Monday, May 10, 2010

Diet Teruk Habis Musnah, Disaster Tau Nggak?!

Diet saya semakin musnah.

Ye, sangat menyedihkan. Bersusah-payah masuk gym sampai tertonggeng-tonggeng depan treadmill, akhirnya, ini yang kau dapat eyka!

Sungguh mengecewakan!

Mentang-mentanglah kau tengok berat kau tak naik-naik, kau balun semua makanan sesuka hati kau. Lepas tu, bila dah betul-betul naik balik sekarang, baru kau terhegeh-hegeh nak turun balik?

Hampir terlambat, eyka. Tapi tak terlambat lagi. Sebelum berat kau naik asal balik, baik kau turunkan cepattt! Jangan lengah-lengah. Kau lengah sesaat, sekilo badan kau naik. Huh!


Kau tahan tak kalau ayah kau selalu offer makanan begini?

Ha.. Jawab? Jawab? Bila balik kampung, ayah selalu offered MarryBrown. Dia kata kat KL tak ada MarryBrown. Rugi kalau tak makan nanti. Ha! Macam mana? Macam mana aku nak tolak tawaran sebegitu? Cuba bagitahu?

(-_-)

Lemak tepi pinggang hampir tumbuh balik. Lemak kat lengan hampir subur kembali. Lemak kat paha hampir menggesel pedih. Haish.. Sedih dapat badan chubby macam ni. Pakai baju pun tersekat-sekat. Nak-nak tang dada. Awawawaww.

InsyaAllah, hari ni hari terakhir kut nak makan lebih-lebih. Esok, kena start eyka ooii. Tak boleh jadik.

...Selamat Tinggal McD...

...Selamat Tinggal Nasi Goreng Kampung...

...Selamat Tinggal Nasi Goreng Pattaya...

...Selamat Tinggal Wahai pembasuh mulut...

...Selamat Tinggal MarryBrown..

Sehingga ketemu lagi. Agak-agak, bila badan aku boleh kurus untuk makan benda-benda macam ni balik?

Barang untuk Si Ibu di Sibu

Kerja last minute.

Kerja yang selalu menyeksa saya. Tahun ni celebrate Mother's Day peringkat national kat Sibu, Sarawak 8 Mei lepas. Last minute planned! Feh.. Macam nak tercabut anggota badan. Nasib baik pundi kencing aku melekat. Kalau tak, sure tercicir tepi jalan. Tak dapat aku nak kencing. hawhawhaw.

Mission:
1.   Kena cari lotion, bedak, shampoo, sabun mandi untuk letak dalam goodiebags (hanya untuk ibu sahaja)
2.   Kena cari items for kiddies such as colour pencils, notepad, and party's stuff.
3.   Kena cari prizes. Macam hamper. Untuk 1st (RM300), 2nd (RM200), and 3rd (RM100). Hanya bahan mandian yang wangi-wangi je. Kosmetik? Tak mau.

Vision:
Melatih otot kaki dan lengan sambil shopping barang sendiri sekali. Selain itu, mempraktikkan pengetahuan/ilmu melalui jalan-jalan KL, Chow Kit, Masjid India, dan Selayang.

Kekuatan:
Sebanyak 9 kekuatan dikerah
(Pn. Suree, Kak Linda, Kak Sha, Kak Kamariah, Cik Mior, Khai, Wak Salim, Mamu, and last but not least, SAYA)
dan 1 jentera
(Inokom 10 tahun punya. Naik, confirm macam naik bot. awawaww)

Sasaran:
Telah dikenalpasti. Iaitu....
GM Plaza (Chow Kit)
Mydin (Chow Kit, Masjid India, Jalan TAR)
Tesco (Selayang)
Giant (Selayang)
Maju Junction (Jalan TAR)
Sogo (Jalan Raja Laut)


Laporan Kejadian:

...Check Point Pertama...
Start dari office. Naik 2 buah teksi dan terus ke GM Plaza kat Chow Kit. Persekitaran yang menakutkan. First time sampai. Kepoh tengok brooch comel yang beraneka kartun. Rambang mata sampai pening kepala tengok barang borong yang murah gile. Kekuatan ketika ini: hanya 8 orang.


Tengah turun eskalator. Muka mak incek tutup muka Khai.
Kiri: Cik Mior. Tengah: Wak Salim

KPI:
Dapat beli barang untuk kiddies jew.. (-_-") Terpaksa bergerak ke tempat lain.


...Check Point Kedua...
Bergerak ke station seterusnya. KE MYDINNNN Jalan Chow Kit. Jalan kaki sambil terbondong-bondong bawak barang. Macam bibik bawak kain baju. awawawww. Terus cari barang seterusnya. Searching... Searching...

KPI:
Gotcha! dapat. Tapi half ajek?! Hadoi.. Kena gerak lagi.. Berpecah!! Khai, Pn. Suree, dan Kak Linda pergi Maju Junction carik prizes. Kak Sha, Mamu, Wak Salim, Cik Mior, dan saya bergerak ke Mydin Masjid India.


...Check Point Ketiga...
Tiba Mydin Masjid India. Woah! Macam kat Mumbai. Masuk Mydin. Terus serbu tempat sabun-sabun. Stok tak banyak. Dapat separuh jugak. Aku rasa macam nak bagi sabun Daiya jek. Pn. Suree, Khai, dengan Kak Linda (Mak Incek) dah selamat sampai Maju Junction kut sebab on the way nak pergi Mydin tu tiba-tiba hujan pulak. Hohoho! Basahlah korang! Kitorang tak basah, kitorang naik van. Awawaww!


Kak Kamariah dengan Mamu. Yang lain, dok belakanggg!


Masing-masing muka macam jebeng



Barang Safi. Murah sikettt! Awawawww.
Bagi mahal-mahal nanti diorang tak reti pakai. hohoho!

...Check Point Keempat...
Balik office balik. Makan..golek-golek.. And bersiap-siap nak pergi Tesco dengan Giant Selayang plak. Haduu~.. (-_-)

KPI:
Dapat makanan. Tengok je orang packing. Tak larat nak tolong dah. Kaki sakit wohh!


...Check Point Kelima...
Gerak ke Tesco dan Giant Selayang. Dapat ciput. Last-last, rembat je ape yang ada. Short 100 bottles. Nasib la hoy..

Kitorang duduk atas lantai. Siap lunjur-lunjur kaki. Hohoho!

Tak percaya? Hah, nah ambek kau!


Cantik tak kaki? Boleh masuk iklan Veet kan? awawaww.
Bukti yang kitorang duduk atas lantai van, tahu! Boleh baring-baring lagik.

KPI:
Dapat membawa pulang KFC Snack Plate 12 pax. Tengok, aku dah kate, jangan ajak aku pergi tempat-tempat macam ni. Kan dah terbeli KFC! Awawaw.. Balik office. Duduk dalam van separuh jalan jek, separuh jalan lagi, aku dah terbaring sambil peluk KFC. Takut ayam jatuh tergolek-golek nanti.. Hohoho!


Finally, barang-barang tu dibawa ke Sibu. Total costs untuk 33 kotak, RM7,000++. Tercirit aku. Gaji aku 6 bulan setengah tuhh. Takpe, nasib baik yang bawak tu orang banyak duit. Hohoho!! Kepada abang-abang, pakcik-pakcik, terima kasih sebab stay kat office sampai 3 pagi.

(^_^)

Wednesday, May 5, 2010

Kotak, Box, Segi Empat, Rectangle

Man peeking out of box. Don't be like him. Jegil mata. Huduh!

"Luar Kotak"

Blur. Saya tak tahu ape tu fikiran luar kotak. Fikiran luar kotak? Adakah anda kena berfikir di luar kotak kasut? Adakah anda kena berfikir di luar kotak buku matematik? Atau adakah anda kena berfikir di luar kotak 'Double A'?

(^_^")

Tapi itu dulu.. Masa mula-mula masuk arena perancangan.

Boss asyik cakap:

"Kita mesti berfikir di luar kotak"

Ape ke benda 'fikir di luar kotak' tu?

Thinking.. Thinking... Grrr...

Ooh.. Bila dah kena explain dengan otak sendiri baru saya tahu. Fikiran di luar kotak maksudnya berfikir untuk jangka panjang dengan lebih jauh, lebih inovatif, dan boleh diterima pakai. Tapi, saya nak fikir ape? Setakat kerja kerani, nak pikir ape?? Setakat fikir untuk diri sendiri boleh lah. Contohnya, fikir macam mana nak lariskan business tudung ekin kat office masing-masing, fikir business kuih raya, dan fikir macam mana nak jual insurans kat colleagues masing-masing. Hahaha! Default scenario! Macam kat office korang tak pernah ada situation kat atas kut? Awawaww

Usually, orang yang sentiasa berfikir di luar kotak ni, orang high level je.  Jarang kerani atau PAR nak fikir lebih-lebih. Yeah, we are not decision maker. But, you are! We just make it done. Easy right? Dapat gaji dalam RM1,200 above lagi. Dah tu ada panel klinik lagi. Kalau demam, tak payah bayar. Tihehe!!

Kalau selalu sangat fikir kat luar kotak, jangan sampai jadi macam ni yer boss..


Lelaki kiri: Eh eh, kau nak pergi mana?
Lelaki kanan: Yeehaa! Nak tinggalkan kau, kolot. Hahaha!!

Tuesday, May 4, 2010

Happy Mother's Day

"Kini aku, hilang tempat mengadu..
Oh Ibu..
Damailah engkau di sana
Ku taburi bunga mewangi hadiah dari anakmu..
Ibu..."


Hari Ibu bakal tiba ahad ni.

*Sedih*


Hari Ibu tahun 2007, last saya dapat sambut dengan arwah emak saya. Dua tahun sudah pemergian emak saya. Honestly, kasih sayang seorang emak memang tak ada ganti. Sekarang, saya hanya mempunyai seorang ayah. Satu-satunya orang tua yang perlu dijaga hatinya selepas pemergian emak.


Tak ada lagi cheese cake, choclate moist, cupcakes, macarony goreng..

Tak ada lagi bebelan..

Tak ada lagi bunyi masak awal pagi..

Tak ada lagi bunyi mesin jahit...

dan

Tak ada lagi bau emak...

(-_-)

Yang tinggal hanya kenangan...

dan

Kasih sayang...

I miss you, mom..

I love you so much!


Love,
Your daughter who will miss you every second, every minute, and every single day
- eyka -


Just for you, mom..


I love you, mom..




Monday, May 3, 2010

Kantoi? Kantol?

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...


Kantoi by Zee Avi.


I heard for the first time it was just last night. Haha.. Kesian! Maybe semua orang dah dengar dulu. I baru terhegeh-hegeh nak dengar.

Sedap

Merdu

Enak
(ceh ceh..macam tengah buat spect makanan lak)

Creative

Unique

And...

Absolutely...

Cute!

I love you, Zee Avi!

Awawawaww! Suggestion: try dengar Bitter Heart and Honey Bee.

Best!