Friday, December 23, 2011

Meet My Nephew, Eddin :)

Welcome to the world... :)

Name: Muhammad Luthfi Eddin bin Mohd. Hairul Anuar
Age: 2 weeks
Date of Birth: 9 Disember 2011 (Jumaat) 12.02pm
Mother: Ezuanyryna binti Wahab
Place of Birth: Hospital Batu Pahat, Johor.

Saturday, November 26, 2011

Langkawi Island

Assalamualaikum..

Pulau Langkawi. Last aku jejak Pulau Langkawi, tahun 2005. Masa tu arwah emak ada lagi. Baru habis sekolah and pergi holiday ke Langkawi as my rewarded lepas habis SPM besides ayah ada meeting KOOP kat sana. Tahun ni baru aku ada chance jejak semula ke Pulau Langkawi selepas 5 tahun tak pergi situ lagi dah. Haiyoo..

Dari Puduraya ke Kuala Perlis almost makan masa 7 jam. Nasib baik bus cantik and seat luas giler plus boleh pusing-pusing atas seat macam pusing atas katil. Ok, tu tipulah. Memang selesa. Pandai Kerol pilih bus. Gerak dari KL pukul 12.00am and sampai ke Kuala Perlis lebih kurang pukul 6.50am. Turun bus terus jalan laju-laju pergi kaunter ferry and unfortunately, kitorang tak dapat kejar ferry pukul 7.00am sebab dah tutup gate. Then, kitorang decided ambil ferry pukul 8.15am je. Besides, boleh breakfast jap.

Dah siap beli tiket terus cari kedai nak breakfast. Order roti telur + roti sardin + 2 milo suam + 1 air suam = RM7.00. Boleh lah.. Tak payah gosok gigi terus lahap makan. Lagipun, time-time macam ni mana kau sempat pikir nak gosok gigi ke hape kan? Belasah je!

 
Time pokai hisap Malboro. Time kaya hisap Dunhill. Rokok tu Kerol punya ea.

Aku bantai tidoq lagi dalam ferry. Akhirnya sampai jeti Langkawi around 9.30am. Ibu Kerol dah siap tunggu kitorang kat sana. Habis salam semua orang terus ibu Kerol kata 'pergi Pekan Kuah jom. Kita jalan'. Mak aih..kitorang dah lah tak mandi lagi. Mulut pun dah start bau taik gigi campur kari. Ikut je lah.. Tengahari baru dapat balik untuk bersihkan diri. Well, kitorang stayed kat homestay area Padang Mat Sirat. Nice house anyway! Pukul 3.00pm macam tu kitorang keluar jalan-jalan lagi and this time, kitorang pergi naik Skycab!! Excited mami nok...


Telaga Harbour Marina, Langkawi.

Jauh jugak lah nak ke Oriental Villages. Finally sampai jugak. Nak naik Skycab kena masuk Oriental Villages. Fortunately tak ramai orang naik Skycab hari tu. Ini tempat macam ana yang punya lah! Hahaha! Cuba kau tengok gambar tasik kat bawah ni. Tak ramai pun. Kalau ramai, mesti penuh Swan Boats kat tasik nihh..


Kaunter pun tak ramai orang

Well..malas nak story banyak-banyak. Enjoice the views!! :)


Mesti kau tak percaya kan ni air terjun??




Bajet macam heroin Titanic arr..puihh! Haha!


 
Ambil gambar sebelum ke tengah-tengah jambatan. Gayat kut derr..



Bukan selalu aku posing kan??? Erm.. Kaki pendek!

Turun dari Skycab, Kerol excited nak pergi bagi rusa makan. Masuk RM1 je.. First, aku try nak feed rusa ni and suddenly aku rasa macam geli lak bila lidah rusa jilat-jilat tapak tangan. Terus give up tak nak bagi feed and pass makanan rusa tu kat Kerol. Yucksss! Berair kut..

'Come to papa!'

Tujuan sebenar ke sana hanya untuk attended wedding kawan Kerol. Dapat bini orang Langkawi. Haihhh..untung lah.. Tiap-tiap bulan pergi Langkawi.


Taniah Ida and yeah, Kerol jadi pengapit.

Seronok gila dapat holiday. Hilang tensen mami nok. Besides, dapat kenal lagi rapat dengan family Kerol. Diorang memang sporting and selalu buat aku rasa comfortable and tak kekok. Here, last picture of Langkawi Island episode from me for this entry.

 Love! Ok fine..pipi aku tembam.. So?!


p/s: next time pergi tempat lain pulak..

Friday, November 11, 2011

Merely Issue: Masak

Aku kena start masak. I mean, aku kena start belajar masak. Masak apa saja. Masak lauk simple, sampai lauk yang tak simple. Ok, apa lauk tak simple tu?? Never mind! Yang penting, aku kena belajar masak. Sebab..bakal laki aku kuat makan. Well, Kerol lah. Dia kuat makan.

Story about masak. Apa yang aku reti masak? Well, bila tanya kat semua orang of course orang akan answered 'masak air' dengan 'masak maggie' right? Same goes with me. Masak air. Masak maggie. Cuma aku ada extra pandai lah dari 'masak air' and 'masak maggie'. Masak nasi goreng. Yeah, nasi goreng. Disamping goreng telur dan goreng daging burger Ayamas.

Dah nak kahwin, baru terhegeh-hegeh nak belajar masak. Pada aku, masak tu macam leceh. Nak kena sediakan bahan. Nak siap bahan pulak, kena kupas tu, kopek ni, potong tu, hiris ni. Erm..malas? Ye kut. Entah lah.. Arwah emak aku dulu rajin sangat masak. Siap boleh buat cakes, muffin.. Sometimes, menyesal jugak tak sempat belajar dengan dia. Nasib baik recipe arwah emak ada lagi.

Kerol bakal dapat kakak ipar. Abang dia ada marka.. Hikhikhik. Baguih apa. 2 years more young than me and Kerol. Kerol cerita, Raya Haji lepas abang dia bawak girlfriend datang rumah jumpa ibu. Siap bawak nasi baryani. Masak sendiri tau! Ibu siap puji 'sedap....!' Ibu puji dia cantik, tinggi, putih, and so on.

Oh, sentap! Aku tak pandai masak. Aku tak lawa. Aku apa pun tak reti. Yang aku tau..pergi kerja, balik kerja, pergi kelas, balik kelas, buat homework, belajar, tengok telly. Urusan yang cenderung untuk pengurusan rumah tangga, ilek. Tak ada. Erm, siapa tak sentap woi.. Hahaha. Kelakar kau eka jealous apa ngko! Kehkehkeh.

Ibu Kerol ada pelawa datang rumah time weekends belajar masak dengan dia. Tapi aku tak datang pun. Bukan tak sudi nak datang, sometimes aku terfikir takut ibu dia penat sebab ibu dia bekerja macam kita jugak. Besides, aku sibuk dengan kelas. Assignment. Discussion. Mana sempat. Aku tau..ibu dia mesti merajuk. Sorry bu..

Bila ibu dia puji marka abang Kerol pandai masak, Kerol kata kat aku sendiri, 'bila lah awek aku nak buat macam ni..'. Aduyai.. Sayu pulak hati hoi..! Honestly, almost 6 years kitorang berkawan, aku jarang kirim makanan untuk keluarga dia. Mungkin, emak dah tak ada. So, tak ada siapa nak tolong ajarkan aku jadi perempuan suri rumah untuk ambil hati bakal keluarga mertua...

Well, aku ada mintak ayah aku ushar-ushar oven baru. Suddenly, aku macam nak try buat bake. Tak kisah lah bake apa. Bread puding ke.. Makaroni bakar ke.. Apa-apa yang bake. Pasal aku tengok kat satu buku recipe pasal bake tiba-tiba 'eh, macam best jek!' 

Erm, Kerol, insya-Allah. Saya akan belajar masak. Jangan risau. Bila dah berumah tangga, satu kewajipan bagi saya untuk menjaga makan dan minum sekeluarga. Honestly, i'm not perfect. I'm not good at housework.


p/s: Aku ada terushar buku '365 resipi' kat rumah kakak aku. Eh, macam best jek!

Saturday, November 5, 2011

Aidil Adha 1432 Hijrah

Assalamualaikum.. :)

Salam Aidiladha 1432 Hijrah. Semoga dapat ditemukan lagi tahun depan. Insya-Allah..



p/s: picture asal from Google and aku buat editing sket terus claimed ini gambar aku yang punyaaa... Hahaha!

Sunday, October 30, 2011

Agong Cup 2011 - Final For Plate Category (Polytechnic Shah Alam)

Assalamualaikum! :)

Final day for Agong Cup 2011 dah pun berlangsung kat Politeknik Shah Alam Sabtu lepas, 29 Oktober 2011. Kelantan menang tahun ni. Cup jadi milik diorang. Congratulations Kelantan! Unfortunately for me, aku tak sempat tengok game antara Kelantan against Kedah pukul 4.00 petang hari tu. Kerol ajak balik terus sebab dah penat struggle lawan Sabah yang saiz badan 'mak oi, besar badan kau bang!'.

Kuala Lumpur (22) vs Sabah (23), so Sabah had won. Extra 1 point je. That's okay Kuala Lumpur. Next year try lagi. Sabah had two player import. One from New Zealand and another one from Fiji. Instead of KL, they had just one, from Fiji. By the way, it's really fun besides you can makes a friends! Secara automatik kau akan friendly dengan orang kini kanan kau bila excited tengok game.

Aku? Berdiri plus menjerit plus tepuk tangan tinggi-tinggi plus ambil gambar plus bla bla bla. Haha! Gua jerit sampai halkum gua rasa macam da kecik je. Er..halkum? Tak tak. Tak ada halkum. Aku perempuan. Sampai ada lah orang sound kitorang suruh diam pasal memekak. Eh pakcik, kalau nak senyap, pergi duduk rumah mayat lah. Kat situ senyap je pakcik! Tak ada orang memekak pun macam kat astaka tepi padang ni.

Dah nama pun tengok game. Haruslah ada cheerleaders bersuara nyaring jerit dari tepi padang. Hayoo.. Pakcik..pakcik..

Final game for plate category had been started on 9.30am, so awal pagi dah kena gerak ke Poli Shah Alam. Aku, Kerol, Cak'n', and Ayie gerak dari rumah aku pukul 8.00am macam tu sebab Kerol lambat fetch. Kira lambat lah sebenarnya. Gua bangun pagi awal gila beb macam nak pi kerja. 6.30am dah bangun. Gua lambat siap pasal gua perempuan and haruslah bersiap lama. Sampai je, tengok-tengok team Sabah dah siap pakai jersey and tengah warm up. Fuhh..padan lah diorang boleh menang.

Sampai tersujud abang ni warm up

Kuala Lumpur team. Tengah warm up jugak.

Kerol tengah pakai kasut sampai gigit-gigit bibir. Payah benar nak ikat tali kasut.

Secretariat Agong Cup 2011





'Kau nak kepala ke ekor?'








Cuba cari 'The Pirates'.

KL dihatiku.

Lepas bergambar. Bersurai dengan gumbira!

Me and Kerol.. Awww..

Walaupun tak menang, semua orang happy tengok game ni. Balik dengan tersenyum-senyum sebab dapat tengok rugby live plus tengok diorang mandi free-free pakai tight depan mata.. Heheh! Congratulations KL!


p/s: As a captain, Kerol has been interviewed by 'Ruck n Roll' from Astro Arena. This programme aired every Thursday at 9.00pm on channel 801. It's all about rugby. Local and international rugby. Don't miss it! :)

Tuesday, October 25, 2011

Agong Cup 2011 (PULAPOL)

Piala Agong 2011 dah pun bermula dari 6 Oktober and final will be held on this saturday, 29 October 2011 sama dengan final Piala Malaysia 2011. As usual, mana semua orang pergi, everybody keep talking about bola. So, rugby just little bit tenggelam dengan kehangatan bola. By the way, rugby is much more fun and really tough. Well, tengok player dah tau tough. Uhuk! Ok, back to topic. On 22 October at Pulapol, Jalan Semarak, ada 2 game berlangsung. KL against Kedah and Kelantan against with PDRM. First game has started on 3.30pm and actually it's delayed sebab kena tunggu ambulance datang baru boleh start game and ambulance datang lambat terus start pun lambat.

Players supposed to came at 1.30pm but we (me, Khairul, and Atu) datang lambat sebab kena pergi  ambil jersey and jemput pendatang asing dari Fiji iaitu Atu kat Bandar Tasik Permaisuri and terus menggelabah kena borak pasal kena speaking and aku dah lah tak berapa nak cerdas dalam English. Around 2.00pm baru sampai Pulapol and GLAD kitorang tak lah lambat sangat sebenarnya.. Ada yang lagi lambat and tak sempat nak warm up terus masuk padang and tak sampai 30 minit kaki dah cramp. Ada yang lambat bawak awek siap ngelak lalu padang takut lecak kot. Aku rilek je redah lecak. Siap main pijak-pijak. Dah tau awek kau pondan tak boleh kena lecak yang pergi bawak jugak kenapa adik oii..

By the way, malas nak cerita panjang. Here's a few picture on that day. 
























p/s: Pic aku tak ada pasal aku lah tukang ambil gambar. Alhamdulillah, semi final game hari ni KL menang and masuk final on this saturday. InsyaAllah, aku turun!! Bukan turun padang. Turun kereta terus duduk tepi padang je. 

Frust sebab tak ada liputan yang baik dari media pasal Agong Cup 2011 and national rugby team. Padahal rugby team more successful than football team walaupun kalah pada Commonwealth Games di India. 

Thursday, October 20, 2011

Matters In Order To The Girls Only

I am a girl. Girls were never far apart in ways of body care. It's natural. Aku bukanlah awek cantik yang rajin belek muka everyday and sometimes jerawat pun naik membiak jugak atas skin muka. By the way, since blog ni aku yang punya so suka hati aku lah kan nak story pasal body care and skin care walau pun aku tahu muka aku tak lah cantik benar kalau nak masuk telly and skin aku tak lah flawless sangat.

Everyday ke office, memang aku selalu pakai makeup. Bukan tebal mak ngah macam artis. NO! Kau bukan Rozita Che Wan. Just fine, light, and very appropriate ke office. Sebelum apply any makeup, you must clean up your face. Please use facial foam. Bukan sabun buku yang buat sabun badan or any liquid body wash. Diulangi, use facial foam! Aku biasa pakai Garnier Light Face Wash. Sangat sesuai untuk skin aku. Well, different people have their different skin.


Lepas clean up muka, lap kering-kering pakai towel mandi. Macam aku, jenis nak cepat. So, tak sempat nak sental toner kat muka and terus skip pakai moisturizer. Usually, I used Garnier Skin Naturals Light Moisturizer. Skin face aku type muka kering. Bukan muka kering aka muka tak malu. Bukan ea! Skin muka aku agak kering and menggelupas. So, product moisturizer from Garnier memang sesuai dengan my skin face. Lepas sapu moisturizer, barulah sapu liquid foundation. Aku guna Silkywhite Lightening Liquid Foundation from Silkygirl. Sapu rata-rata and definitely, segala stains jadah atas muka dengan segera dapat ditutup walaupun tak perfect mana. At least, kurang lah sikit tompok-tompok, eh, bintik-bintik hitam atas muka. Secara tak langsung, muka kau nampak flawless je padahal tipu pakai bedak. Ok, perempuan memang macam tu.



Bila dah habis tenyeh dengan 2 jenis product ni, aku akan camouflage lagi dengan Silkygirl Magic BB Powder Foundation and definitely tepek sendiri and bukan macam iklan ada nyah Chinese tolong sapukan bedak. NO. Lepas tepek bedak rata-rata dan berpuas hati dengan keseluruhan tepekan, pakailah eyeliner untuk mata nampak lagi bosau dan comel. Ok, aku tak comel tapi cuba nak comel. I used Silkygirl Glimmerstick Eyeliner and of course 'Blackie Black'. Aku suka buat line atas mata sahaja. Jarang buat line pada bawah mata. Kalau rajin pakailah eyeshadow. For eyeshadow, aku suka dari brand Bobby Brown. Dia punya dust tak macam Maybelline yang cepat pudar and terabur-terabur bila sapu kat eyelid. However, I do love Maybelline Mascara. Very good for my eyelashes. Eyelashes aku yang kontot dengan instant jadi panjang plus lentik nyah. Untuk pipi nampak lagi comel and pinky, of course lah kena pakai blusher kan. Blusher ni sometimes aku pakai sometimes tak. Kalau rasa nak pipi macam blush-blush, pakailah. Kalau rasa macam nak mintak simpati bos balik awal, tak payah pakai blusher because muka kau definitely pucat and sesuai untuk menyamar sebagai orang demam. For blusher, I used a product from Elianto. Yes, Elianto Blusher Pot. 


Bila muka dah siap tepek segala bagai macam kat atas, lips jangan dilupakan. Takkan dah cantik-cantik, tiba-tiba bibir kau macam bibir vampire haus darah. Tak lawa lah kan. So, jangan lupa tenyeh lipstick and lip gloss. Bagi shine siket. For my lips, aku suka product Silkygirl Moisture Max Lipstick, Silkygirl Moisture Max Lip Gloss, and Elianto Sunscreen Lip Gloss. Yeah..tamak! Pakai banyak-banyak tapi bibir tak sexy pun. 

When you feel so confident with your look, jangan eksyen pulak. Kang tiba-tiba ada lipstick stain kat gigi. Urgh, malu kut. Well, these are a few of my favorite cosmetics products. Ada banyak sebenarnya. Story lebih kang panjang. Ini hanya entry untuk makeup base yang biasa, cepat, and tak banyak cerita nak pakai banyak-banyak. Aku tak suka makeup tebal and jarang ber'makeup' tebal. Rimas. In addition, aku tak pandai pakai fake eyelashes and this is so true. Aku ngeri kena gam dia. Aku akan pakai makeup tebal siket bila pergi dates, wedding invitation, dinner, and so on.

p/s: Berjaya cari images yang definitely similar with mine. Yeay! Ok, terasa macam mak andam pulak bagi tip-tip macam ni. Eh, ni tips ke?