oh, dah namanya manusia kan. Jarang bersyukur. Hahaha. Bukan tak bersyukur, but i prefered more to a moderate climate. Not too cool, not too hot.

Aku tak lah nak bagitau cuaca KL ni sejuk sampai turun snow. KL kerap hujan. Kejap kejap hujan. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya basah siket bumi KL ni dari dosa kering. Usually akan hujan petang. Erm, pergi kelas macam lemau pasal hibernate macam tupai gemuk sebab cuaca sejuk.

Bila malam nak tido, tilam tu kau rasa macam baring atas tilam lembap. Bukan lembap sebab ngompol, TAK! Lembap-lembap sejuk je. Best! Adjust bantal siket, posing sket confirm terus nyenyak. Sampai tv yang tengok kau. Buang karan. Oleh sebab tak sabar nak baring atas tilam sejuk lagi comfort tu terus lupa nak buang air kecik supaya tak ngompol tengah malam. By the way, time rasa nak terkucil tu sempat tahan sanggup bangun redah pi bilik ayaq nak kencing punya pasai. Selesai urusan kat cangkungbank, of course la nak istinjak kan?? Terlupa yang ayaq dalam baldi tu sejuk terus.... "awwwwwooooohhhh..sejuk giler woi!"

Yes, terus terjaga mata jegil tak mengantuk dah. Hahaha. Penangan ayaq sejuk baldi terus segaq. Istinjak punya pasal gua tahan sejuk. Kang tak cebok kang lipas kang.. Fortunately, nasib baik boleh tido balik. Tak lah mengigau menggigil tahan kencing.

Bila bangun pagi, satu hal jugak. Celup kaki kat lantai simen pun dah ketaq. Apa lagi nak jirus air kat badan. Oleh sebab tak nak berbau kambing, gua pun mandi. Anyway, pernah sekali gua mandi sekali sehari. Gua mandi pagi pukul 1 petang. Sejuk nak mandi pagi. Pukul 6 gua lap-lap je. Gua tak pengotor lah wei. Gua bukan peluh pun. Duduk rumah apa buat?? Tak ada apa pun. Sebab tu gua lap-lap je. Hahaha.

Oh, office gua kat tingkat 20 daripada 22 tingkat. Dekat dengan air-cond yang centre punya. Apa rasa? Beku woi. Gua selimut sampai hujung kaki pun terasa lagi kat hujung rambut gua. Hahaha. Pernah jari gua cramp pasai sejuk sangat sebab tak pakai gloves. Erm, nak cari gloves! Nanti masuk angin. Hoho.


p/s: Ngompol is kencing malam in Javanese languange. Siapa orang jawa, dia patut tau.