Assalamualaikum..
Pulau Langkawi. Last aku jejak Pulau Langkawi, tahun 2005. Masa tu arwah emak ada lagi. Baru habis sekolah and pergi holiday ke Langkawi as my rewarded lepas habis SPM besides ayah ada meeting KOOP kat sana. Tahun ni baru aku ada chance jejak semula ke Pulau Langkawi selepas 5 tahun tak pergi situ lagi dah. Haiyoo..
Dari Puduraya ke Kuala Perlis almost makan masa 7 jam. Nasib baik bus cantik and seat luas giler plus boleh pusing-pusing atas seat macam pusing atas katil. Ok, tu tipulah. Memang selesa. Pandai Kerol pilih bus. Gerak dari KL pukul 12.00am and sampai ke Kuala Perlis lebih kurang pukul 6.50am. Turun bus terus jalan laju-laju pergi kaunter ferry and unfortunately, kitorang tak dapat kejar ferry pukul 7.00am sebab dah tutup gate. Then, kitorang decided ambil ferry pukul 8.15am je. Besides, boleh breakfast jap.
Dah siap beli tiket terus cari kedai nak breakfast. Order roti telur + roti sardin + 2 milo suam + 1 air suam = RM7.00. Boleh lah.. Tak payah gosok gigi terus lahap makan. Lagipun, time-time macam ni mana kau sempat pikir nak gosok gigi ke hape kan? Belasah je!
Time pokai hisap Malboro. Time kaya hisap Dunhill. Rokok tu Kerol punya ea.
Aku bantai tidoq lagi dalam ferry. Akhirnya sampai jeti Langkawi around 9.30am. Ibu Kerol dah siap tunggu kitorang kat sana. Habis salam semua orang terus ibu Kerol kata 'pergi Pekan Kuah jom. Kita jalan'. Mak aih..kitorang dah lah tak mandi lagi. Mulut pun dah start bau taik gigi campur kari. Ikut je lah.. Tengahari baru dapat balik untuk bersihkan diri. Well, kitorang stayed kat homestay area Padang Mat Sirat. Nice house anyway! Pukul 3.00pm macam tu kitorang keluar jalan-jalan lagi and this time, kitorang pergi naik Skycab!! Excited mami nok...
Telaga Harbour Marina, Langkawi.
Jauh jugak lah nak ke Oriental Villages. Finally sampai jugak. Nak naik Skycab kena masuk Oriental Villages. Fortunately tak ramai orang naik Skycab hari tu. Ini tempat macam ana yang punya lah! Hahaha! Cuba kau tengok gambar tasik kat bawah ni. Tak ramai pun. Kalau ramai, mesti penuh Swan Boats kat tasik nihh..
Kaunter pun tak ramai orang
Well..malas nak story banyak-banyak. Enjoice the views!! :)
Mesti kau tak percaya kan ni air terjun??
Ambil gambar sebelum ke tengah-tengah jambatan. Gayat kut derr..
Bukan selalu aku posing kan??? Erm.. Kaki pendek!
Turun dari Skycab, Kerol excited nak pergi bagi rusa makan. Masuk RM1 je.. First, aku try nak feed rusa ni and suddenly aku rasa macam geli lak bila lidah rusa jilat-jilat tapak tangan. Terus give up tak nak bagi feed and pass makanan rusa tu kat Kerol. Yucksss! Berair kut..
'Come to papa!'
Tujuan sebenar ke sana hanya untuk attended wedding kawan Kerol. Dapat bini orang Langkawi. Haihhh..untung lah.. Tiap-tiap bulan pergi Langkawi.
Taniah Ida and yeah, Kerol jadi pengapit.
Seronok gila dapat holiday. Hilang tensen mami nok. Besides, dapat kenal lagi rapat dengan family Kerol. Diorang memang sporting and selalu buat aku rasa comfortable and tak kekok. Here, last picture of Langkawi Island episode from me for this entry.
Love! Ok fine..pipi aku tembam.. So?!
p/s: next time pergi tempat lain pulak..