Wednesday, November 12, 2014

Putihnya Awak?

Pernah dengar agen pemutih kulit?

Eh, ini bukan entry advertorial atau promote produk kecantikan okay. Cuma entry luahan rasa terhadap produk-produk sebegini. Sekarang, semakin banyak produk skin whitening dalam pasaran. Tak kira online atau physical store. Banyak jual di mana-mana. Kalau kita baca tentang testimonial pelanggan yang dah mencuba, banyak keberkesanannya. Especially, kalau artis yang menjadi testimoni-nya. Meletup!

Dan!

Tipulah kalau aku tak pernah terpengaruh sama sekali. Hehe. Terpengaruh aje. Tak beli pun. Dan, tipulah jugak kalau kita tak pernah ingin memiliki kulit putih gebus kemerahan ala Snow White. Aku pun nak lah jugak walaupun kulit sendiri pun dah..bolehlah kalau nak dikatakan putih. Hewhew. Biasalah kulit orang kita, kalau putih pun tidaklah putih kemerahan. *Haih, statement macam tak bersyukur pulak*

Bukan tak bersyukur, tapi biasalah sebagai perempuan. Mesti lah nak jadi lagi lawa kan? Putih kemerahan, gebus, mulus, tak ada cela, parut, etc etc etc. Aku ada terbaca ingredients yang terkandung dalam produk macam ni, dan seingat aku, produk sebegini ada agen pemutih, kolagen, estrak soya, dan sebagainya, tapi adakah ia selamat untuk jangka masa panjang? Maksudnya, adakah apa-apa kesan ketika kita menua nanti?

Jangan salah faham. Mungkin orang seperti aku selalu sangat doubting dan kurang faham tentang produk-produk kecantikan macam ini. 

Sebenarnya, ia terpulang kepada diri kita. Seperti aku, lebih selesa menjadi diri sendiri dengan warna kulit yang original. Oops! Jangan salah faham ye. Bukan aku ingin mengondem mereka-mereka yang mengamalkan produk skin whitening ni. Tetapi, buat masa ini, aku ok dengan struktur kulit yang aku miliki. Dan, aku tak pula kata tidak akan mengamalkan produk skin whitening ni, who knows, tiba-tiba aku termakan pulak kannn.


Aku kagum dengan teknologi sekarang. Kalau dulu, kita hanya ada produk krim pemutih dan dipakai hanya di kawasan sekitar muka dan leher. Hanya cerah di situ, tetapi lengan dan anggota badan yang lain mempunyai warna asal kulit kita. Macam iklan D'Herbs tu. Kelakar kan? 


Oh ya, kadang-kala bila terlalu banyak sangat produk kecantikan yang memang mempunyai unsur chemical yang banyak, pun tak elok juga dipakai atau diamalkan selalu. Lebih elok rasanya dengan cara yang lebih semulajadi, natural. :)

Eh, macam kita beautician pulak.

Tak. Tak... Kita nak share je pun.

Sejujurnya, memang best sangat tengok hasil testimoni yang berjaya memutihkan kulit. Nampak natural. Tapi, kulit asal yang diciptakan untuk kita pun dah cukup cantik kan? Lagi lagi lagi natural. :)

Seperti yang aku katakan tadi, ia terpulang kepada diri kita dan individu dalam memilih dan mengamalkan sesuatu produk kecantikan.

Friday, November 7, 2014

Rasa Hati Part 1

Aku dah lama takde idea nak make-up cerita dalam blog sendiri. Tak laju macam tahun-tahun sebelum ni, 2010. Masa tu rancak benor aku update dalam blog. Setiap inci kisah, setiap inci apa yang aku fikir semua terpacul dalam blog. 

Sekarang dah tak dah. Komitmen kot. Especially bila aku dah berkahwin. Banyak fikir pasal kerja, rumah, keluarga. Idea tu kering, susut, surut macam perigi buta yang kering takdak air. Yang ada pun, keladak!

Sekarang aku dah berhenti belajar. Kekangan masa. Mungkin bukan sebab masa kot. Masa tak salah apa-apa. Sebenarnya tiada istilah time management. Yang ada sebetulnya adalah self management. Masa tidak perlu diuruskan. Masa tetap bergerak. Masa tetap meninggalkan kita. Cuma diri kita yang kena pandai menguruskan diri sendiri. Agaknya aku tak ada self management kot. Tu pasal tak terkejar dengan belajar...

Bila difikirkan balik, BESAR hikmahnya Allah kurniakan. Sebaik saja aku berhenti belajar, ayah sakit dan didiagnos brain cancer. Kerol pulak diarah bertugas ke Rekreasi Berkuda di Titiwangsa, yang mana waktu bekerja 7 hari seminggu. 

Masa tu aku sangat terfikir, Allah menggerakkan hati aku dengan betul. Just imagine, dengan ayah sakit, Kerol kerap outstation kadang-kadang sampai seminggu, kalau tak outstation pun, kena kerja petang atau malam, macam mana aku nak cope keluarga dan diri sendiri sekiranya aku teruskan belajar. 

Memang orang akan kata RUGI berhenti. Tapi untuk aku, totally tidak! Rezeki belajar ada dimana-mana. Segulung diploma, ijazah, memang boleh dikejar. Keluarga? Sekali terlepas dari genggaman, akan terlepas buat selama-lamanya. Lebih baik luangkan masa untuk keluarga yang lebih memerlukan diri kita. 

Tapi, aku tak lah nak kata tak nak belajar terus... Of course, nak! Cuma keadaan sekarang tidak mengizinkan buat sementara waktu. Aku dah buat plan, maybe aku sambung kat UM atau OUM. Either one. Yang mana lebih practical dan friendly dengan aku yang full time worker.

Dan aku, tak nak menceritakan segala perjalanan dari mula ayah aku sakit sampai lah sekarang. Itu peribadi. Personal thing. Aku tau, ramai yang mula buat andaian dan judgemental sebab aku quit belajar. Biarlah itu menjadi konflik dalam diri aku.

Alhamdulillah, segala keputusan yang aku putuskan untuk diri sendiri disokong penuh oleh Kerol. Apa yang aku fikirkan baik, in shaa Allah, baik. Sebenarnya, banyak perkara yang lebih penting untuk aku ambil berat selain sambung belajar. Yes, memang education level tu penting. Aku tak nafikan. Tapi, ada perkara yang lebih dekat dengan hidup aku untuk aku fokuskan dulu.

Contoh paling senang, anak.

17 Nov ni genap 2 tahun perkahwinan. Kalau ikut kalendar Hijrah, 3 Muharram. 2 tahun aku suami isteri menunggu dengan harapan untuk dikurniakan cahaya mata. Siapa yang tak nak anak kan? Dan aku rasa, lebih baik untuk aku berusaha dan fokus mendapatkan anugerah dari Allah swt ini. 

Anggapan aku terhadap sambung belajar ni, adalah rezeki. Mungkin rezeki belajar aku tak habis. Kalau dah dikatakan bukan rezeki, memang bukanlah rezeki kita. Aku percaya, setiap rezeki memang dah ditentukan oleh Allah, yang penting, aku kena berusaha dan ada target. Aku target untuk ada baby. Why not aku fokus untuk dapatkan rezeki yang ini dulu? Tak salahkan? Belajar itu tak semestinya dalam bilik kuliah. Pengalaman juga something pelajaran jugak kan?

Aku jugak tak kisah kalau sekiranya ada orang pandang rendah dengan aku sebab drop out dari U. Aku percaya, sebenarnya banyak cabang rezeki yang akan terbentang didepan setiap hamba-hamba-Nya. Kalau kita percaya kepada setiap ketentuan dari Allah, aku percaya, aku tak perlu risaukan apa-apa. In shaa Allah...semoga Allah istiqomah kan hati aku.

Yang penting untuk aku sekarang, adalah keluarga. Keluarga adalah segalanya. Keluarga ibarat bola kaca. Yang mana kalau kita baling, confirm berderai. Kalau dapat disambung pun, tetap tak akan sama.

Hargai setiap orang disekeliling kita. Especially, orang tua kita. Sayangi mereka seadanya. Hargai penat lelah mereka. Juga penat lelah suami. Aku tak sempurna. Setiap hari aku akan bagitau Kerol "maafkan saya kerana bukan isteri yang sempurna".. Macam tajuk dram gitteww! Realitinya, ya, aku memang tak sempurna. Kerol pun selalu reply "kalau sempurna itu, Tuhan". 

Nikmati kehidupan selagi yang tersayang ada disekeliling kita. :)

Sunday, August 17, 2014

Jajan

Suatu petang di pejabat...

Kau faham sajalah bila dah petang senja rembang meredup, memang waktu kakak-kakak dan makcik-makcik bersembang. Especially, di pejabat. Memang favorite semua orang lah kan termasuklah aku sementara ternanti-nanti time recode machine berbunyi menandakan waktu pulang.

Kebetulan waktu tu seminggu sebelum Rumah Terbuka Pejabat. Semua meriuh cadangan menu. Oh ya, bahagian aku diberi peranan menyediakan desserts iaitu pencuci mulut dan memandangkan semua tertanya-tanya konon bajet omputih tak tau makna dalam bahasa melayu, so, aku beritahu siap-siap desserts adalah pencuci mulut. Haha.

*skip*
*kenapa aku nampak Aidil Zafuan dalam iklan tak pasti? - erm, abaikan*

Setiap bahagian di pejabat aku telah diberi sekian-sekian peruntukan untuk menyediakan makanan. Bahagian aku dapat desserts so satu keterujaan untuk semua colleagues aku. Masing-masing cambah idea nak buat macam tu, nak buat macam ni. Masing-masing beri idea macam nak decoration ala tradisional lah, gabungan moden lah, kontemporari lah, biasalah bila jemah terlalu ramai di satu tempat.

Dan, yang paling diterima oleh majoriti, tradisional.

Jadi, bila dah duduk berborak kuih apa nak taruk kat gerai (Rumah Terbuka Pejabat menggunakan konsep gerai) dah lalut-lalut cerita pasal jajan-jajan masa kecil-kecil dulu. Macam-macam cerita makan tu lah, makan ni lah. Aku Generasi-Y, memang merasa. Ada yang Generasi-X punya jajan memang tak pernah merasa. You know, am not that old... Haha!

2 atau 3 hari lepas menyembang pasal jajan tak pasti, tiba-tiba ada seorang colleague tu beli jajan yang biasa aku makan masa kecil-kecil dulu. Some time at 90's... Katanya, dibeli di kedai borong berdekatan dengan rumahnya.


Ni ha rupa jajan yang aku dapat.

Biasa tengok? Yang coklat tu aku panggil coklat telur lipas. Sebab bentuk coklat tu macam telur lipas. Saiz pun sama. Yang sebelah coklat tu, chewing gum. Dulu aku suka makan 3 biji sekali gus. Baru rasa dia punya flavor. Makan 1 tak ngam.

Oh ya, gambar semasa Rumah Terbuka Pejabat lain entry aku akan update. Sebenarnya, aku tak ambil gambar pun semasa majlis tu sebab sibuk uruskan gerai. Alhamdulillah, gerai bahagian aku memenangi tempat kedua kategori Gerai Tercantik. Ok lahhh... At least, dapat hamper. (LOL. Cliche sangat otak melayu kau) 


p/s: Raya pada tahun ni tak meriah. Ayah ditahan wad pada raya ke-4 dan telah pun keluar pada jumaat minggu lepas. Mudah-mudahan ayah cepat sembuh...

Tuesday, July 22, 2014

Boycott Menurut Pandangan Aku




Sesetengah orang ada yang menganggap boycott benda sia-sia
Ada yang kata tak ada beza pun boycott dengan tak boycott

But we have to understand these...
Mana lebih penting..?
Memenuhi tekak, perut, dan nafsu kita
Atau,
Mempertahankan saudara seagama dengan kita?

Kita sendiri tahu funding terbesar kepada puak kuffar adalah sekian-sekian jenama...

Memang sesetengah dari kita akan kata
"nak buat mcm mana, dah tak ada pilihan"

Ohh, u were wrong my brothers and sisters

Itu pilihan
Bukan keperluan
Pilihan adalah sesuatu yg flexible
Kita boleh menolak pilihan
Kita boleh menerima pilihan
Dan kita boleh memilih pilihan!

Keperluan adalah sesuatu yang sangat penting yang mana kita tak boleh nak menolak pun...

Aku bukan ustazah
Aku cuma seorang manusia yang kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dengan umat kita

Tak banyak, sikit...
Lakukan sedikit demi sedikit
Nak cakap soal jihad, terus terang, aku memang tak pandai
Tapi menurut ulama', apa yg boleh kita katakan adalah...ini jihad kecil

Mereka di Palestine adalah mewakili diri kita
Mereka adalah wakil ummah yg menjaga bumi anbiya

Anak-anak kecil di Palestine umpama anak-anak kita
Saudara perempuan di Palestine umpama saudara perempuan kita
Saudara lelaki di Palestine umpama saudara lelaki kita
Orang tua di Palestine umpama orang tua kita

Bukan di Palestine saja, dimana saja umat Islam berada, itulah saudara kita...

Ingat cerita Nabi Ibrahim a.s yg dicampak dalam api yg besar

(aku tak ingat dialog cerita ni sangat tapi aku cuba juga untuk menyampaikan)

Ada seekor burung kecil yang berulang alik bawa air dalam mulut untuk dituang dalam api besar yang sedang membakar Nabi Ibrahim a.s.
Semua makhluk tanya kat burung tu kenapa kau buat macam tu sedangkan itu adalah perkara yang sia-sia, bukan boleh padam api tu pun

Burung tu menjawab
"bila dihadapan Allah dan Allah bertanya apa yg dah aku buat utk agamaNya, sekurang-kurangnya aku ada jawapan untuk itu"

Aku pun masih banyak kekurangan
Aku hanya nak share apa yang aku rasa saja...

La tahzan, innallahma'ana...


Dan, berdoalah untuk kesejahteraan agama kita dan saudara seIslam kita...

Tuesday, April 22, 2014

Dua Lelaki Kesayangan

Gambar: Ayah (kiri) dan Suami (kanan)

Assalamualaikum readers.

Hahaha. Ayat menyapa bajet ramai readers. Gambar kat atas ni, gambar berdua ayah dengan suami aku. Gambar ni diambil sewaktu ziarah ayah kat Sungai Buloh. Ayah sekarang menetap kat sana. Rumah ayah kat Cheras, aku diamanahkan untuk jaga. Kata lain, aku laki bini duduk rumah tu. 

8 April 2014 tu hari, ayah selesai jalani rawatan radioterapi. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt, ayah tak alami apa-apa komplikasi yang teruk. Lepas habis treatment, berat badan ayah naik 3kg. Legaaa... Ada perubahan positif walaupun kecil. Aku makin syok tengok ayah selera makan itu ini. Layannn...

Kemain ayah kirim makanan macam-macam. Seronoknya lahai aku rasa. Ayah memang orang kenal dengan perwatakan yang suka makan. Sejak ayah diagnos ada brain tumor, selera makan dia menurun. Sekarang, aku banyak-banyak bersyukur bila selera makan ayah macam dulu balik. Tapi still kena control pengambilan makanan dia. 

Aku rasa bersyukur sangat, sebab dianugerahkan dua orang lelaki ini. Ayah, dan suami. Dua-dua jenis paham tabiat aku. Niat aku bukanlah nak membandingkan dua-dua, tapi kedua-duanya sangatlah special untuk aku. Setiap hari, aku mesti buat call lebih kurang 5 atau 6 kali sehari untuk ayah, dan 3 atau 4 kali sehari untuk Khairul. Memang nampak macam over sebab buat call banyak-banyak, tapi aku jenis tak boleh kalau dapat bercakap sekejap-sekejap ni.

Everyday, pagi-pagi aku dah buat call kat ayah. Bagitau yang aku dah sampai kat office. Kalau tak dapat call pun (kredit habis atau tak cukup nak buat call)*, aku akan sent SMS untuk benda yang sama. Setiap hari juga, pagi-pagi selepas call atau SMS ayah, aku buat perkara yang sama kat Khairul. Call atau Whatsapp. Tanya lah kot-kot dia dah sampai ke office atau pun belum. Aku everyday pergi kerja pun Khairul yang hantar. Hati orang perempuannn... Risaunye kemain lagi. Risau leee kot-kot laki kau tak sampai tempat kerja. Heh.

Esok, 23 April 2014, ayah buat MRI Test kat Hospital Sungai Buloh. Harap-harap, ada magical dari Allah swt berlaku. Harap-harap, keputusan dari MRI Test tu, ada keputusan yang membawa keputusan positif, in shaa Allah.

Semua manusia inginkan harapan, jangan berputus asa. Semoga ayah aku semakin lebih sihat, dan dapat menunaikan ibadah dengan lebih baik... Aamiin.

Monday, March 10, 2014

Doa Untuk MH370

 Kredit: Journal of My Life (nikminijournal.blogspot.com)

Seluruh dunia gempar dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Aku doakan supaya mereka yang ada dalam pesawat yang hilang tu selamat dan dilindungi oleh Allah swt. Sebelum ni Malaysia dah panas dengan macam-macam isu. Isu hiburan, isu politik, dan sekarang isu kehilangan pesawat MH370. Satu-persatu. Mungkin Allah nak menguji Malaysia?

Aku harap...

Aku harap sangat, kesemua mereka yang hilang tu selamat dan berada dalam rahmat lindungan Allah swt, walaupun ramai berkata kemungkinan mereka yang hilang tu untuk survive adalah tipis (walaupun tak confirm lagi sama ada aircraft tu terhempas atau tak). Yakinlah pada Allah. Yakinlah apa jua pun yang akan berlaku kepada mereka itu adalah takdir.

Aku mohon...

Aku mohon sangat, tolonglah untuk tidak bercakap sesuatu yang merepek, sarcastic, lawak bodoh, dan sejenis dengannya yang bertema bahlol mengenai kehilangan pesawat MH370. Hormati. Hormati ahli keluarga mereka. Kalau mak pak laki bini anak akak abang adik kau dalam flight tu apa akan kau rasa? Kadang-kadang kita perlu ada rasa sensitive der.

Hari ini hari ke-3 pencarian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Semoga hari ni membawa petunjuk. Semoga penantian ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia berakhir. Semoga segala persoalan kehilangan dapat terjawab. Semoga segala dan semuanya berjalan lancar.

Betapa wonderful-nya perasaan aku bila tengok sekeping gambar yang menunjukkan beberapa battleship di perairan Malaysia yang digunakan untuk keamanan, bukan untuk peperangan. Kalau nak tengok, try Google. Aku tengok pun bila orang ramai share kat Facebook.

#prayforMH370

Monday, March 3, 2014

Wajah Kesayangan Hamba

Inilah wajah kesayangan hamba

Inilah... Inilah wajah kesayangan aku. Inilah wajah yang selalu aku teringat-ingatkan. Siang dan malam. Mengingat dan memikirkan tentang kesihatan dan keadaan dirinya. Inilah wajah penguat semangat aku. Inilah wajah yang sentiasa menggembirakan hatiku.
Inilah ayah..
Ayahku, Wahab bin Hamzah
Lelaki yang sentiasa sempurna untuk emak, ayong, dan aku. Lelaki yang sentiasa menjadi penguat semangat anak-anak apabila emak dah tiada. 
Kini tiba giliran anak-anak menjadi penguat semangat dirinya. Semangat dirinya untuk terus berjuang dalam hidup. Berjuang untuk sihat. Sihat untuk melaksanakan segala amal ibadah. Aku sentiasa mohon, supaya ayah sentiasa dalam rahmat kesihatan yang diberikan oleh Allah swt. 

Alhamdulillah syukur. Ayah perlahan-lahan untuk pulih. Semoga ayah semakin sihat. In shaa Allah!

Sesi radioterapi ayah masih lakukan. Mudah-mudahan dengan izinNya, sesi itu dapat memusnahkan sel-sel kanser dalam kepala ayah, dan seterusnya ayah pulih seperti biasa.

Aku yakin, yakin dengan suratan yang Allah berikan. Dan, aku percaya, hikmah besar sedang berlaku dalam hidup aku.

Thursday, January 2, 2014

Akhirnya...




Tadaaa!!!

Itu hari husband aku ke Langkawi atas urusan kerja. Sempat jugalah aku pesan kirim bawa balik coklat. Kemudian, tak sangka pula dia bawa balik coklat dan beli bekas kuih raya sekali. Hehe. Rezeki. Memang aku idam lama dah nak ada bekas kuih raya sendiri nih.

Anyway, esok hari lahir arwah emak.

Selamat ulang tahun, emak!

Kalau emak ada lagi, umurnya genap 56 tahun esok. Pencen dah agaknya. 

Rindu emak!

Al-fatihah...