Tuesday, May 25, 2010

Nauseating My Feeling



Hari ni lunch sorang-sorang. Sob.. Sob.. Tapi rupa saya ketika sobbing tak lah macam kat atas ni. Sesungguhnya, saya tidak lah berbulu di dagu, tidak ada apple adam, hatta 'asam boy' pun memang saya tak ada seperti gambarajah di atas. Indeed, i'm a girl. Truly girl! Hohoho.

Saya beli nasi goreng paprik untuk lunch tengah hari. What? Nasi Goreng Paprik?? Kau kata kau tak nak makan lagi nasi bergoreng?? Dah lah bergoreng, berpaprik lagi! Semua ini salah dia sebab makan nasi goreng paprik depan saya semalam. Terus saya terliur macam ibu mengandung mengidam jajan.

(T_T)

Tak apa. Hari ni jek..

Hari ni saya lunch sambil tengok video klip Shahir AF8. Wuhu~! Ok, tinggalkan dulu Shahir AF8 sebentar. Saya makan sorang-sorang. Usually, ada orang teman. Makan sama-sama, jalan sama-sama.. (Halah! Dalam sebulan je lah, gehmok. Kecoh betul) Muak tak kau dengan statement aku? Huhuhu.

Yee. Petang ni ada pasar malam. Boleh ajak ayah pergi pasar malam. Nak beli roti john brother john. Eh eh, aku tak tipu la. Memang nama gerai tu 'Roti John Brother John'. Ingat aku tipu eh? Ok, memang aku selalu buat-buat tipu, tapi kali ni saya tak tipu. Roti john brother john tu sedap giler. Tiap-tiap minggu pergi beli. Dah addict macam addict jajan jagung.

Sedap..

Oh, great! Pagi tadi ada morning assembly. Yeah, masih tak terlewat lagi nak sambut Hari Ibu. Ada puisi, ada cerita hadis, ada lagu. It's all about mom. Saya yang sudah tidak mempunyai ibu, ... (terasa dalam hati). Saya menangis. Air mata saya yang selalu gugur time kena usik, gugur lagi bila dengar puisi dengan cerita hadis tu. Orang tak nampak kut. (nasib baik dalam dewan tu gelap. lampu ditutup) Tapi tiba-tiba ada orang snap gambar saya tengah kesat mata. Hampass betol! Aku tak nampak plak siapa gerangan yang gatal snap muka aku tuh. Kalau nampak, siap kau! Hohoho.

Everyone dapat flower. Kecuali bapak-bapak. Hehehe! Hari Bapa belum tiba ye. Lagi 3 weeks kita akan sambut. Harap bersabar okay. Saya pun dapat bunga jugak. Dapat colour purple. Pastu tukar kat Kak Lela, nak colour merah jugak. Hohoho!


eyka longan: "Dan kau akan memanggil malaikat itu... Ibu..."

Rugby is The Best Game For You

Shahir AF8! Kau dah buat aku suke star AF plak. Adu! Dimana prinsip aku untuk tidak menyukai AF selama ini? Hohoho! Yeah, i love Shahir AF8. He's my first AF's star who i love to. Addict giler dengar lagu kau, Shahir.

Ok, kembali kepada tujuan utama.

Untuk sebulan ni, tak dapat jumpa Kerol. Ho~ dia dah start masuk Kem SUKMA. (T_T) Tak apa eyka, nanti dia balik, ok. Jangan gedik! Kau gedik aku benci. Hahaha! These a few pictures of Mohd Khairul bin Fakri. Sedang bermain-main rugby (beritahu seperti dia sedang bermain tenteng. hohoho!)


Kerol: Hoi si pemakai gigi pelesu! Bak balik bola aku!
Si Pemakai Gigi Pelesu: Tak nak, tak nak!! Wek! Wek! Kau amek, aku petuk kau dengan gigi aku.. Hahaha!



Kerol: Hoi rambut megi! Berani amek ar bola aku! Hahaha.
Si Rambut Megi: What? U insulting my hair. How dare you!

Sorry sayangku. Daku hanya bergurau. Hohoho! Pictures ni saya kredit dari sini. 

Saya tunggu awak balik. Jangan surprise kalau saya buat gila datang Melaka, ok?

(^_^)

Friday, May 21, 2010

Makan, Makan, dan Makan Lagi


Kenduri terhebat!

Woah, bunyi macam ada fun fair sekali. Hohoho! Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Juga, hari terhebat untuk moment ini. Di mana, ada..

...Nasi Lemak...

...Buah betik, buah kegemaran saya...

...Kuey Tiaw..

...Rojak...

Semuanya makanan. It's all about food! Yummy.. (memang kuat makan betul la kau eyka) Dari jam 8.30 pagi sampai 12.00 tengah hari, saya terpaksa tahan nafsu akibat mereka masak nasi lemak kat pantry. Hohoho! Harum siot.. Tak tahan betul bau santan campur bau nasi tanak. Woawoawoa! Taip surat pun salah-salah taip tulis 'nasi lemak bau kau sedap'. Hahaha!


Buah betik, buah pelawas buang air besar.
Sebab tu saya suka makan. So, tak lah sembelit lepas makan nasi lemak. Hohoho!



Tangan gebu berjam biru tu tangan saya.
Tangan bercincin nikah tu tangan Kak Sha.


Mandor dapur.
(Kau tengok, garang tak muka dia dengan misai lentik tak jadi tu?)


Telur dah jarang-jarang dah.


Kak Biah, ekau takdo kojo yo? Suka ambil gambar *tuut* orang?
Hohoho!


Acik ni memang suko posing. Tak yah di suruh. Hoho!



Tokei kek: Haha! Aku makan ni, kau makan tu. Kau tak ada..
*Gemuk tak acik baju biru kat belakang tu? Hehehe.


Sedap jugak nasi lemak Wak Salim. Saya makan 3 ulas buah betik + 2 pinggan comel nasi lemak + 3 sudu kuey tiaw = tak tahu esok boleh berak ke tak. Hohohoh!

*end*

Wednesday, May 19, 2010

Best Words

Merangkak tapi sampai
Lebih baik daripada berlari tapi berhenti di tengah jalan

Fikir dan renungkan...

Jangan pandang saya sebelah mata..

Tuesday, May 18, 2010

Aku Benci Lelaki Kutuk Isteri

Pagi-pagi saya dengar topik pagi Era.

"Perempuan selepas kahwin selekeh?"

Memang kenyataan ni fakta, tapi bukan ke berbunyi macam diskriminasi habis?

Perempuan selepas berkahwin memang lah selekeh. Tak sempat nak melawa anak dah start tarik tudung emak sebab tak dapat nenen. Senget dah tudung mak tu. Dah buruk. Tak sempat melawa dah kena masak kejap laki balik kerja nak makan. Dah comot. Hah? Macam mana tuh..

Lagi sinis, sorang caller cerita yang bininya ni sebelum kahwin tersangatlah lawa. Bila dah kahwin, dia kata bini dia selekeh habis. Siap kata bini dia lagi buruk dari cekodok yang bini dia buat pagi tadi sebelum bini nak pergi kerja.

Tengok! Tak bersyukurnya kau. Dahlah bini kau masak, buat sarapan untuk kau, kau boleh complaint macam tu pulak. Kat radio! Semalaya dengar. Tak malu ke kau ni? Bini kau yang buruk dari cekodok tu lah yang bagi kau anak, jaga anak kau, jaga makan minum kau, jaga pakai kau.

How's about men? Kenapa tak nak buat research atau topik pasal...

"Lelaki boroi, botak, buncit, tak ada gigi selepas kahwin?"

Haa.. Buatlah! Kalau buat, pepagi aku jadi caller pertama. Hahaha! Dah lah boroi, botak, buncit, tak ada gigi, boleh pulak nak claimed perempuan selekeh lepas kahwin. Tak tengok cermin ke sang suami hoi?


Kau tengok, perut laki sama tinggi dengan perut bini dia yang tengah mengandung tuh


Lelaki yang bergelar suami, hargai pengorbanan isteri anda. Walaupun saya belum berumah tangga, tapi saya boleh menilai baik buruk berumah tangga. Jangan cakap bini anda selekeh, sebaliknya bagi sokongan, tahu?!

Monday, May 17, 2010

Random

En. Gigi, bila kamu nak rapat nihh? Saya dah tak betah lagi nak pakai pendakap gigi yang hodoh lagi menyakitkan ni.
(-_-")

Saya nampak ganjil

Saya nampak pelik

Saya nampak aneh

Eh eh, bukan sama ke maksudnya sama ke? Tengok! Pengulangan ayat. Nampak sangat kau mengantuk lagi soyong eyka.

Merungut pasal gigi sambil berasa mengantuk.

Satu tabiat saya paling pelik, time shopping saya boleh menguap dan berasa mengantuk. Ok, kau teruk eyka. Memang teruk punya buruk mata. Usually, bila saya teman kakak saya shopping. Kalau kirai kain baju dalam bin shopping tu lama giler. Ok, itu yang pertama-tama. Yang kedua-dua, bila saya teman mothers shopping. Fuh! Tengok barang anak pun dah sejam. Hohoho

Saya yang masih dara dan belum berkahwin rasa macam pelik dan terfikir...

"Oh, bila aku dah ade anak boleh jadi macam ni agaknya kut.."

Tihehehe!


Kak Lala mengirai baju pilihan hati

Time ni penuh sesak giler. Tersenggol-senggol bontot. Aku sorang je tak pilih apa-apa (yelah, aku mana kahwin lagi)
 

Kak Lala: Eyka! Cantik tak? Cantik tak?
Saya: Kak..muncung dengan hidung kau jaga siket..


Kak Biah pilih baju Danisha.


Ekau tengok. Orang Labu kodokut. Hahahah! Siap kiro pinjam kalkulator promoter.
Takut tolobeh bajet. Pastu kena ambek balik dengan promoter india tuh
Ekekek!


Sumbat makcik.. Jangan tak sumbat.. Beg plastik kosong lagi tuh.
Boleh masuk baju abahnya.. Hohoho!

Saya sorang je tak beli apa-apa. Nak beli untuk anak? Tak kahwin lagi.. Nak beli untuk anak buah? Kakak pun tak kahwin lagi. Nantilah. Tunggu kakak aku 'berbuah' dulu baru boleh belikan untuk anak buah. Hohoho!

So, dari cerita gigi boleh berakhir dengan cerita shopping mereka berdua. Hahaha! Tengok, kan aku dah kata. Aku memang pandai bukak cerita.

(^_^")

Sunday, May 16, 2010

Syukran Jaazilan Ya Ustazah/Ustaz/Cikgu

Oh, bagus..

Lupa yang hari ini, Hari Guru. Selamat Hari Cikgu, cikgu!
Seronok jadi cikgu (agaknya). Sebab apa saya kata seronok? Sebab bila tiba Hari Guru, confirm dapat banyak present anak murid bagi. Woah! Contoh, tengok kakak aku je. Setiap tahun, bulan Mei, confirm bawak balik present satu beg plastik besar macam karung Pakcik Santa! Awawaww

Macam-macam ada..

Ada yang bagi notepad, frame, diary, yang bentuk ala-ala cute sebab yang bagi pun kanak-kanak riang, and macam-macam lagilah. Kat bilik penuh dengan benda-benda tu je. Sampai kakak saya kena agih kepada cucu orang sebelah. Hohoho! 

Kat sekolah dulu, saya tak popular. Baik dikalangan cikgu mahupun anak murid! Hohoho. Tengok, sedih kau! Kalau bertembung lagi dengan cikgu-cikgu saya, confirm diorang tak ingat saya siapa. (-_-") Dulu kurus, sekarang..eh eh, gemuknya anak murid aku ni.

Saya kurang bijak dalam subjek Bahasa Melayu. Rumusan saya pernah dapat 3 per 30. Heh, sedih. Cikgu Jamil (cikgu BM) cakap, rumusan saya tu macam karangan budak tadika. Hahahah! "Pembuatan coklat di Malaysia ibarat coklat jatuh ke dalam gandum dan poof, jadilah coco crunch!" Hohohoho! Masa tu kena buat rumusan cerita industri koko di Malaysia. Tiba-tiba pulak idea coco crunch datang. Cikgu Jamil siap hebah dalam kelas Bengkel Bahasa Melayu! Sejak tu, Cikgu Jamil pandang aku sebelah mata pun tak. Dapat anak murid bengap sokmo.

Tiba hari ambil result SPM, Cikgu Jamil cakap tahniah. Eh eh, apesal pulak nih? Oh, BM aku sungguh cemerlang. Hohoho! Ajaib..ajaib. Salah slip kot. Eh eh, taklah. Memang slip SPM kau. Hehehe! Tu la cikgu, selalu pandang saya takde mata, haha..

Huh~ what a great memories..

Dah lama tak jumpa Cikgu Jamil. Apalah kisah dia yek? 

Well..

Selamat Hari Guru Cikgu Jamil!

Terima kasih atas hinaan coco crunch ku itu.

Sekarang, saya berjaya menulis dalam BM dengan baik. Hohoho!

Juga kepada ayong, Selamat Hari Guru! Moga dapat hadiah banyak lagi tahun ni. Boleh nanti aku paow satu.

Juga kepada guru-guru di Malaysia.

...SELAMAT HARI GURU...

Thursday, May 13, 2010

Ku Tahu Niatmu Suci. Tapi Siapa Kamu Tu?

Hari yang sunyi sepi sambil buka facebook. Eh eh, ada orang send friend request la. Siapa la yang bertuah tu. Then i clicked, oh.. 'Wak Kasdu FC'.

Woah! Siapa pulak yang buka account facebook pasal yayi dengan nyayi aku nihh? Takkan diorang bukak facebook dalam kubur kut. Ahahahah! (Berdosanya aku...) Joke okey..joke! Saya senyum sorang-sorang. Kelakar betul. Siapalah gerangan yang rajin benor buat account facebook family Kasdu..

Tujuan utama adalah untuk menyatu-padukan, meramaikan, mengeratkan ikatan silaturrahim antara generasi Wak Kasdu. Boleh tahan.. Paling best, gerangan tuan WKFC ni suggest nak buat gathering sesama kitorang. Woah! Part paling menarik. Saya suka part jimba-jimba nihh. Hahaha. Besides, nanti boleh kenal sedara. Andai terlanggar bontot, tak ada lah nak bergaduh. Betul tak?

Teringat zaman kecik-kecik dulu, ketika zaman masing-masing muka muda belia. Especially time raya. The greatest moment that i've never had. Best betul. Main bunga api. Pastu kejung, takut tengok batang bunga api tu pendek sebab terbakar. Nak-nak aku lah! Silly girl.. Masa tu meriah giler kau! Tapi..past is past. Never turn back. Masing-masing dah tua. Kalau dulu, tengah berusia 15 - 20 tahun, sekarang dah beranak 3 - 4, boroi.. Kalau dulu, tengah berusia 4 - 12 tahun, sekarang ada yang tengah tunggu orang meminang, ada jugak yang baru kahwin..

Yang tinggal Chucky sorang je. Hehehe! Tak merasa lah kau Chucky ooi..

(^_^)

Berbalik kepada WKFC. Siapa owner account ni? Betul ke dia ni berasal dari keluarga Kasdu? Kalau betul dari keluarga Kasdu, siapa dia ni? Sepupu ke? Anak sedare ke? Makcik ke? Pakcik ke? Bukan nak eksyen ke apa..tapi betulkah beliau ni dari keturunan yayi aku? Kalau outsider, apa kehendak dia buat macam ni? Memanglah niat murni beliau sangat terpuji, tapi persoalannya siapa beliau nihh? Tengok..persoalan yang aku takkan puas hati. Hahaha!

Well, tengok aje nanti.

Gotcha!

I will get u manggg..

Wednesday, May 12, 2010

Saya Nak Cuti

Tajuk entry ni bukan untuk rancangan 'Saya Nak Cuti' MAS ye.
Holiday.

Bila last i pergi holiday? Uh oh! 3 tahun lepas. Bulan Mac tahun 2007.  Attend wedding cousin i kat Terengganu. Can you see that..lama gile tak pergi holiday jimba-jimba. Masa tu my mom ada lagi. What a memories..  (^_^)

It was fun! 3 families duduk dalam 1 chalet. Imagine, kami tidur berhimpit-himpit sebab my mom tak expect families lain coming. Hu~ syiok! Barbeque night. Makan nasi goreng yang digoreng dalam rice cooker. Mandi kerbau sebab bilik air satu je. Berebut cermin (buat gadis-gadis). Lagi apa.. Oh, yes. Mandi laut!!! How seronok it is..

Paling best, jalan-jalan kat Pasar Payang. Tengok orang berniaga. Paling best tengok my mom beli barang untuk orang kat KL. Keropok jangan cerita. Rasanya, satu kedai my mom borong. Dia kata nak bagi kat tu lah, kat ni lah, kat dia lah, kat orang tu lah.. Pemurahnya my mom. Semua orang dia ingat..

Lepas my mom pergi, kami bertiga dah tak holiday lagi. Boring my mom tak ada (kata ayah). Yes we are, my mom was everything. Dia tak ada, kami tak reti planned nak pergi holiday. Lagipun, macam tak completed.. Hilang seorang, susah nak ganti. Holiday pun takat balik kampung. Ok jugak lah dari tak pergi mana-mana. 

So, kami memang tak pernah holiday lagi. Ayah kata, ayah nak ajak holiday kat Terengganu bulan Jun ni. Ye ke? Confirm ke? 3 orang je ke? Tak bestnye.. Tak meriah la ayah.. 

Tapi tu planned awal jek.
 
Harap gile dapat holiday lagi dengan sedare-sedare sekalian!

(^_^)

Monday, May 10, 2010

Diet Teruk Habis Musnah, Disaster Tau Nggak?!

Diet saya semakin musnah.

Ye, sangat menyedihkan. Bersusah-payah masuk gym sampai tertonggeng-tonggeng depan treadmill, akhirnya, ini yang kau dapat eyka!

Sungguh mengecewakan!

Mentang-mentanglah kau tengok berat kau tak naik-naik, kau balun semua makanan sesuka hati kau. Lepas tu, bila dah betul-betul naik balik sekarang, baru kau terhegeh-hegeh nak turun balik?

Hampir terlambat, eyka. Tapi tak terlambat lagi. Sebelum berat kau naik asal balik, baik kau turunkan cepattt! Jangan lengah-lengah. Kau lengah sesaat, sekilo badan kau naik. Huh!


Kau tahan tak kalau ayah kau selalu offer makanan begini?

Ha.. Jawab? Jawab? Bila balik kampung, ayah selalu offered MarryBrown. Dia kata kat KL tak ada MarryBrown. Rugi kalau tak makan nanti. Ha! Macam mana? Macam mana aku nak tolak tawaran sebegitu? Cuba bagitahu?

(-_-)

Lemak tepi pinggang hampir tumbuh balik. Lemak kat lengan hampir subur kembali. Lemak kat paha hampir menggesel pedih. Haish.. Sedih dapat badan chubby macam ni. Pakai baju pun tersekat-sekat. Nak-nak tang dada. Awawawaww.

InsyaAllah, hari ni hari terakhir kut nak makan lebih-lebih. Esok, kena start eyka ooii. Tak boleh jadik.

...Selamat Tinggal McD...

...Selamat Tinggal Nasi Goreng Kampung...

...Selamat Tinggal Nasi Goreng Pattaya...

...Selamat Tinggal Wahai pembasuh mulut...

...Selamat Tinggal MarryBrown..

Sehingga ketemu lagi. Agak-agak, bila badan aku boleh kurus untuk makan benda-benda macam ni balik?

Barang untuk Si Ibu di Sibu

Kerja last minute.

Kerja yang selalu menyeksa saya. Tahun ni celebrate Mother's Day peringkat national kat Sibu, Sarawak 8 Mei lepas. Last minute planned! Feh.. Macam nak tercabut anggota badan. Nasib baik pundi kencing aku melekat. Kalau tak, sure tercicir tepi jalan. Tak dapat aku nak kencing. hawhawhaw.

Mission:
1.   Kena cari lotion, bedak, shampoo, sabun mandi untuk letak dalam goodiebags (hanya untuk ibu sahaja)
2.   Kena cari items for kiddies such as colour pencils, notepad, and party's stuff.
3.   Kena cari prizes. Macam hamper. Untuk 1st (RM300), 2nd (RM200), and 3rd (RM100). Hanya bahan mandian yang wangi-wangi je. Kosmetik? Tak mau.

Vision:
Melatih otot kaki dan lengan sambil shopping barang sendiri sekali. Selain itu, mempraktikkan pengetahuan/ilmu melalui jalan-jalan KL, Chow Kit, Masjid India, dan Selayang.

Kekuatan:
Sebanyak 9 kekuatan dikerah
(Pn. Suree, Kak Linda, Kak Sha, Kak Kamariah, Cik Mior, Khai, Wak Salim, Mamu, and last but not least, SAYA)
dan 1 jentera
(Inokom 10 tahun punya. Naik, confirm macam naik bot. awawaww)

Sasaran:
Telah dikenalpasti. Iaitu....
GM Plaza (Chow Kit)
Mydin (Chow Kit, Masjid India, Jalan TAR)
Tesco (Selayang)
Giant (Selayang)
Maju Junction (Jalan TAR)
Sogo (Jalan Raja Laut)


Laporan Kejadian:

...Check Point Pertama...
Start dari office. Naik 2 buah teksi dan terus ke GM Plaza kat Chow Kit. Persekitaran yang menakutkan. First time sampai. Kepoh tengok brooch comel yang beraneka kartun. Rambang mata sampai pening kepala tengok barang borong yang murah gile. Kekuatan ketika ini: hanya 8 orang.


Tengah turun eskalator. Muka mak incek tutup muka Khai.
Kiri: Cik Mior. Tengah: Wak Salim

KPI:
Dapat beli barang untuk kiddies jew.. (-_-") Terpaksa bergerak ke tempat lain.


...Check Point Kedua...
Bergerak ke station seterusnya. KE MYDINNNN Jalan Chow Kit. Jalan kaki sambil terbondong-bondong bawak barang. Macam bibik bawak kain baju. awawawww. Terus cari barang seterusnya. Searching... Searching...

KPI:
Gotcha! dapat. Tapi half ajek?! Hadoi.. Kena gerak lagi.. Berpecah!! Khai, Pn. Suree, dan Kak Linda pergi Maju Junction carik prizes. Kak Sha, Mamu, Wak Salim, Cik Mior, dan saya bergerak ke Mydin Masjid India.


...Check Point Ketiga...
Tiba Mydin Masjid India. Woah! Macam kat Mumbai. Masuk Mydin. Terus serbu tempat sabun-sabun. Stok tak banyak. Dapat separuh jugak. Aku rasa macam nak bagi sabun Daiya jek. Pn. Suree, Khai, dengan Kak Linda (Mak Incek) dah selamat sampai Maju Junction kut sebab on the way nak pergi Mydin tu tiba-tiba hujan pulak. Hohoho! Basahlah korang! Kitorang tak basah, kitorang naik van. Awawaww!


Kak Kamariah dengan Mamu. Yang lain, dok belakanggg!


Masing-masing muka macam jebeng



Barang Safi. Murah sikettt! Awawawww.
Bagi mahal-mahal nanti diorang tak reti pakai. hohoho!

...Check Point Keempat...
Balik office balik. Makan..golek-golek.. And bersiap-siap nak pergi Tesco dengan Giant Selayang plak. Haduu~.. (-_-)

KPI:
Dapat makanan. Tengok je orang packing. Tak larat nak tolong dah. Kaki sakit wohh!


...Check Point Kelima...
Gerak ke Tesco dan Giant Selayang. Dapat ciput. Last-last, rembat je ape yang ada. Short 100 bottles. Nasib la hoy..

Kitorang duduk atas lantai. Siap lunjur-lunjur kaki. Hohoho!

Tak percaya? Hah, nah ambek kau!


Cantik tak kaki? Boleh masuk iklan Veet kan? awawaww.
Bukti yang kitorang duduk atas lantai van, tahu! Boleh baring-baring lagik.

KPI:
Dapat membawa pulang KFC Snack Plate 12 pax. Tengok, aku dah kate, jangan ajak aku pergi tempat-tempat macam ni. Kan dah terbeli KFC! Awawaw.. Balik office. Duduk dalam van separuh jalan jek, separuh jalan lagi, aku dah terbaring sambil peluk KFC. Takut ayam jatuh tergolek-golek nanti.. Hohoho!


Finally, barang-barang tu dibawa ke Sibu. Total costs untuk 33 kotak, RM7,000++. Tercirit aku. Gaji aku 6 bulan setengah tuhh. Takpe, nasib baik yang bawak tu orang banyak duit. Hohoho!! Kepada abang-abang, pakcik-pakcik, terima kasih sebab stay kat office sampai 3 pagi.

(^_^)

Wednesday, May 5, 2010

Kotak, Box, Segi Empat, Rectangle

Man peeking out of box. Don't be like him. Jegil mata. Huduh!

"Luar Kotak"

Blur. Saya tak tahu ape tu fikiran luar kotak. Fikiran luar kotak? Adakah anda kena berfikir di luar kotak kasut? Adakah anda kena berfikir di luar kotak buku matematik? Atau adakah anda kena berfikir di luar kotak 'Double A'?

(^_^")

Tapi itu dulu.. Masa mula-mula masuk arena perancangan.

Boss asyik cakap:

"Kita mesti berfikir di luar kotak"

Ape ke benda 'fikir di luar kotak' tu?

Thinking.. Thinking... Grrr...

Ooh.. Bila dah kena explain dengan otak sendiri baru saya tahu. Fikiran di luar kotak maksudnya berfikir untuk jangka panjang dengan lebih jauh, lebih inovatif, dan boleh diterima pakai. Tapi, saya nak fikir ape? Setakat kerja kerani, nak pikir ape?? Setakat fikir untuk diri sendiri boleh lah. Contohnya, fikir macam mana nak lariskan business tudung ekin kat office masing-masing, fikir business kuih raya, dan fikir macam mana nak jual insurans kat colleagues masing-masing. Hahaha! Default scenario! Macam kat office korang tak pernah ada situation kat atas kut? Awawaww

Usually, orang yang sentiasa berfikir di luar kotak ni, orang high level je.  Jarang kerani atau PAR nak fikir lebih-lebih. Yeah, we are not decision maker. But, you are! We just make it done. Easy right? Dapat gaji dalam RM1,200 above lagi. Dah tu ada panel klinik lagi. Kalau demam, tak payah bayar. Tihehe!!

Kalau selalu sangat fikir kat luar kotak, jangan sampai jadi macam ni yer boss..


Lelaki kiri: Eh eh, kau nak pergi mana?
Lelaki kanan: Yeehaa! Nak tinggalkan kau, kolot. Hahaha!!

Tuesday, May 4, 2010

Happy Mother's Day

"Kini aku, hilang tempat mengadu..
Oh Ibu..
Damailah engkau di sana
Ku taburi bunga mewangi hadiah dari anakmu..
Ibu..."


Hari Ibu bakal tiba ahad ni.

*Sedih*


Hari Ibu tahun 2007, last saya dapat sambut dengan arwah emak saya. Dua tahun sudah pemergian emak saya. Honestly, kasih sayang seorang emak memang tak ada ganti. Sekarang, saya hanya mempunyai seorang ayah. Satu-satunya orang tua yang perlu dijaga hatinya selepas pemergian emak.


Tak ada lagi cheese cake, choclate moist, cupcakes, macarony goreng..

Tak ada lagi bebelan..

Tak ada lagi bunyi masak awal pagi..

Tak ada lagi bunyi mesin jahit...

dan

Tak ada lagi bau emak...

(-_-)

Yang tinggal hanya kenangan...

dan

Kasih sayang...

I miss you, mom..

I love you so much!


Love,
Your daughter who will miss you every second, every minute, and every single day
- eyka -


Just for you, mom..


I love you, mom..




Monday, May 3, 2010

Kantoi? Kantol?

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...


Kantoi by Zee Avi.


I heard for the first time it was just last night. Haha.. Kesian! Maybe semua orang dah dengar dulu. I baru terhegeh-hegeh nak dengar.

Sedap

Merdu

Enak
(ceh ceh..macam tengah buat spect makanan lak)

Creative

Unique

And...

Absolutely...

Cute!

I love you, Zee Avi!

Awawawaww! Suggestion: try dengar Bitter Heart and Honey Bee.

Best!