Tadaaaa!!
Ini adalah nasi lemak yang berharga RM4.50. Ya, aku ulang semula. Nasi lemak berharga RM4.50. Nasi lemak kosong bertelur rebus sebelah biji dan bersosej sebatang ini, aku beli pada Isnin 2 September 2013 yang lalu.
Hari ini berapa hari bulan kawan-kawan? 4 September 2013. Semalam isu apa kawan-kawan? Ya, isu minyak. Selepas kenaikan harga petrol, kau rasa nasi lemak yang aku beli ni boleh jadi berapa ringgit?
Cekik darah.
Ya, cekik darah. Aku beli nasi lemak ni di Kantin pejabat aku. Ramai dah terkena dan aku pun dah terkena banyak kali. Sebelum ni aku rasa mampu lah nak bertahan, tapi kali ni..oh, tidaklah!
Macam ni, kayalah tokey!
Setahun 5 kali umrah okay..
Dah masuk 2 hari setengah aku boikot tak nak beli makanan Kantin. Aku wajib bersabar sebab, tokey ni habis kontrak hujung tahun. Lagi 3 bulan. Tak lama dah.
Kalau ikut gaya kak yong mak yong aku memang barai nasi lemak kat situ jugak tu rasanya dan tokey kedai tu, kawan baik arwah emak jadi aku hormatkan dia.
Jadi, tak ada option.
Kau kena bayar, senyum berbara, dan berambus.
Dan aku, guna status sebagai anak kepada salah seorang committee dalam bab tender Kantin, aku report.
Ya, report ya. Jangan tak report.
Untuk semua orang jugak!