Wednesday, April 28, 2010

Between Man and Woman

Tak nampak? Kau klik kat gambar nih


"Don't think when i'm quiet means i'm ignoring you. I certainly care about you more than everything.. Yes.. I do"

Ezulaykha like this.

Kenapa saya suka? Men always do. Including Khairul. Ye mok. I know you are smiling. Your wall post jadi topik entry aku kali ni.

Saya tak tahu kenapa guys are like this. Mungkin kerana sifat selamba mereka? Mungkin kerana hormon estrogen mereka? Mungkin kerana adrenalin mereka lebih banyak dari wanita? Atau memang sifat diorang macam tu? I don't have any answer to answered that.

Sometimes, boleh jadi penyebab keruntuhan dalam suatu perhubungan. Si Perempuan suka caring-caring. Yeah, truly like me. Si Lelaki pulak jenis selamba. Erm, boleh jadi salah faham tu. Bila jadi salah faham, mulalah..


Si Perempuan :
You ni tak caring lah. Selalu 'dunno' je ngan i. Macam you tak kisah langsung.

Si Lelaki :
Mana ada! I caring ape. Hari-hari jumpa you. Ok lah. Daripada i langsung tak  jumpa you. Lagi susah.

Si Perempuan : (Soft-spoken. Tak mau orang keliling dengar)
Tengok! Macam tak ikhlas je cakap camtuh. Macam kena paksa jumpa i..

Si Lelaki :
Kalau i tak ikhlas, dah lama i tinggalkan you. Dah lama i carik pompuan lain yg lebih memahami i! Apesal susah sangat nak paham i ni?!

Si Perempuan : (Tercabar, senyap. Tak nak bukak mulut. Nanti jadi lagi worst) At last..
Suka hati you. I tegur, you yang nak marah sangat kenapa...


Si Perempuan pun meleleh air mata. Si Lelaki cakap macam tu of course la Si Perempuan terasa hati. Sedikit sebanyak, situasi kat atas ni pernah jadi kat saya. Dialog diubah ye! Tapi maksudnya tetap sama. Alhamdulillah, Khairul tetap sayangkan saya, tetap melayan saya dengan baik, tetap mengasihi saya macam mula-mula dulu, tetap menjaga saya dengan baik, tetap masih menjadi seorang lelaki yang sangat saya sayangi dan dia tak pernah melukakan perasaan saya tapi saya selalu melukakan perasaan dia. I'm totally worst.. Cuma, sifat selamba derk dia tetap macam tuh. Slowly, saya tengah try nak faham.

Conclusion is, Si Lelaki signal lain dan Si Perempuan pulak faham signal lain. Memang dijadikan sifat Lelaki dan Perempuan tu tak sama. Dijadikan dengan tidak mempunyai sifat yang sama kerana untuk saling melengkapi. Ceh ceh.. cakap macam kau terel benar. awawawww! Kau pun tak perfect eyka..

Saya terima seadanya diri kamu Khairul.

Monday, April 26, 2010

Guiness Ezulaykha's of Records

Record as a woman who driving a cute savvy car directly from Kuala Kangsar back to Kuala Lumpur. Taken by 6 hours. Yesss..pencapaian hidup terbaru. Seumur hidup, ini pertama kali aku dapat singgah Perak. awawaw. Selama ni, hanya tumpang lalu je kalau ke Utara Tanah Air. Paling lama driving pun balik BP je. That's only taken by 3 hours. Tu pun jalan tegak. Tak ada lalu bukit-bukit bagai. Perjalanan pergi memang best pasal aku duduk sebelah driver sambil makan kacang kuda. awawaw. Siap ambil gambar macam "Eh eh, i first time datang Malaysia tau" (-_-")



Yayay! Berjaya sampai kat Simpang Pulai.. (^_^)



Actually, nak ambil gambar Gua Tempurung tu.. Macam kecik pulak.



Hah, nah! Nampak tak?



Masih tak percaya aku dah berjaya sampai Perak?


Weeee....


Eh eh, blackout ke? Taklah..mentol kuning dah habis..


Signboard PLKN though.. Macam nak bagitahu the whole entire world yang aku dah sampai Perakkk!

Then, 10 - 15 minutes, balik ke KL balik. Huii.. lepak wohh. Tak apa. At least, aku dah tahu jalan nak pergi Perak. Yay!!

Thursday, April 22, 2010

Si Teh dan Si Comel Gemuk

Pagi Sabtu yang hening. Depan rumah Khairul. Nak pi joging kat Trek Bukit Belacan. Tunggu dalam kereta. Sarung stokin. Pakai kasut. Siap! Dengar radio sementara tunggu dia mandi. Tak boleh masuk rumah dia. Semua tengah tidur. Kalau aku masuk, orang ingat Khairul 'seludup' awek debab masuk rumah time orang tido pagi-pagi. Tengah best dengar radio, ada 2 ekor kucing kesayangan ibu dengan ayah Khairul terjengul kat tingkap.


Ni namanya Comel


Mula-mula dia duduk sekor-sekor


Lepas tu, ade kucing lain teman dia


Namanya Puteh.. Khairul & The Family call him "Teh". Him sebab kucing nih jantan. Both jantan ok.


Pewitt!! Ade awek lalu..

Masa nih ada sekumpulan kanak-kanak perempuan lalu lepas beli nasi lemak. Diorang kata "eh eh, tu kucing ea?" "woahh..comelnye dia duduk macam tu" "comeyyyyy"


Comel takut dengar bunyi enjin kereta. Bila dengar enjin kereta saya, menyusup dia lari masuk kolong bawah rumah Khairul. Teh pulak, ada 'nandek' kat tengah-tengah dahi. Comel giler! Dua ekor kucing nih jarang ade kat rumah. Kuat merayap. Sama macam dua adik-beradik kat rumah ni jugakk..

Hehehehh

Wednesday, April 21, 2010

Crappy Sappy

Persekitaran kerja yang baik dan selesa boleh  membuatkan anda selesa, yakin, dan tenang nak buat kerja. Ye ke? Ye betol...!! Meja saya penuh dengan decoration. Ia membuatkan nampak lagi comel, kemas, terurus dan teratur. Ok, tipu. Sebenarnya, kat bawah kaki, tepi kerusi, atas PC, tepi PC penuh dengan fail dan kertas-kertas feedback, memo, surat. Benciknye.. Puas sudah aku kemas tapi ada je feedback, memo, surat baru. Huh! Sengaja tak nak ambil gambar selebihnya, nanti korang tak tahu mana satu meja office dengan sarang cik ti. Macam Kak Lala cakap..

"Eei..kalau aku selak fail kat meja kau mesti bertebaran lipas keluar"

Cet, i tak sepengotor itu, tahu. Buktinya..

Hah, nah! Tengok kamu!


Bersih dan kemaskan??

Cermin kecil itu wajib..

Teedy bear = wajib! Semuanya Khairul bagi.

Taklah cantik sangat dan taklah adorable sangat. Tapi sukahati akulah nak buat apa kat desk aku..awawawa. Saya tak mahu ambil gambar secara menyeluruh sebab of course nampak berterabur, semak. Hahah.

Actually, aku tak tahu nak post entry apa.. boleh? Ok, saya letak gambar lagi kay.


Korang pernah ada boss macam ni tak? Tak pernah kannn..

Gambar sekian di atas, gambar bekas boss saya. Now, she's director of LPPKN Selangor. Tata Kak Rin! Gambar ni captured couple years ago. Heh. Baru nak letak.



Saya dan Khairul

Ok, ni lah gambar Khairul saya. Heheh!! Captured kat Level 2, Shoes Department, Sogo. Boleh..?? Tunggu promoter tu pergi ambil kasut. Lama sangat sampai boleh main handphone..


Sudah-sudah, cukup cukup.. Sekadar itu je gambar saya. Lain kali, saya post gambar lain. Walaupun gambar entah hape-hape.

Bye

(^_^)

Tuesday, April 20, 2010

None of your business

Hidup ni kadang-kadang kelakar, pelik, memalukan, sedih, macam ala-ala cerita tamil pun ada. Hidup saya simple. Biasa. No tragic life. Sometimes, ada jugak. Bila fikir balik, apesal lah kau buat macam tuhh?? Kadang-kadang boleh timbul perasaan sedih, kesal, dan rasa bodoh. Tapi itu perjalanan setiap orang yang hidup kat planet bumi ni.


Ok, ke laut sekejap.


Honestly, saya bukan terbuka orangnya if nak cerita ehwal peribadi. It's none of your business. Macam tu juga dengan peribadi orang lain. Saya tak akan tanya atau ambil tahu melainkan kalau kamu cerita. Saya jarang meluahkan ekspresi perasaan kepada orang lain. Kalau saya sayang, saya jarang luahkan kata-kata sayang melainkan perbuatan. Saya jarang cakap pasal romantik-romantik, jiwang-jiwang, tulis lirik kat facebook, yeah..that's wasn't me. Macam tu juga kalau nak minta maaf. Sukar untuk menyebut maaf melainkan memohon secara visual. Contohnya, macam mengambil hati, perlahankan suara dan seterusnya barulah nak minta maaf. Kadang-kadang beli kad "forgive me, dear"..nak minta maaf punya pasal. Sehinggakan Khairul kata saya seorang budak perempuan yang ego. Bukan ego dear, it's me.. Itulah saya. Macam mana saya sekali pun, saya masih, tetap sampai bila-bila sayang kat awak, Khairul.


Whatever it is, terima kasih sebab hantar saya balik kerja siang tadi. Seronok naik motor dengan bie. Usually, kita naik motor pun round kampung bie je. Heheh. Tak banyak kereta, tak ada lori besar, dan yang penting tak ada lori sampah. Thanks for everything dear!!! Walaupun bie ada training petang tadi, bie tetap ada masa jemput awek debab ni balik kerja. Thank you so much!! Love you.. (^_^)

Sunday, April 18, 2010

Pak Pak! Gedebung Gedebung!

I'm thinking two is better than one..

I like that quote. That's was so sweet! Song title singing by Boys Like Girls featuring Taylor Swift. Taylor Swift were good as a second voice.. I heard for millions, billions, trillions, zillions times. I really really love it. Saya suke sangat dengar lagu nihh. Sejenak bila saya mendengar lagu ni, mesti saya teringat kat Kerol saya. Woah! Madah puitis pujangga betul. I'm ready! I'm ready! Gagagaga!! (Tiru quote Spongebob) Yeh, i'm ready to be his wife!

Bila saya rindu kat dia, mesti saya pejam mata kuat-kuat sebab tahan daripada menangis. Macam ni..

Cuma saya tak banyak kedut macam dalam gambar kat atas ni.. Saya tipu diri saya kalau saya kata saya tak pernah berhenti fikir pasal dia. Hari-hari saya ingat dia. Bangun pagi, makan, minum, buat kerja, hatta buang air sekali pun.

Tengok..betapa angaunya saya.. Umur kami 23 tahun. Insya-Allah kami nak bertunang next year and next's for the next, insya-Allah. We married! Gagagaga!! Gatal sangat kau ni eyka.

Bukan gatal, dah wajib kahwin pun. Hari-hari ke hulu ke hilir..

Doakan hubungan kami.. (^_^)

Saturday, April 10, 2010

En. Mohd Khairul, bila lagi??

Kenapa ye bila kita mesti terasa ada something pelik dalam feeling diri kita bila kita tengok kawan-kawan sama belajar, sama-sama gossip, sama-sama makan, sama-sama rehat tu dah kahwin atau dah tunang? Terasa macam..

1. Ish, kawan aku dah kahwin/tunang..

2. Tak tau pun..

3. Erm..aku bila lagi?

4. Takpe..jodoh dia sampai dulu..

5. Rasa macam tak laku pulak. awawaw

6. Aku dah tuwe..semua dah kahwin. Aku???

Itulah yang aku rasa wehh. Takpe..my carrier was my first rate! My dad said..

"U are still young. Stable ur carrier first. Get higher education as long as u can. I didn't say marriage was not crucial part of life, but if Khairul datang meminang sekarang, kahwin sekarang. Jangan tengok kawan-kawan kahwin, kau pun kepoh-kepoh nak kahwin"


Hahah!! See..how desperate i am! No! I'm not desperate. I'm just feel anxiously. Taknak pegang title tak rasmi sebagai "andartu". Hold a second! Tak andartu kan selagi tak mencecah usia 30?? awawaw. Parah!


Hello, cik eyka! Selagi u pegang botbot tak betul, selagi tu tak pass nak kahwin ok! Nanti jatuh anak tuhh.. Masak? Reti ke? Masak ape? Nasi goreng je? Itu kedai lagi sedap.. Hahaha!!


Jodoh oh Jodoh! Jodoh aku tak masuk meminang lagi.. Yo la..sapo suruh cari sebayo.. kan dah lambat. En.Khairul, bila bila bila? awawawaw. I dah ready jadi isteri u. awawawa!! Gedik sial..


(^_^")

Thursday, April 8, 2010

Dulu, Sekarang, dan Bila-bila lahh

Bila saya baca satu entry kat blog orang ni, saya rasa betapa logicnya dia bila cerita hal-hal sekolah menengah dulu.

Ye-tepat-betul-anda-cerita-tentang-itu.

Saya bukan nak cilok entry awak. Tapi saya rasa saya pun ada story nak share jugak. HE HE HE! At least, awak dah memang lawa. Saya? Hurm.. Average je.

Ya, main point dalam entry tu, kalau dapat couple-couple tu mesti budak-budak perempuan yang...(kauorang paham-paham sendiri je lah). Hanis Zalikha, bukan era awak je yang ada budak perempuan gulung lengan baju sampai ketiak, kain senteng nampak buku lali, tudung pendek nampak leher itam (kalau putih, leher putih la). Erm, dari era saya sekolah lagi. Saya tua 3 tahun dari kamu. Bayangkan trend tu dah berapa kurun! Tak trendy langsung. HA HA HA. Jahatnya sayer..

Saya antara yang 'skemanya engkau, tolonglah!' kat sekolah dulu. Spek mata besar macam Ugly Betty. Gigi jarang berterabur. Hitam. Penyenyap. Suke bila cikgu Sejarah masuk. Pengawas yang tak berapa pengawas (sebab asyik dicop skema sampai tak mau buat kerja pengawas lagi tapi tetap sarung uniform pengawas sampai form 5 sebab cikgu tak bagi lepas). - Itu Cik Ezu -

Masuk Form 6, image 'skemanya engkau, tolonglah!' ada lagi. Tapi spek dah tak besar dah. Dah tukar saiz. Tak nak jadi pengawas lagi. Masih suke bila cikgu Sejarah masuk (sebab amek pengkhususan Sejarah. Skema tak kengkawan?) Duduk kat meja paling depan. Saya ada klon dalam kelas. Versi lelaki. Sama macam saya. Pakai spek ala Tunku Abdul Rahman. Sling bag. Saya colour oren, dia putih. Pakai jam besar. Tembam pun sama. Semua sama! Ye-sampai-aku-malu-jalan-dengan-dia. Nanti orang ingat "eh, kembar ke?".

Sehingga itu, saya masih tidak diminati sesiapa. Woah! How pathethic u are eyka! Statement kau tak boleh blah. HA HA HA. Orang yang saya minat selalu couple dengan budak perempuan macam kenyataan saya di atas. Huh.. Hodohnya aku time tuhh. (Masa tu laa)

Bila fikir balik, betul pun. Mostly tak sampai kahwin pun. Break tengah jalan. Siap boleh passing kat kawan-kawan. Bodoh punya attitude. Bila tengok diorang balik, betul pun. Hek eleh! (itu perkataan pertama terpacul).

Bila dah masuk alam pekerjaan, betul pun. Financial position itu penting. Responsibility itu pun penting.

Pakwe dulu couple kejap jek. Dia tinggalkan saya sebab saya tak lawa (ye?, abis tu kenapa engkau couple dengan aku, bodoh la engkau ni), tak pandai nak lawa2. Selekeh. Makwe dia sekarang sexeh, stylo-milo and etc. (Maleh nak describe panjang-panjang). Dah jodoh... Baru-baru ni bila terjumpa balik, ha! terkejut kau tengok aku sekarang...

Fortunately, kawan dia tak macam dia. Kawan dia kata saya lagi lawa plus comey sokmo dari makwe orang yang di atas tu. HA HA HA. Kawan dia kawan dengan saya dari saya hodoh sokmo sampai la saya comel lote. Menggelabahnya kau eyka. HA HA HA. Itu yang dipanggil orang yang ikhlas berkawan. Sayangnya, saya tak pernah tau dia pernah suka kat saya sampai dia sendiri bagitau, dulu. Past is past. Engkau pun dah ada girlfriend kan? Kau kahwin, aku mesti datang nyee.

Saya pandai melawa masa saya mula kenal dengan Khairul. Dia tau saya tak cantik. Gigi jarang. Tak pandai make-up bagai. Slowly, dia ajar saya. Mula-mula dia suruh saya make-up mata, lepas tu suruh pakai blusher, bedak lah..apa-apa je lah. Sekarang saya dah ada stock make-up macam mak andam. Lepas tu, barulah dengan kesedaran gigi ni jarang, 28 Januari 2008, officially, saya pakai pendakap gigi sampai sekarang tak tanggal-tanggal lagi. Dah tua..sebab tu lambat bukak. Tulang gigi dah keras. Berat pun semakin susut, kecik tak berapa kecik. HA HA HA. Alhamdulillah.. Terima kasih wahai Mohd Khairul Fakri sebab terima diri saya seada-adanya. 

Adik-adik yang mana sekolah lagi tu, kalau ada kawan-kawan cakap u all buruk, hitam, gemuk, debab, tulikan telinga kamu! Bila kamu dah masuk usia dewasa, kamu mesti akan jadi yang lebih baik dari dulu. Dengan sebab, mesti ada keupayaan diri. Kalau tak, nanti kamu macam tu sampai bila-bila.