Thursday, April 28, 2011

Ahad Lepas

Assalamualaikum and hello gaaaiiiissss and gerlssssss.

Last sunday, aku sempat tengok match rugby kat TUDM. Bukan aku tak kesah pasal final exam, aku nak chillax je. Banyak lah kau punya chillax. Lempang nak? Ok, tak nak. Kerol yang bawak pergi tengok lepas penat dengar aku mengeluh stress (stress ke??) so dia bawak aku pergi tengok rugby. Dia tak main for that day, dengan sukacita dia bawak aku. Kerol jarang bawak aku pergi padang kalau dia yang main. Dia kata dia maluuu! Haish haish haish...

There you go..pictures!

Tak banyak..siket je. Lepas tu bateri camera aku mampos.

Jumpa Rashid Salleh. Woah! Aku minat dia kut. Since muka dia macam budak-budak. Now, sikit tembam. He came to cover for Astro Arena. Erm, yeah, Nadi Arena.
 

  Sampai hujan lebat terus. Menyesal tak bawak payung..
 Gasak kau! Hempap kau!
 Cobra vs RAMD. Of course la Cobra menang...heh!
Gambar Rashid Salleh dari jauh je.. :( Dia lalu kat depan terus tergamam malu nak minta photoshoot dengan dia.

Tu je kut.. Maleh nak tulis panjang-panjang. Kiro macam quick entry lah.

p/s: FINAL EXAM!


Wednesday, April 20, 2011

My Sister's Wedding

Assalamualaikum guys and girlssss..

Well, i've promised nak tunjuk gambar-gambar wedding kakak aku kan..
So, there you go! Tapi sikit je lah... By the way, masa nak balik Johor, wait, sekarang kalau nak pergi ke selatan kena naik Terminal Bersepadu Selatan kan? Erm, tempat memang cantik. Macam airport. Tapi jauh siket kena jalan dari LRT ke TBS. Mula-mula pergi memang menganga la pasal tak reti lalu celah mana.. Sekarang kalau pergi lagi tak ada hal. Gua jalan confirm straight sampai kaunter tiket. Hahaha.. Ok, tipu! Tempat memang besar. Sesat jugak kalau kau nak pergi carik jamban. :)


 

  
 
Kerol saya..
 
 
 
 
 
  
  
 
Last gambar tu sebenarnya dalam bus. Saja kepoh-kepoh amek gambar dalam bus. Jakun!

Now, gambar ketika berlangsungnya majlis wedding kakak aku...

Jeng jeng!!

Ok, tak surprise..



Kena paksa duduk atas pelamin. Nasib baik Kerol i sporting.. Muka i je tak sporting. Malu kut derrr... Hakhakhak! 


Antara perempuan-perempuan kesayangan gua








Sekian, terima kasih


p/s: lately malas nak taip. tengok gambar aje ea.. enjoice!!

Monday, April 18, 2011

Sing That Song

Aku suka dengar lagu. Semua orang pun mesti suka dengar lagu jugak kan?? Tipulah kalau tak ada orang tak suka dengar lagu. Kalau ada pun sape.. Ha sape? sape? Meh habaq kat aku. Kalau hang kata hang tak suka dengaq lagu tu hang memang pembongak. Eh, apesal cakap utara tetiba last bunyi nogori sombilan nih??


Saya suka dengar lagu lama. Ceh 'saya'..sopan pulak. Orang kata lagu lama-lama ni lagu jiwang. A'ah. memang lagu jiwang sentimental karat habis. Memang tak matching la dengan aku. Ada aku kesah? Haha. Lagu macam ni kalau nak tidur malam memang layan la.. Silap-silap buleh nangeh. Kadang-kadang lagu slow boleh melolapkan mato aih. Sodap..dongar-dongar bangun pagi telingo pokak dek sumbat dengan ear-phone.


Ok ok. Stop talking bunyi macam orang Kuala Pilah. Sobonar aih.. eh, ok. Sebenarnya, aku nak bagitau, aku suka lagu lama macam lagu band dari djaman 90's. Itu aje..besides, aku suka dengar lagu Gelora Jiwa by P.Ramlee yang diinstall balik jadi moden sikit by Yuna. 

Yuna.


Yes, Yuna. Siapa tak kenal Yuna. Aku kenal Yuna (bukan kenal baik bila jumpa laga pipi. Bukan eh..bukan) since around 2006 - 2007. Masa tu aku dengar EP Yuna through my good friend yang memang kaki jimba kat gig. Anyway, tak sangka lepas tu dia meletop-letop pada 2009 dengan single "Dan Sebenarnya".

Ohh..lagu tu buat aku terkenang masa umur aku 19 tahun. Haha! Sekarang dah tua ok. DAH TUA. Masa dengar single tu aku tak ada dengar bunyi dram ke apa ke..just gitar. You know, GITAR. Lepas tu dengar suara orang cakap-cakap. Nampak benor recording nya biasa je. Lepas tu, barulah single tu dibuat dengan baik and famous kat radio.


Kredit: Google Images

Aku saja cari gambar Yuna pakai tudung bawal. Erm, by the way, aku malas nak tulis panjang-panjang. Tapi, kalau you guys and you girls suka, dengar le lagu Gelora Jiwa by Yuna. Memang jazz!!

Thursday, April 7, 2011

Hari Ini Hari Khamis

Assalamualaikum and hello friends..

I felt so tired this week. I tell u what, i have my greatest sleep record today. Aku tidoq pukul 12.15 tengahari and sedar bila Kak Sha bukak pintu bilik stor yang kitorang buat bilik solat pasal malas nak pi surau kat tingkat 8 pasal kitorang malas naik turun lif. Yakni pukul 2.25 petang. Dalam bilik tu seriously sejuk, nyaman, dingin, aman, damai, sunyi, gelap, selesa. Aku tidoq mati woi! 


Pasal siang tadi aku puasa. Letih sebab semalam aku sampai rumah pukul 11.00pm pasal habis kelas pukul 10.15pm lepas tu terus sahur, malas nak bangun pagi lagi. Hurm, penat aku Allah yang tahu. Bawak kereta serious macam orang mabuk. Lepas tu bila mengantuk mula lah kau nak bawak laju-laju. Aku pakai Kancil je tapi semalam mengantuk punye pasai, aku hantam 110km/j kat Federal Highway. Borgogar keto den. Siap bunyi angin kat tepi pintu keto. Pintu keto Kancil bukan kodap bunyi pon. Yo la, keto Kancil jo. Paling laju pun 80km/j jo. 850cc kut.. Laju mana der. Bila laju, of course kena lalu lane kanan kan? Keto semuo keto godang. BMW, Mercedes, Waja, Mazda, Perdana, Wira, Mitsubishi, Toyota, Nissan, Harrier, last sekali eh, Kancil?!


Laju eh..orang tak marah den dok lane kanan. Bukan lombab bawak pun. Lain lah kalo aku bawak 60km/j pastu dok lane kanan. Memang kono sondol la. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Mengantuk-mengantuk den pun bilo sahur habeh plak murtabak 2 keping. Hahaha!! Punya lapaq, kebuluq woi.


Alhamdulillah, sekarang aku cuba jaga solat. Aku tak nak tertinggal satu waktu pun. Dulu aku selalu sakit kepala, selalu panic, selalu stressed, selalu nak marah, selalu nak menengking, selalu mood tak baik, sekarang rasa lain plak. Rasa lebih baik. Much better. Tapi, aku ada terlajak buat satu dosa. Semoga aku diampunkan Allah. 


Banyak difference. Antaranya:
1- I feel sooo calm
2- Aku jarang headache
3- Marah tu ada la jugak. Dah kurang sket kut
4- Kaki aku bersih. Tapak kaki bersih. Sebab setiap hari ambil wuduk basuh kaki
5- Jarang mengantuk siang. Kadang-kadang sleepy jugak
6- Aku rasa Allah semakin mendengar aku. Maybe sebelum ni aku jarang berdoa


Semoga akhlak baik yang satu ni kekal sampai mati. Amin!


Orait! Esok aku nak start buat the last resort punya assignment. By the way, aku exam 23rd, 25th, and 30th April lepas tu hiphip! Hoorayyyy! Bebas den. Lepas pikir next sem pulak.


p/s: tengah berkira-kira nak amek berapa paper sem depan

Wednesday, April 6, 2011

Sorry

Assalamualaikum and hello guys and hello girls..

People, i would like to say APOLOGIZE because i still haven't uploaded any photos about my sister's wedding and those activity that i'd did during my cuti sempena kakak kahwin kat kampung, here. Why do i still haven't do that?

First, i doesn't know a simpliest thing and people would think "oh, stupid-nye kau tak reti buat ni" which aku tak reti installed cd for camera aku kat laptop! Kalau nak cucuk USB camera, kena installed dia punye installer disk kan?? Ok, aku tak tau and i scared if tiba-tiba laptop aku hang or stuck or corrupt or gagagagag...!!

Ok, dah hilang gagap.

Second, i don't have yet a card reader. And, i doesn't know which mine is small one or the big one. So yeah, aku difahamkan ada dua jenis memory card which is yang kecik or yang besaaaarrr and aku tak tau aku punya yang kecik or yang besaaaarrrr..

-___-

So, i need someone who very helpful to help me macam mana nak adjust benda alah ni.

Halahai..buta IT betol. But, i've own blog and facebook even an email! 

Sebenarnya, aku tak lah really really buta IT tapi the actual thing is aku really really buta computer network. Aku tak reti installed printer, tak reti setup computer, tak reti etc etc. Aku tau pakai, guna, godek. Ok, tu aje.

Well, today i've been so busy. Hoo wait, kau tipu. Kau sempat update blog so kau memang not so-called very busy lah kan. By the way, aku ada listening exam petang karang and i need digging my ear! Bagi clear sket dengar tuh. Banyak noo taik telinga kuning-kuning.

Wish me luck! Bye