Thursday, July 28, 2011

Bola Kat Malaysia

"Hiyaarrrghhh!!"

"Woooaaahhh!!"

Antara sorakan orang kiri-kanan rumah aku. Keriuhan suara emak-emak, ayah-ayah, abang-abang, akak-akak, adik-adik, semuanya meneriak ghairah. Keghairahan menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Malaysia dan Singapura. Aku? Hanya tahu menghadap laptop. Menelaah. Menyiapkan assignment. Sesekali, aku buka juga facebook dan blog. Sometimes, Youtube. Aku akui, aku bukan seorang pengikut semasa arena sukan. Yang aku tahu dan pernah menonton perlawanan secara langsung, just rugby. At living room, hanya kelibat ayah dan emak tiri sedang menonton tv. Terfikir mahu menonton tv bersama, tapi, takpe lah. I'm much more comfortable to being alone.


Masuk ke bilik. Aku membentang meja kecik. Buka laptop. Hati tergerak untuk membuka tv. TV1. Ternyata, perlawanan sedang berlangsung. Tv kat bilik aku takde Astro. Hanya guna arial biasa je. Arial dalam. Nasib baik terang. Nampak jugak bola tu ke mana. Asal clear nampak muka Fahrin Ahmad dalam iklan Garnier Men kira ok lah kan??

Handsome!

Aku blogging sambil tengok tv. Interesting jugak. Tapi, benda yang paling aku annoying bila tengok bola, apesal lah lama sangat sampai 90 minit. Itu belum campur additional times. Aha! Aku dengar player Singapore kena 'boo!' Hurm, no comment! Aku enjoy tengok bola bila goal je. Offside, foul, bola keluar or what, serious aku tak tahu. I don't know anything about football's rule. And rugby too! Aku enjoy tengok orang tergolek kejar bola je. 

However, as one of Malaysian nations, i pray that Malaysia would win of this match. By the way, i believe, esok for sure bola jadi hot topic kat office! Minum bola, makan bola, kerja pun bola. 


p/s: hati tengah sakit, fikiran tengah bengang, badan tengah letih, mata tengah merah, tangan tengah sakit. Kesimpulan, takde mood untuk entry panjang.

Tuesday, July 26, 2011

Stalking, Peep, or Snoop?

Aku tidak pernah bosan memerhatikan orang. Tidak kira, sama ada lelaki atau perempuan. Tua atau muda. Kenal atau tidak. Aku suka memerhatikan orang sekeliling tidak kira lah untuk memuji, mengkritik, atau pun hanya sekadar memerhati kosong. Aku akan memerhati orang-orang yang aku sayang, suka, minat, dan juga orang yang aku tak suka atau dalam bahasa sopan, kurang berkenan.  



I called it's investigating. Not stalking. Orang macam aku bukanlah jenis seorang yang suka menilai orang lain, tapi aku mengaku, aku memang mudah menilai orang lain. Kadang-kadang, apa yang dinilaikan itu tepat. Ada juga tak tepat. It seems, banyak kali tepat jugak lah. Emmm...kelebihan Allah bagi. Apabila aku meminati seseorang itu, aku hanya sekadar suka memerhati dari jauh. That's enough for me. It's does not required any two way communications also about the same thing jika aku kurang gemar dengan seseorang itu. So, tak payah nak bertekak bagai kan?? Hati pun chillax!

Seseorang itu tahu atau pun tidak, it's does not very important to me. Memerhati tidak memerlukan kita berinteraksi kan?? Kalau mereka tahu pun, what they ever could do? Yeah..memerhati tidak menggangu privacy seseorang apa... Bukan kau jadi mulut kepoh kan???

Sejujurnya, orang yang suka memerhati juga seorang yang suka memendamkan perasaan. Same goes with me but i'm not really kind of.. Sometimes, emosi aku terlepas jugak. Depends on any situation. BUT, mostly are YES. Pathetic kan? One of my friends had said "kau pendiam dan kau pelik and especially when kau bengang and kau suka blah macam tu je". Then, i just said "well, it's that make any difficult to you?". My friend said "no, but you are quite oddish! Haha!"

(-_-) Dia begitu tak memahami. Takpe...

Ok, kadang-kadang, memerhati boleh muhasabahkan diri. Tak percaya? Nanti kau cuba sendiri. Aku tak mahu cerita experience pasal muhasabah nanti orang akan kata, aku seorang PENGKRITIK. No i'm not! Aku juga bukan seorang yang PERFECTIONIST! 

One more thing, ok, this is just my goofy opinion, to me, orang macam aku yang suka memerhati atau dalam bahasa omputehnya 'observation', adalah seorang yang sangat merendah diri, ok, maksud aku bukan humble mulia ke hape, tapi, lack of confidence. Yes! LACK OF CONFIDENCE. Aku tak mampu nak bercakap depan khalayak ramai. Even nak beli nasi kat kantin pun aku malu kalau ramai sangat orang lepas tu cedok nasi dengan lauk cepat-cepat lepas tu blah. Malu dengan diri sendiri. Mesti ada kawan buat TEMAN. Perasaan seperti semua orang pandang aku padahal takde sorang pun tengok kau lah. Duduk dalam class pun duduk terpencil lepas tu sorang-sorang macam tak ada orang nak kawan (aku merujuk kepada class every saturdays yang hanya aku sorang je budak part 3 dan yang lain budak-budak part 2)

Apa? Kerol? He's did stalking me. Hehehe. Dia satu-satunya mamat yang aku langsung tak pernah teringat nak stalking tiba-tiba terus jadi pakwe aku. 

Macam mana sekali pun, be observe or stalking or peep or snoop or what ever, it's still my favorite thing TO DO! 

So watch out! Mana tau lepas ni kau pulak aku skodeng.

Friday, July 22, 2011

Thank Allah

Alhamdulillah...


Tu yang mampu aku ucap bila ada orang yang perasan perubahan aku. Before, approximately on year 2010, i was lost 4kilos (64kilos) in just one month and i couldn't done it. Finally, my weight has increased again! 68kilos BACK... 


(-_-)


Now, i've lost 6kilos in just one month and half. It was my huge achievement to lose weight. My height is 154cm and my average weight must be between 50 - 54 kilos. You know, frame aku besar and sangat tak sesuai kalau berat 43 - 47kilos. Iye, badan aku quite bagung.. So, kau nak cakap apa kan?? 


Aku tak lah exercise sangat and aku tak lah diet sangat. I ate just like before but with small quantity. Aku still makan Kebab Kyros yang besar. Aku still makan mekdi. Aku still makan nasi goreng. Aku still makan nasi lemak. Aku still makan fried chicken pasar malam yang kulit garing. Aku still minum ice blended. Aku still jugak makan lontong goreng. BUT, i just take a SMALL meal and i DID NOT TOUCH any soft drink. 


And the most things that i really satisfied are...Herbalife. Highly efficient! But please be disciplined! Just to remind you, jika kau salah cara pengambilan, your weight will be GAIN and jangan nak mengada-ngada saman orang apesal berat kau naik padahal kau yang salah cara pengambilan untuk diri kau and please make sure you must be monitored by your Herbalife's Consultant. 


Now i'm trying to decreased 4kilos within one month. 


p/s: malu nak letak gambar...

Monday, July 18, 2011

Slightly Bored

Hari ni aku jadi stalker. Tahu stalker tu apa? Stalker tu penghendap. Ok, betul ke aku eja. Bantai sudah. Aku stalking blog orang. Aku stalking facebook Kerol. And aku stalking facebook orang lain.


Kredit: Google Images

Perkara paling penting, assignment. What? Assignment? Tak payah cerita. Langsung tak sentuh hape. Tak ada mood best untuk aku taip journal assignment yang bagus. I have change my mind, update blog. Konon nak buat entry best. Tapi tak boleh lah.. Mata kusyuk tengok Juvana. Konon malas nak tengok tv tapi apa boleh buat, dah syok kat Botak. Harharhar! Gila. Badboy kut. Eh, aku suka budak image badboy hape. Tak caya? Kau tengok Kerol aku sudah.. Kehkehkeh! Eh, tak tak. Awak tak jahat lah Kerol. Awak baik.

Aku baru je balik dari kampung. Balik kampung be a most exciting time for me. Aku suka tidur dalam kereta. Aku suka travel. Aku suka cuci mata. Aku suka tengok rumah kampung. Aku suka jalan belok-belok. Aku suka jalan yang kiri kanan hutan. Aku suka, suka, suka, dan sangat suka! Eh, aku punya suka lah! And paling best, aku suka jalan malam. Sejuk! Fuuuhhh..lena tidoq.

Perkara paling best kat kampung, of course ramai sedara. Everywhere pergi, mesti 'eh, kau sedare aku. eh, kau pun. eh, kau pun sekali sedare ngan aku jugak'. Ramai kenalan. Syok! 

Alright! Dah pukul 10 malam. Sedia untuk aku lelapkan mata, menggerbangkan rambut, menyumbat telinga dengan earphone murah RM10 aku tu dan bersedia untuk pekak besok pagi. Pasal dengar MP3 sampai pagi lah. Eh, kadang-kadang bangun pagi tengok-tengok earphone aku bawah badan, MP3 bawah bantal. Erm, habis bateri! 

Habis leter.

Ok bai! 

Thursday, July 14, 2011

My Cousin's Wedding Day Part 2

Assalamualaikum.

Lately, orang kahwin dah tak kira musim dah. Dulu-dulu, orang nak kahwin semuanya kena tunggu school holiday. School holiday boleh dikira musim orang kahwin la. Sana-sini orang kahwin. Kalau balik kampung tu sepanjang jalan mesti ada orang buat kerja kahwin. Lain lah kalau kau lalu highway memang la tak jumpa orang buat kerja kahwin..memang nak kena lempang la kan sape yang buat kerja kahwin kat tepi highway...hehehe! Kau paham? Kau paham? Kalau paham, bagus. 

Anyway, Selamat Pengantin Baru kepada sepupu aku yang baru je kahwin pada 2 - 3 Julai 2011 kat Linggi, Melaka. Tahniah sebab dah jadi laki orang. Lepas ni jangan lupa bawak jalan kat rumah sedare-sedare ye. 

Here are a few pictures for everyone to enjoiceeee....


Makcik dengan sepupu aku yang baik hati sanggup ambil cuti semata-mata teman aku.




Dag! Dig! Dug! Di dalam dada~~~~ (sila kau nyanyi macam Haiza dangdut)




The Tok Kadi: Ompek campur ompek berapo?? Ha, jawab! Jawab!
The Bride: Errr...nervous la tok!


The Tok Kadi: Ese salam ekau bukan apo..nak jomput kek rumah ese pun ado buek kenduri. Datang yo!
The Groom: Baik atoookkk!


Nampak tak ayah aku pakai baju batik colour orange?? Comelkan?




Nice!


Oh my... It's RED! I like RED!


Last! Aku pun nak gak... Asek gambar orang lain je aku letak... Serious double chin! Kau ada??

Pasni nak kurus lah..