Friday, February 10, 2012

Luthfi Eddin

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Sibuk. Ya, aku sibuk.. Banyak benda aku kena setelkan. Hari minggu aku hanya balik kampung. Semenjak ada anak buah, kerjanya asyik nak tengok anak buah. 2 bulan. Ya, umurnya 2 bulan. Luthfi Eddin dah 2 bulan! Sekejap kot. Rasa tua dipanggil cu adek. Luthfi ada lesung pipit. Sebelah kanan. Suka senyum sedikit je. Hanya hujung bibir. Comel! Ya, sungguh comel. Baby sepatutnya haruslah comel. Mana ada baby tak comelkan. Yeah, Luthfi Eddin aku lagi comel dari baby-baby yang ada. Hahaha! Taklah..semuanya comel.

Luthfi..

Aku suka cium dia. Cubit dia. Dukung dia. Peluk dia. Touch muka aku kat muka dia. Sweet! Cium mulut dia dan dia akan lick mulut aku. Haha! Luthfi Eddin dah pandai buat buih-buih air liur. Ibu Luthfi, sila bersiap sedia untuk rambutmu menjadi nipis. Kehkehkeh. Luthfi Eddin suka bangun pagi. Bubbling seorang diri. Ber'cakap' seorang diri. Suka menjerit bila kehausan susu! Oh, tang itu aku tak boleh menahan. Nyaring, kuat, nak susu punya hal. Macam mana perlakuan Luthfi Eddin pun, tetap menggembirakan hati aku sekeluarga. Seronok rupanya ada anggota kecil dalam ahli keluarga. Luthfi Eddin suka didudukkan bila dalam kereta.

"Tengok lampu" Tok Ayah cakap.

Luthfi Eddin suka tengok surroundings bila dalam kereta. Ditenungnya gear. Ditenungnya stereng, ditenungnya juntaian tasbih yang tergantung dicermin pandang belakang, tengok luar, tengok pokok, lampu, dan sebagainya sambil menghisap jari tembamnya. Tak sampai 5 minit, mata sepet Luthfi Eddin semakin sepet. Oh, mengantuk ye Luthfi Eddin... Ya, dia mengantuk. Kena air cond agaknya.

Luthfi Eddin...

Aku jadi gila bila melihat baju bayi sebaya Luthfi Eddin yang banyak dijual di kedai. Nak beli! Tapi..nantilah. Cukup duit, beli lagi. Minggu lepas aku dah beli baby leggings and baby socks. Banyak! Suka melihat kecomelan Luthfi Eddin pakai apa yang aku belikan. Bila Luthfi Eddin pakai baby leggings, oh! tembamnya paha dia. Berlipat. Padat. Gebu. Rasa macam nak gigit ja. 

Erm, ya..aku rindu Luthfi Eddin sebenarnya..

Miss you handsome boy!